Saturday 6 April 2013

MANIFESTO BARISAN NASIONAL


Barisan Nasional PRU13
manifesto

Inti manifesto Barisan Nasional (BN) yang akan diketahui malam ini dijangka memberi fokus terhadap aspek keselamatan, ekonomi dan kestabilan negara sebagai usaha untuk mencapai status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pendakian Malaysia ke puncak untuk mencapai sasaran tersebut sudah sampai ke tahap terakhir dan pembentangan manifesto juga seharusnya tidak lari daripada matlamat itu.
"Saya yakin fokus manifesto BN kali ini untuk membawa negara sebagai sebuah negara maju dan akan menumpukan kepada usaha-usaha untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.
"Selain itu, manifesto tersebut mungkin juga akan meneruskan agenda  transformasi yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Beliau menjelaskan, pengisian agenda transformasi ini termasuklah meringankan kos hidup, menambah peluang pekerjaan, meningkatkan kawalan keselamatan, mengurangkan kadar jenayah termasuk komitmen terhadap rasuah.

SIAPA GUNTING DALAM LIPATAN?!




Taktik pas nak pedajal umno kalau peluru dah ada, sebelum bubar parlimen dah disebarkan dah, malah peluru tersebut boleh bagi goyang kat umno ooo, tetapi apakan daya.. puas mencari, sampai pasang spy, supaya spy tu masuk dalam rakan-rakan umno.. terutama dalam war room cyber.. mereka nak satu modal dari spy-spy ni supaya dapat mengembalikan maruah pas yang teruk tercalar sekarang ni...

tertanya.. adakah spy-spy ini memang ada dalam kalangan tentera maya umno??? tertanya juga, katanya spy-spy ni dah lama ada, cuma mereka sangat berhati-hati... cis.. cis.. dapat tangkap.. ajar pengkhianat merosakkan bn ni.. huh..

ops harimau belang.. kasi terkam..


ps: sebab taktikal ini memang ada dalam perang, pertualang memang ada disetiap organisasi.. jangan pas terkejut pulak dalam pas pun ada spy dari umno... hehehe.. kalau tak macamana kertas memo diatas boleh ada ditangan media-media cyber umno???? hehehe...

sumber http://headbomb.blogspot.com/2013/04/dah-bocor-satu-perkara-rosak-program-aku.html

CARA-CARA HAPUSKAN MAYAT!!




(Please lah... don't try this at your home, your office or your grandma home etc!)

Kebanyakan orang Tibet adalah Budha yang percaya pada kelahiran kembali. Setelah seseorang meninggal, tubuh mereka dianggap tidak lebih dari plastic kosong yang perlu dibuang. Disebabkan kondisi geografik tanah tibet yang berbatu serta curam akan sumberdaya kayu, mereka akhirnya lebih memilih untuk melakukan penguburan langit daripada membakar jenazah-jenazah, kerana dianggap lebih praktis.
Perkara ini memang mengerikan bagi kita yang belum pernah melihatnya, namun bagi umat budha di Tibet, penguburan langit (sky burial) merupakan kemurahan hati bagi orang yang meninggal, kerana mereka memberikan tubuhnya sebagai makanan untuk makhluk hidup lain.
Foto-foto di bawah memperlihatkan proses penguburan langit yang dilakukan oleh orang-orang Tibet.
ngeri cara kejam lupuskan mayat

LIHAT BANYAK LAGI GAMBAR DI SINI

MENGAPA INI YANG PAS LAKUKAN???



Pas Tipu Untuk Apa Sebenarnya?


NIK AZIZ KATA, KERJASAMA PAS DENGAN DAP ADALAH UNTUK MEMPERKENALKAN ISLAM KEPADA BUKAN ISLAM. NAK TIPU SAPA (siapa) ? DAH BERAPA PULUH RIBU ORANG-ORANG CINA DAP YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM TELAH MEMELUK AGAMA ISLAM. SILALAH KELUARKAN SENARAINYA. DAP NAK MURTAD ORANG MELAYU MEMANG ADA LAA.

