Wednesday 3 April 2013

PARLIMEN BUBAR, PRU-13 DALAM TEMPH 60 HARI


Alhamdulillah..... syukur. Parlimen dah pun selamat bubar 1130 pagi tadi. Besar harapan rakyat untuk negara dan harapan yang cukup tinggi diletakkan dan disandarkan buat para pemimpin yang bakal mentadbir negara. Semoga rakyat bijak memilih pemimpin!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya, hari ini.

"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata Datuk Seri Najib.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Kabinet terkahir di Putrajaya.

Menurut Najib, pembubaran berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda awal pagi Rabu.

Kepada sesiapa yang terlepas atau ketinggalan menonton tv pagi tadi, sila klik DI SINI untuk melihat kembali seterusnya mendengarkan ucapan PM kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...