Wednesday 3 April 2013

TERBARU ! MB PERAK BUBAR DUN NEGERI PERAK 5 PETANG HARI INI.



Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan memgumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak pada jam 5 petang ini.
Beliau akan membuat pengumuman tersebut setelah mendapat perkenan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah setelah mengadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 2.30 petang.
Dalam masa yang sama, Raja Nazrin dijangka memberi titah sebelum memberi perkenan pembubaran DUN dibuat.
Sebelum itu, Dr Zambry telah bertemu media setelah selesai mempengerusikan mesyuarat terakhir exco di pejabatnya di Ipoh.
Pembubaran ini akan disiarkan secara langsung melalui Peraknews.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...