Sebenarnya kelahiran parti politik yang bernama PAS di negara ini banyak menyumbangkan kepada perkara-perkara tidak baik untuk orang-orang Melayu. Saya berpendapat, hukum orang-orang Islam terlibat dalam politik adalah harus kerana ia ada kaitan dengan kuasa memerintah yang diterima pakai di negara ini. Namun jika bergabung dengan mana-mana parti politik yang menentang agama Islam seperti DAP itu, ia adalah HARAM atau BIDAAH. Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:

Dan jauhilah oleh kamu akan perkara-perkara yang baharu diada-adakan. Kerana sesungguhnya tiap-tiap BIDAAH (perkara-perkara yang baharu diada-adakan) itu adalah sesat.
-       Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi.

Gabungan PAS dalam pakatan pembangkang bersama DAP sebenarnya boleh merugikan politik orang-orang Melayu sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang di negara ini, juga merugikan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Fikir-fikirkanlah di mana letaknya pemikiran orang-orang yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Itu ulama politik bertopengkan agama Islam.

CERAMAH ANWAR DAH TAK SYOK!!

ceramah anwar ibrahim di permatang pauh
Apa la yang ditabur Anwar tu.....
Meskipun dihadiri pemimpin tertinggi PKR seperti Anwar Ibrahim & Mansor Othman , sambutan daripada rakyat Permatang Pauh ternyata hambar sekali walaupun lokasinya berdekatan dengan Masjid Kubang Semang . Dianggarkan hanya 800 orang sahaja pencacai2 tegar dan penduduk setempat hadir di program ini.

Kalau beginilah layanan rakyat Permatang Pauh kepada Anwar , patut la dia dok mai wayang sat nak lari bertanding di Perak. Kita nantikan nanti hari pengundi pengundi di sini nak ajar Anwar Ibrahim selama sepenggal yang jarang turun padang dan jenguk rakyat.

LUAHAN 18 MUKA SURAT WAN AZIZAH TENTANG TABIAT ANWAR! #PRU13

cerita sedih
Wan Azizah kelihatan sebak
anwar ibrahim
Agak-agak boeh menang ke?

Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.
Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

SERONOK DENGAR CERAMAH PAS SAMPAI JATUH PARIT!



 Gara-gara sikap parti-parti pembangkang yang gemar mengadakan ceramah di tempat sempit dan gelap, akibatnya para penyokong mereka menanggung azab.

Dalam satu majlis ceramah Pas di di Bandar Baru Uda di sini malam tadi, seorang pengunjung yang juga penyokong parti itu terjatuh parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap.

Orang ramai terpaksa membantu lelaki berusia 50-an itu yang dipercayai tergelecek ke dalam parit berkenaan kerana keadaan tanah yang licin dan berlumpur selepas hujan pada petang semalam.

Kejadian tersebut berlaku ketika Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap di atas pentas. Turut berceramah sebelumnya ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub.


PAS - POLITIK SAMA ISLAM DITOLAK, POLITIK KAFIR DISANJUNG


Pembaca hendaklah sedar, ulama politik PAS, pemimpin lain dalam PAS, penyokong PAS dan semua ahli PAS adalah penduduk pribumi @ penduduk asal negara ini tetapi bertuankan bangsa lain dalam DAP. Logik ke ? dimanakah letaknya maruah bangsa Melayu dan maruah agama Islam ? PAS sebenarnya perlu dihapuskan dalam peta politik tanahair demi untuk bangsa Melayu, generasi Melayu dan agama Islam.




Dulu, menjelang PRU-12 pemimpin tertinggi PAS ada berkata, UMNO tidak perlu datang ke Kelantan untuk membela Melayu Kelantan. Melayu Kelantan dikatakan o.k oleh Nik Aziz dan semua penceramah upahan PAS, dan meminta UMNO pergi sahaja ke Pulau Pinang untuk membela Melayu Pulau Pinang. Hari ini bagaimana ?

Apa-apa penindasan oleh DAP kepada Melayu di Pulau Pinang, PAS hanya menjeling mata sahaja dan tidak berani menegur Kerajaan DAP Pulau Pinang. Dalam mana-mana ceramah PAS di Kelantan, pemimpin tinggi PAS langsung tidak timbulkan isu tersebut dan sentiasa mendakwa dengan perasaan syok sendiri sambil berkata bahawa DAP sudah menerima kefahaman Islam. Tetapi tidak menyatakan pula sudah berapa ramai ahli DAP yang bukan Islam telah memeluk Islam.

