Saturday 4 May 2013

AWAS!!! PAKATAN MULA SERANG MELALUI 'SMS' PULA !!!


Nampak gayanya, tindakan desperado puak - puak Pakatan Haramjadah ni memang tak kenal erti serik. Diorang ni sanggup lakukan apa sahaja untuk menang.

Termasuk la dengan cara menyebarkan berita - berita palsu melalui Sistem Pesanan Ringkas atau SMS. Semalam ada komen pembaca kata ianya sudah bermula.

Pakatan menyebarkan berita kononnya sebanyak 80% pengundi pos telah mengambil langkah untuk mengundi Pakatan. Walhal berita itu tidak benar sama sekali.

Mereka jelas hanya mahu menggambarkan bahawa rakyat perlu mengundi Pakatan memandangkan majoriti pengundi Pos sudah pun mengundi mereka.

Macam mana pulak diorang boleh tau berapa banyak jumlah peratusan pengundi pos kepada diorang? Diorang dah kira ke undi tersebut?

Bukan ke diorang jugak yang tuduh kata SPR tak bagi pemantau diorang dekat dengan karung undi tu? Jadi, macam mana diorang boleh buat perkiraan?

Kot kalau diorang ada ilmu 'Telus Mata' atau X-Ray Vision macam Superman tu tak tau la pulak kan. Nampak sangat la mengarutnya puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Kot ye pun nak menipu, agak - agak la woi!!!
Pengalaman lalu menunjukkan banyak perkhabaran palsu dan propaganda songsang disebarkan oleh pihak pembangkang terutama menjelang hari pengundian dalam usaha untuk mewujudkan suasana keliru atau lain-lain tujuan yang bermotifkan politik.

Dalam keadaan tertentu kandungan SMS atau khabar angin itu boleh menyebabkan suasana panik, itu tambah menyeronokkan PR yang mengharapkan kebaikan dari kejahatan yang mereka lakukan.

Isi kandungan SMS atau perkhabaran berita terkini yang palsu itu mungkin sahaja berbentuk propaganda, kempen, serangan peribadi, keputusan sesatu kawasan atau apa sahaja yang pastinya ia mungkin mengelirukan pengundi pada saat akhir.

Mengambil iktibar dari pengalaman itulah rakyat Malaysia perlu sentiasa berhati-hati dan jangan sesekali terpedaya dengan berita angin dan khabar yang tidak pasti yang sengaja disebarkan oleh PR termasuklah SMS yang diterima.

Sedangkan bahan kempen BN pun mampu mereka palsukan demi mencapai matlamat politik mereka, setakat menyebarkan SMS reverse psycho bukannya satu perkara yang sukar pada mereka.

Yang pasti nawaitunya menurus kepada untuk manfaat PR dan impak buruknya pula terbeban di bahu BN.

Kaedah kempen sebegini sememangnya sinonim dengan pembangkang yang sering kali mengharapkan kelebihan dari perkara yang buruk. Mereka akan memanipulasi segala cara yang ada tanpa mengambil kira soal moral atau kebenaran.

Justeru itu khalayak ramai perlu sentiasa berwaspada dan mengabaikan propaganda sedemikian serta pastikan hanya merujuk pada sumber sahih dalam menentukan keputusan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...