Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah bertitah di suatu sidang Wacana Perpaduan Ummah baru-baru ini yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Di dalam titah baginda menekankan mengenai masalah peraduan ummah terutama di kalangan dua kabilah politik iaitu Pas dan Umno.
Seperti didalam titah baginda, negara telah banyak melahirkan ramai generasi muda yang berjaya dalam pelbagai bidang namun isu politik telah sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran golongan generasi ini. 5 tahun kebelakangan ini, kelihatan ketara isu politik terlalu ditekankan dan hanya akan melahirkan generasi yang berfikiran politik yang mana membimbangkan akan memecahbelahkan perpaduan ummah. Dua kabilah politik yang utama di negara ini seperti yang telah semua sedia tahu, Pas dan Umno kelihatannya bagaikan musuh. Hal ini dapat kita lihat sendiri apabila sesuatu kawasan yang majoriti adalah pengikut Pas kurang bercampur gaul dengan pengikut Umno. Dapat saya buktikan disini, dalam satu temuramah bersama seorang penduduk Air Hitam di Bagan Serai bersama Norsiah bt Asri, 69, menceritakan cerita sebenar apabila seorang kawannya juga penyokong Umno dipinggirkan oleh masyarakat. "kalau dia (kawannya) pasang bendera depan rumah orang memang takkan datang kenduri kawen anak dia... kalau keluarga dia meninggal pun tanamlah sendiri". Ternyata masalah perpecahan perpaduan dikalangan masyarakat kini semakin parah. HARAPAN BERSAMA: MASYARAKAT KITA PERLU BERSATU PADU TERUTAMA SEBAGAI UMAT ISLAM YANG SEPATUTNYA TEGUH BERSATU DAN SALING MENGERATKAN SILATURRAHIM YANG TELAH TERJALIN. BERPOLITIKLAH SECARA SIHAT TANPA MEMECAHBELAHKAN UMAT!
No comments:
Post a Comment