Pada PRU-12 (2008) di Pulau Pinang, Melayu Pulau Pinang memberi undi kepada pakatan pembangkang kerana PKR dan PAS telah berjanji akan menjaga Melayu Pulau Pinang dengan sebaik-baiknya. Hari ini apa sudah jadi dengan janji-janji tersebut ? Satu negeri Pulau Pinang yang kecil pun tidak terjaga kepentingan Melayu dan bagaimana pula PAS mampu jaga Melayu seluruh Malaysia ?  Nik Aziz sentiasa memuji KM P. Pinang LGE @ Khalifah Umar Bin Abdul Aziz tetapi seorang Y.B DUN daripada PAS tidak pula dilantik sebagai exco negeri.



Friday 5 April 2013

BENDERA BN JADI MANGSA.... LAPORAN POLIS BAKAL DIBUAT!



Beliau menyatakan, laporan tersebut akan dilakukan esok namun tidak menyatakan waktu dan di balai polis mana laporan tersebut akan dibuat.

Khairy Jamaluddin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut menyifatkan tindakan Vivian Lee, 24, tersebut sebagai amat biadap.

"Satu tindakan yang amat biadap. Saya tidak terkejut jika beliau seorang penyokong pembangkang yang sengaja mahu sabotaj BN dalam PRU akan datang, kononnya menyamar sebagai penyokong BN yang tidak senonoh dan tidak beradab," katanya menerusi SMS hari ini.

Gambar Vivian yang tidak sopan itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Kebanyakan pembaca mengkritik tindakannya itu.

Vivian pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video aksi seks dengan teman lelakinya, Alvin Tan Jye Yee, 25, di dalam sebuah blog milik mereka, yang telah dinyahaktifkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Oktober 2012.

KIRI KE KANAN? GOYANG ANWAR ENTAH KEMANA HALA


Pelik juga tiba-tiba Ketua Umum PKR itu jadi goyang nak pindah dari Permatang Pauh untuk bertanding di Perak.
Najib berkata hasrat Anwar untuk berpindah bertanding di Perak menunjukkan beliau tidak lagi berasa selamat di Permatang Pauh.
Itu kata Perdana Menteri pada sebelah tengahari Khamis semasa menjawab soalan di sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat berasingan Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Wartawan meminta beliau mengulas pengumuman  Anwar Rabu bahawa beliau tidak akan mempertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana beliau akan bertanding di Perak.
"Saya tidak pernah bermimpi untuk tinggalkan Pekan. Hidup dan mati perjuangan politik saya ialah di Pekan,"katanya.
Najib berkata rakyat patut sedar bahawa jika Anwar boleh meninggalkan penyokongnya di Permatang Pauh, pada masa akan datang, beliau boleh mengetepikan pengundi di kawasan pilihan raya baharunya pula. 
"Ia mengenai kesetiaan mereka yang menyokong anda, ini penting dalam politik. Dari segi prinsipnya yang penting. Bukan semata-mata mengenai kemenangan," katanya. 




PKR TERUS BERDRAMA ? Selanjutnya baca..


Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.
"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera, Rabu lalu. 
"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan(merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. 
"Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.
"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya.
Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temubual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.comdi www.keadilandaily.com semalam. 
Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.
"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana. 
"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya. 
Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya.
Kredit kepada PerakNews.

PRU 13- ANWAR TERTEKAN,NAK CERAI AZIZAH ???



mutiara-palsu-rm5-wanazizah

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew baru-baru ini menyiarkan wawancara eksklusif dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, bagi mendapatkan pandangannya mengenai isu-isu semasa dan pilihanraya yang menjelang tiba. 

Tidak perlu diulas panjang mengenai pandangan Wan Azizah kerana ianya sudah dapat dibaca iaitu segala-galanya yang dibuat kerajaan adalah buruk dan pembangkanglah yang terbaik, selain suaminya sebagai manusia paling suci di dunia yang tidak henti-henti menjadi mangsa penganiayaan kerajaan.  Semua tuduhan adalah palsu dan semua yang berlaku adalah sandiwara UMNO termasuk insiden Lahad Datu di mana suaminya tidak terlibat langsung dan hanya bertemu Misuari untuk bersembang kosong. 

