Thursday 18 April 2013

KRISIS !! PEMBANGKANG PERAK MAKIN PARAH !!



nizar-723826Krisis dalaman serta perebutan kerusi antara parti-parti pakatan pembangkang di Perak semakin meruncing sehingga menyaksikan kemungkinan berlaku pertembungan sesama sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 
Walaupun senarai penuh calon pembangkang dijangka diumumkan malam ini (Khamis), gerakan protes oleh pemimpin akar umbi dijangka tetap berlaku berikutan penolakan terhadap calon pilihan parti selain perebutan kerusi antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Paling mencuri tumpuan ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini disebut-sebut akan ditandingi Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, tetapi dibantah oleh PKR. 
Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain sebelum ini mengumumkan Mohammad Nizar bertanding di kawasan itu tetapi Pengerusi PKR negeri, Dr. Muhammad Nur Manuty menegaskan bahawa kerusi tersebut hanya akan diserahkan sekiranya Pas memberi kerusi lain sebagai ganti.
"Setakat ini belum ada (keputusan), mungkin ada perubahan tetapi masih dibincangkan. Tunggulah malam ini, mungkin kita akan umumkankan semuanya (calon)," kata seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas..SETERUSNYA..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...