Friday 5 April 2013

TANYA SAMA ANWAR,APA SEBAB GOYANG? Teruskan membaca..

                                            Tanya sama Anwar,apa sebab goyang,
                                       nanti jawap Anwar,sokongan rakyat dah hilang!!!!

  Semakin hari Anwar semakin pecah kepala nak fikir kawasan mana dia nak pergi bertanding dalam Pilihan Raya Umum 13 ni.Dia ada isytihar yang dia akan bertanding di Perak sekaligus meninggalkan kawasan Permatang Pauh yang sekian lama dipegangnya.Persoalan,mengapakah dia mahu meninggalkan kawasan jajahannya sejak sekian lama dan mahu bertanding di Perak?Boleh ke dia bertanding di Perak sedangkan di Perak rakyat menyokong seratus peratus kerajaan di bawah pimpinan Zambry yang juga Menteri Besar Perak sekarang.

Apa yang sedang bermain di fikiran ketua pembangkang ini apabila dia membuat keputusan untuk bertanding di Perak.Mungkin dia sudah hilang tempat di hati rakyat Permatang Pauh dan ingin mencuba nasib di Perak.Silap besarla wahai Anwar Ibrahim.Anda sebenarnya sudah jatuh ditimpa tangga.Tiada tempat di Perak ini untuk dia bertanding kerana rakyat sudah sebati dengan kerajaan kepimpinan di bawah UMNO-BN.Anwar bukan sahaja hilang kepercayaan di hati rakyat,malah dia juga dibenci kerana mempunyai hubungan sulit dengan Israel dan selalu menyokong apa sahaja yang dilakukan Israel malah mencetuskan idea bahawa di Malaysia terpulang kepada umat islam untuk murtad atau tidak.Pemimpin samacam manakah ini?Tiada pendirian dan menyokong Rejim Israel yang sudah banyak membunuh umat islam di Palestin.Tidakkah dia merasa kesian dengan apa yang sudah terjadi di dalam negara terutamanya peristiwa di Lahad Datu yang mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa serta apa yang sudah berlaku kepada saudara seislam di luar sana.

Pesanan khidmat masyarakat kepada Anwar Ibrahim,hentikan mengotori jiwa dan pemikiran rakyat sebagaimana kotornya pemikiran anda.Rakyat tidak berdosa kepada anda.Muhasabah diri dan kembali kepada agama dan sunnah.Rakyat sudah aman dengan kerajaan yang dipimpin lebih 50 tahun oleh UMNO-BN.Jangan jadi duri dalam daging,onak dalam belukar kepada saudara sesama islam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...