Pastinya, itulah jawapan standard Wan Azizah di mana-mana saja, jadi tidak perlulah sesiapa membuang masa untuk bertanya apa-apa padanya. 

Justeru, wawancara tersebut tidaklah berbaloi untuk dibincangkan di sini, tetapi, apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah motif Sin Chew yang jelas cenderung memberi kredit dan publisiti murah kepada Wan Azizah. 

Mana tidaknya, jika yang ditekankan bukanlah isu berbangkit menjelang pilihanraya tetapi mengenai sifat rendah diri dan tidak mengada-ngada yang kononnya dimiliki oleh Wan Azizah.  

Menurut Sin Chew, Wan Azizah tidak memakai perhiasan emas atau berlian mewah seperti sesetengah isteri pegawai tinggi kerajaan, tetapi hanya memakai mutiara palsu yang bernilai hanya RM5 seutas. 

Pesan kita pada Wan Azizah, agak-agaklah kalau nak menunjuk rendah diri sekalipun.  Apa erti mutiara palsu RM5 seutas dengan rumah mewah berjuta dolar walaupun suami sudah tidak bekerja?   Siapa yang kos sara hidup dan pelajaran anak-anak, kos ulang-alik dan penginapan termasuk perbelanjaan sampingan ke luar negara berpuluh kali setahun untuk dirinya, suami dan anak-anak?  

Namun, dari satu sudut, tidak mustahil Wan Azizah bercakap benar mengenai mutiara RM5nya kerana jika dikaji pendedahan berbagai pihak mengenai rumahtangganya dengan Anwar, kita akan dapati bahawa semua yang dikeliling mereka mengakui bahawa Anwar tidak pernah memberi perhatian, jauh sekali kemewahan kepada isterinya atas alasan ingin dilihat sebagai ahli politik yang baik. 

Tetapi,  di masa yang sama, Anwar memberi segala kemewahan kepada ‘anak-anak ikannya’ dan juga wanita simpanannya. 

Antara yang telah terdedah di mahkamah ialah adik angkatnya, Suka Dermawan yang diberikan bilik khas di rumahnya sendiri serta modal yang banyak untuk membangunkan syarikat sendiri.  Begitu juga Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, merangkap perempuan simpanannya, menikmati gaji yang tinggi sebagai Pengarah Syarikat tanpa perlu bekerja atau memikul apa-apa tanggungjawab, selain diberikan saham-saham dan barangan kemas sebagai hadiah. 

Isterinya, Wan Azizah, bagaimanapun disuruh membawa imej sederhana sahaja agar salah lakunya tidak disyaki orang.   

Baru-baru ini, kita didedahkan pula oleh bekas pembantu peguam Anwar, iaitu Yuktes Vijay, bahawa Anwar tidak perlu mengeluarkan sesen pun dalam kebanyakan hal kerana beliau mempunyai penaja.  Jika ini benar, nampaknya Anwar mempunyai penaja dengan jumlah dana tanpa had. 

Logik akal, jika seseorang itu dipecat, tidak kiralah sekiranya beliau seorang Timbalan Perdana Menteri sekalipun, tentulah kehidupannya tidak akan semewah sebelumnya, apatah lagi setelah 13 tahun berlalu.  Lebih-lebih lagi apabila telah bergelar banduan.  Bayangkanlah, Anwar melantik hampir 10 orang peguam setiap kali ke mahkamah.   Peguamnya pula bukan calang-calang, tetapi yang sudah pun menempa nama di mana bayaran yuran mereka tentu sekali bukan calang-calang juga. 

Justeru, di manakah atau bagaimanakah Anwar membiayai kos guaman, kos sara hidup serta kerjaya politiknya?   Segala kos ini selama berbelas tahun pasti memakan jumlah sehingga berbilion ringgit.   Dengan dana yang tanpa had itu, mungkinkah Anwar begitu kejam terhadap Wan Azizah sehingga sanggup membiarkan isterinya itu memakai seutas mutiara bernilai hanya RM5?   

