Thursday 18 April 2013

AZMIN ALI DITIKAM ANWAR!!!

Anwar Ibrahim
Post Pic
Aku surrender!!! :(
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengakui proses pengagihan kerusi bukan perkara mudah, sehari selepas beliau dikatakan 'bertelingkah' dengan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita menerima semua pandangan dan akhirnya berdasarkan konsesus kita buat keputusan.
"Saya tidak kata proses ini mudah semenjak dua tiga bulan ini memang prosesnya agak rancak. Tetapi bagi saya yang penting Keadilan dan Pakatan bersedia berbincang dengan semua pihak," katanya semasa majlis penyerahan watikah perlantikan calon PKR di Hotel Empire, Subang. 
Antarapos semalam melaporkan PKR semakin bergelut dengan krisis pengagihan kerusi sehingga mencetuskan pertikaian terbuka antara Azmin dan Anwar.
Azmin yang mengetuai Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) dikatakan menukar senarai nama calon yang dihantar Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tanpa sebarang perbincangan.
Tindakan Azmin itu mencetuskan kemarahan dikalangan pemimpin akar umbi sehingga ada yang mengugut untuk keluar parti.
Menurut sumber parti, Anwar 'cukup marah' dengan tindakan Azmin itu yang jelas akan memberi kesan negatif kepada PKR, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei depan.
Sumber itu turut memberitahu, tindakan Azmin mengubah senarai nama itu dipercayai ada kaitan dengan agenda pemilihan PKR yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...