Nizar semasa zaman pemerintahannya sebagai Menteri Besar Perak sepanjang 11 bulan (APRIL 2008-FEBRUARI 2009) pernah menjanjikan tanah kepada penduduk Kampung Baru untuk 999 tahun! Untuk pengetahuan, Kampung Baru majoritinya adalah terdiri daripada kaum Cina iaitu 99.9%. Dan untuk pengetahuan lagi tertubuhnya Kampung Baru ini adalah rentetan dari zaman penjajahan dulu lagi ketika Tanah Melayu diambil alih oleh British selepas Komunis iaitu Bintang Tiga.Ketika itu penduduk kampung menyokong penuh Komunis, dengan memberi makanan kepada Komunis yang masih bersembunyi disitu. Jadi British telah bertindak mengasingkan semua penduduk ke satu tempat iaitu Kampung Baru. Haaa... korang tak pening lagi kan? Okeyh! Maksudnya disini, ternyata penduduk di Kampung Baru ni bukan Melayu... Cuba korang fikir sendiri, fikir baik-baik! Nak ke kita bagi tanah tumpah darah kita ni kepada suku-sakat penyokong Komunis?? TAPI....... itulah yang dijanjikan oleh Nizar kepada Kampung Baru yang mana janji tu pun tak logik!
Tambahan lagi,Nizar janjikan hak pemilikan tanah ini untuk 999 tahun! Itu bermakna dah macam pemilikan kekal lah..... INI BETUL-BETUL BUAT ORANG MELAYU MARAH LAA.. Cuba korang baca FAKTA dibawah ni >>>
Ini yang didakwa oleh DAP :- Sepanjang 11 bulan Nizar menjadi MB Perak, dia telah meluluskan 102,000 lot untuk Kampung Tersusun dan 47,000 lot untuk Kampung Baru kepada pemohon yang telah menanti selama 30 tahun. Korang nampak tak permainan Si Nizar disitu?? Jadi,dengan dakwaan-dakwaan tersebut yang diberi,tolongla jangan terpedaya.. Tolong laa... Kat bawah ni aku nak bagi korang satu FAKTA sebenar yang aku dapat dari Pejabat Tanah dan Galian.
YANG SEBENARNYA>>>> Jumlah kelulusan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) pada zaman Pakatan Rakyat HANYALAH 179 LOT jauh beza dari dakwaan mereka iaitu 102,000 lot!! Hah! Berapa banyak beza tu? Korang sendiri boleh tengok kan...... Maklumat dari Pejabat Tanah dan Galian, daripada 179 lot itu, 31 lot adalah di Hilir Perak, 114 lot di Taiping dan 31 lot lagi adalah di Ipoh. Manakala kelulusan untuk Kampung Baru HANYALAH 530 LOT SAHAJA berbeza dengan dakwaan pembangkang 47,000 lot!! Huisshhhh...... banyak tak beza tu? Banyak memang banyak..............
PERHATIAN!!!!! INI HANYALAH AGENDA MEREKA !! AGENDA UNTUK MERAIH UNDI SIMPATI SAJA! JANGAN TERTIPU !!!
Dan fakta sebenar berkaitan isu tanah ini ialah, Nizar sebenarnya main tarik tali dengan rakyat Perak khususnya penduduk di Kampung Baru.. Isu tanah kepada semua penduduk Kampung Baru selama 999 tahun ini juga telah menjadi penyebab perbalahan dalam parti mereka sendiri. KLIK>> http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2009/02/mustafa-ali-pernah-tegur-nizar-beri.html
BEZA..... JAUH BERBEZA.... Inilah yang boleh kita katakan perbezaan pemerintahan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan Nizar sebelum ini dengan pemerintahan Barisan nasional di bawah kepimpinan Dr Zambry...... Korang harus tahu kebenaran ini.
Berbeza dengan kepimpinan Dr Zambry Abd Kadir sepanjang 11 bulan, APRIL 2009 - MAC 2010 dibawah pentadbiran Barisan Nasional sejumlah 1,195.33 hektar telah diberi berbanding 75.67 hektar seperti telah saya katakan tadi oleh Pakatan Rakyat! Ini bermakna Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dr Zambry telah memberi 1,119.66 hektar tanah lebih banyak daripada Pakatan Rakyat!! Jelas sekarang kan??
Satu lagi FAKTA , perbezaan jumlah keluasan tanah yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.Tanah yang diluluskan kepada rakyat untuk tujuan pelbagai kegunaan seperti perumahan/ perniagaan, pertanian, industri dan perizaban. Okeyh! Pada zaman Pakatan Rakyat, jumlah keluasan tanah yang diluluskan adalah 6,021.83 ekar berbanding Barisan Nasional adalah sejumlah 53,893 ekar!! Gempar kan? Jauh betul beza tu........ Rakyat mesti jelas dengan fakta ini. Kalau kita bertanyakan kawan-kawan Cina di Kampung Baru tu pun, korang rase dorang nak ke bela janji Nizar dulu tu? Aku tak rase camtu sebab tengoklah, KENYATAAN berapa banyak je Nizar berjaya bagi dorang tanah berbanding DAKWAAN-DAKWAAN mereka yang berlebih-lebihan tu.
KORANG TAHU KAN? BAHAWA BARISAN NASIONAL DI BAWAH KEPIMPINAN DR ZAMBRY BERMULA APRIL 2009 HINGGA SEKARANG TELAH PUN BERJAYA MEMBERI HAK MILIK TANAH KEPADA PENDUDUK PERAK SEBANYAK 90,766 EKAR!! SETINGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA MB KITA DR ZAMBRY.
- Sebagai info berguna, MB kita dah memperuntukkan sebanyak RM 202 Juta untuk masyarakat orang asli, RM 45 Juta untuk masyarakat berilmu, berkemahiran dan beretika (biasiswa,dermasiswa, simpanan pendidikan dan tuisyen percuma untuk rakyat). Selain itu, sebanyak 25.4 Juta telah diperuntukkan untuk rumah, 7.2 juta untukk infrastruktur, RM 44.6 Juta untuk bekalan air, RM 5.8 Juta untuk pembangunan ekonomi, RM 20.94 Juta untuk pendidikan, RM 7.5 Juta untuk pembangunan minda, RM 77.6 Juta untuk pembangunan sosial dan RM 5.9 Juta untuk pembangunan kualiti hidup. WAH! BANYA BETUL PERUNTUKKAN UNTUK RAKYAT PERAK. TERIMA KASIH MB KITA!
RAKYAT PATUT LEBIH BIJAK MENILAI PEMIMPIN MANA YANG SEPATUTNYA MEREKA SANJUNG DAN HORMATI. TOLONG JANGAN TERSALAH MENILAI, KERANA SALAH MENILAI AKAN MERUGIKAN RAKYAT SENDIRI. PEMBANGUNAN HAPE PUN TAK JADI, JANJI TERUS BERJANJI SAJE!!
No comments:
Post a Comment