Di sebalik kekayaan Anwar dan kekejamannya terhadap Wan Azizah, jangan kita sekali-kali lupa pendedahan bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Nor Adam di awal tahun 2012 tentang bagaimana ketika Anwar dipenjara, Nurul Izzah ada menerima wang berjumlah USD200,000 dari Joseph Estrada, Presiden Filipina pada waktu itu, untuk membantu perjuangan pembebasan Anwar.   Wang tersebut diberikannya kepada ibunya, Wan Azizah, Namun sehingga Lokman meninggalkan PKR, satu sen pun tidak dimasukkan oleh Wan Azizah ke akaun parti. 

Begitu juga apabila rakan Lokman, Nasir Husin, yang sama-sama ditahan ISA menerima cek berjumlah RM5 juta dari Datuk Soh Chee Wen, atas nama Wan Azizah untuk membantu parti dan Anwar Ibrahim.  Tetapi, perkara sama juga berlaku di mana satu sen pun tidak diberikan oleh Wan Azizah kepada parti. 

Perkara ini telah didedahkan sejak tahun 2012 tetapi sehingga kini tiada siapa yang menyaman Lokman Nor Adam, walaupun Anwar terkenal dengan hobinya menyaman orang. 

Oleh itu,, sekiranya Sin Chew merasa ‘kagum’ kerana Wan Azizah sanggup memakai barang kemas bernilai RM5 ketika diwawancara mereka,  maka kekaguman akhbar itu pastinya berasas.  Bayangkan, walaupun keluarganya telah menyonglap berbilion ringgit,  Wan Azizah tegar berlakon rendah diri dengan hanya memakai barang kemas yang tidak sampai sepuluh ringgit.

sUMBER:jERINGdAILY.

JANJI-JANJI PALSU PAS !! TENGOK [VIDEO]..

 KLIK DISINI...

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Oq8UkjipSVo

MELETUPP DI PERAK! PKR Dan Pas Bercakar Di Perak !! baca..

PKR Perak hari ini mempersoal tindakan PAS mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR.

Pengerusi PKR Perak Dr Mohd Nor Manuty berkata PKR bersetuju PAS bertanding di kerusi DUN berkenaan dengan syarat parti itu menggantikannya dengan kawasan DUN lain yang boleh menang.
Bagaimanapun, katanya sehingga kini keputusan masih belum dibuat berhubung perkara itu.
“Mengapa belum diputuskan secara rasmi, mereka telah buat pengumuman,” katanya ketika dihubungi hari ini.
nizar-ngeh
Beliau menjelaskan daripada 59 kerusi DUN yang dipertandingkan di Perak, pembahagian kerusi antara pakatan pembangkang untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) masih sama seperti PRU-12 pada 2008 iaitu PKR (20), PAS (21) dan DAP (18).
Semalam, Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain dalam satu ceramah di Air Kuning mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon PRU-13 bagi DUN Changkat Jering.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Osman Mohd Jailu yang mewakili PKR menang di DUN Changkat Jering, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mat Isa Ismail dengan majoriti 1,102 undi.
Bagaimanapun, pada 2009, Mohd Osman memilih menjadi calon Bebas.
Mohammad Nizar kini mewakili DUN Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang.
-Bernama

TANYA SAMA ANWAR,APA SEBAB GOYANG? Teruskan membaca..

                                            Tanya sama Anwar,apa sebab goyang,
                                       nanti jawap Anwar,sokongan rakyat dah hilang!!!!

  Semakin hari Anwar semakin pecah kepala nak fikir kawasan mana dia nak pergi bertanding dalam Pilihan Raya Umum 13 ni.Dia ada isytihar yang dia akan bertanding di Perak sekaligus meninggalkan kawasan Permatang Pauh yang sekian lama dipegangnya.Persoalan,mengapakah dia mahu meninggalkan kawasan jajahannya sejak sekian lama dan mahu bertanding di Perak?Boleh ke dia bertanding di Perak sedangkan di Perak rakyat menyokong seratus peratus kerajaan di bawah pimpinan Zambry yang juga Menteri Besar Perak sekarang.

Apa yang sedang bermain di fikiran ketua pembangkang ini apabila dia membuat keputusan untuk bertanding di Perak.Mungkin dia sudah hilang tempat di hati rakyat Permatang Pauh dan ingin mencuba nasib di Perak.Silap besarla wahai Anwar Ibrahim.Anda sebenarnya sudah jatuh ditimpa tangga.Tiada tempat di Perak ini untuk dia bertanding kerana rakyat sudah sebati dengan kerajaan kepimpinan di bawah UMNO-BN.Anwar bukan sahaja hilang kepercayaan di hati rakyat,malah dia juga dibenci kerana mempunyai hubungan sulit dengan Israel dan selalu menyokong apa sahaja yang dilakukan Israel malah mencetuskan idea bahawa di Malaysia terpulang kepada umat islam untuk murtad atau tidak.Pemimpin samacam manakah ini?Tiada pendirian dan menyokong Rejim Israel yang sudah banyak membunuh umat islam di Palestin.Tidakkah dia merasa kesian dengan apa yang sudah terjadi di dalam negara terutamanya peristiwa di Lahad Datu yang mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa serta apa yang sudah berlaku kepada saudara seislam di luar sana.

Pesanan khidmat masyarakat kepada Anwar Ibrahim,hentikan mengotori jiwa dan pemikiran rakyat sebagaimana kotornya pemikiran anda.Rakyat tidak berdosa kepada anda.Muhasabah diri dan kembali kepada agama dan sunnah.Rakyat sudah aman dengan kerajaan yang dipimpin lebih 50 tahun oleh UMNO-BN.Jangan jadi duri dalam daging,onak dalam belukar kepada saudara sesama islam.



TERBARU ! ANWAR IBRAHIM MENIPU LAGI !!!


Parlimen Najib dah bubar,DUN pun hampir keseluruhannya dah dibubar.Dengar cerita pula,Parti Pakatan Rakyat pun nak dibubar angkara tidak ada persefahaman antara mereka sendiri dan banyak pergaduhan berlaku dalam parti itu.Ini yang terbaru,Anwar Ibrahim,si Ketua Pembangkang menipu lagi?Menipu rakyat la,apa lagi kan.Itu ajelah kerja dia menipu rakyat dengan cerita fitnah dia.

Kelmarin,sejurus Najib mengumumkan pembubaran parlimen,Anwar dengan penuh semangat menyatakan hasrat untuk memberitahu nama-nama calon yang bertanding,tetapi sudah masuk hari ini,tiada khabar berita langsung mengenai nama-nama calon tersebut.Cakap tak serupa bikin la dia ni.Kalau dah lidah bercabang tu,bercabang juga.Semua tertunggu-tunggu dengan apa yang dijanjikan olehnya.Cuba kalau BN yang buat macam ini pada rakyat,habis satu dunia tahu perihal ini sampai tergamak mengupah BLOGGER mereka untuk menggodam laman dan blog BLOGGER BN.

Sebenarnya,hasrat terpendam Anwar Ibrahim untuk menjadi PERDANA MENTERI kian runtuh apabila geng parti dia sendiri sudah banyak yang keluar parti dan 'angkat kaki' pergi dai parti yang disanjungi kerana tidak tahan dengan sifat bongkak dan rakus Anwar yang kepingin untuk menjadi PERDANA MENTERI.Amatlah malang bagi seorang insan yang bernama Anwar Ibrahim kerana dengan hasrat dia itu, rakyat sudah semakin meluat kerana rakyat lebih bijak menilai mana yang betul untuk diundi dalam PRU 13 ini.Kisah Anwar yang lebih banyak pahit dari manis membuatkan rakyat tidak yakin untuk mengundi parti dia yang hanya menjanjikan janji manis selain fitnah berat.

Inilah sifat Anwar yang memang tidak layak untuk menjadi PERDANA MENTERI kerana sifat bongkak,sombong,penipu,cakap besar dan suka tikam belakang.Hati-hatilah dalam memilih PEMIMPIN kerana ini semua adalah demi masa depan kita rakyat Malaysia juga anak cucu kita di masa akan datang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...