Saturday 27 April 2013

SERIUS!! NIK AZIZ KENE GANYAM DENGAN KARPAL !

Nik Aziz Dibelasah Karpal Singh

Pengerusi DAP, Karpal Singh mendapat sokongan padu dalam usahanya menentang hasrat Pas melaksanakan hukum hudud di negara ini selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mengulangi pendirian sama.

Malah, Kit Siang turut menempelak hasrat Pas yang masih berkhayal mahu melaksanakan hukum itu dengan menyifatkan sesuatu undang-undang di negara ini hanya boleh dilaksanakan jika merupakan amalan kebiasaan dalam kalangan rakyat dan diterima semua pihak.

"Kami sangat jelas berhubung perkara ini seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini yang mana amalan ini akan hanya dilaksanakan jika merupakan amalan biasa dalam komuniti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kenyataan Kit Siang itu sekali gus menyokong pendirian Karpal semalam yang menolak pelaksanaan hukum hudud Pas di negara ini kerana menyifatkan tidak ada keperluan ke arah pelaksanaannya.

Pendirian Kit Siang dan Karpal itu bercanggah dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang turut bertegas melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.

Menurut Kit Siang, pertelagahan mengenai isu itu tidak seharusnya timbul semula kerana sudah difahami sepenuhnya semua pemimpin pembangkang sebelum ini. - sumber

Walaupun berkerusi roda beliau mempunyai semangat pemBANGKANG utama sehinggakan memBANGKANG idea pemBANGKANG yang lain. Karpal Raja Rimba Episod "Pukulan kerusi besi"

PM MENGAUM !

PM Minta Mandat Rakyat Sokong Dr Zambry

30Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Perak memberi mandat kepada Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk terus kekal memimpin negeri ini sebagai Menteri Besar Perak.

Katanya, ini kerana Dr Zambry telah bekerja keras selama empat tahun dengan membawa perubahan dan pembangunan kepada rakyat.
``Datuk Seri Dr Zambry sudah bekerja kuat selama empat tahun sebagai Menteri Besar maka layak kita berikan mandat semula kepada BN,’’ katanya pada Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor, Selama hari ini.

 SELANJUTNYA BACA DI SINI

SERAM SEJUK !!! 680 Penyokong Tegar PAS Parlimen Larut Masuk UMNO

s4Di saat-saat hari pengundian PRU-13 semakin hampir Pas di kawasan Parlimen Larut menerima tamparan hebat s15apabila seramai 680 penyokong tegar parti itu bertindak keluar parti menyertai UMNO.

LAGI BACA DI SINI

PANASS !! ADE LELAKI TINGGALKAN PESANAN KPADA ABBY ABADI.. !!

Ting Tong! Ting Tong! Ada pesanan untuk Abby Abadi dari seseorang... dari seorang LELAKI... Agak hensem...
Cuma...aku pesan awal-awal kat Abby... Kuatkan iman pada PAS di dada... Jangan gementar untuk dengar pesanan di bawah ni...heh!

VIDEO!!!

LAWAK PAGI# NORMAH PERIOD PON NAK SALAHKN KERAJAAN??


Normah period.. Mat Sabu salahkan kerajaan..?

Anak kambing Jamnapari Husam mati...salahkan kerajaan BN..?

Spender putih kotor sikit...Cikgu Pa salahkan kerajaan BN..?

Perut Anwar tak buncit...salahkan kerajaan BN..?

Azizan gaduh dengan Pharolrazi...salahkan kerajaan BN..?

Sampai Astro kat rumah kena potong pun salahkan UMNO jugakkk?

Sikit-sikit salah Kerajaan BN... sikit sikit salah Kerajaan BN...

Agak-agak la sikit brooo....
 

Wednesday 24 April 2013

Dato Rusnah berazam curah bakti terbaik untuk pengundi Behrang


Calon wanita BN di DUN Behrang Dato' Hajjah Rusnah Kassim tidak mahu terlalu “overconfident” tentang keupayaan BN walaupun tahu majoriti yang menyokong BN di Behrang adalah tinggi.Walaupun kawasan itu merupakan sebuah kawasan dianggap selamat serta diberi harapan tinggi untuk mengekalkannya beliau tetap bekerja dua kali ganda dari biasa kerana “kita tidak boleh ambil sikap sambil lewa’’.

Kawasan ini merupakan kubu BN dari dulu lagi tetapi ini tidak bererti beliau ataupun jentera BN boleh duduk goyang kaki tetapi harus melipatgandakan usaha bagi memastikan tidak ada rakyat terpinggir dari radar bantuan darinya.
Pada 17 APRIL semalam, Dato’ Hajjah Rusnah juga bekas ADUN Ulu Kinta dan merupakan calon yang diamanahkan BN Pusat bertanding di DUN Behrang.Kehadirannya juga amat dialu-alukan oelh penduduk Behrang.
Justeru tidak hairan jika Dato’ Rusnah menganggap kawasan Slim River dan DUN Behrang macam dibelakang tapak tangan.
 Penduduk di Slim River sangat mengenalinya kerana beliau pernah berkhidmat di DUN Ulu Kinta seterusnya menjalankan kerja menolong rakyat dengan amat baik.Tidak hairanlah penduduk di Ulu Kinta masih mengharapkan kepulangan beliau ke sana walaupun mungkin hanya tinggal impian semata.
Kini sebagai calon DUN Behrang, Dato’ Rusnah sangat masak dengan suasana serta iklim politik dikawasan berkenaan.
Dato’ Rusnah mengatakan bahawa azamnya ialah membantu rakyat di kawasannya seperti mana yang pernah dilakukannya di DUN Ulu Kinta dahulu.
“Ini kerana jiwa saya adalah jiwa rakyat, kata kunci saya ialah saya saya suka rakyat, saya sayang rakyat dan nak bantu rakyat”,’’ katanya.
Beliau begitu terharu  dan berbangga dengan pengurusan kerajaan BN kerana beliau membesar dan berpeluang meyambung pelajaran sehingga ke luar negara adalah dengan hasil prihatin kerajaan terhadap anak melayu pada masa itu serta mendapat biasiswa dari kerajaan yang pada masa itu hidup beliau amatlah susah.Oleh itu,beliau tekad untuk mengekalkan kerajaan BN dari dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan nekad meneruskan perjuangan UMNO-BN..


KERAJAAN TAK PRIHATIN ???


IMG 9652Penduduk Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Taiping bakal menerima masjid baru bagi menggantikan surau yang usang di kampung tersebut.
Menteri Besar Perak Datuk Seri dr Zambry Abd Kadir berkata, ini adalah satu lagi inisiatif kerajaan dalam mensejahterakan rakyat di negeri ini.

SAMBUNG BACA DI SINI

TERPANAS !! RAKAMAN VIDEO TERBARU INSIDEN LETUPAN BOM DI NIBONG !!




Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa berusia 30-an itu dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil.
Beliau berkata polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian yang berlaku pada 10.15 malam itu, dan tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat.

"Kita telah arahkan Unit Bom dan Forensik untuk menyiasat jenis letupan yang digunakan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Abdul Rahim berkata hasil siasatan akan dimaklum secara terperinci pada satu sidang akhbar secepat mungkin.
Terdahulu, majlis yang dihadiri 3,000 orang itu menjadi kecoh apabila orang ramai bertempiaran lari selepas terkejut mendengar satu letupan kuat pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan.
Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah.
Bagaimanapun, majlis yang bermula pada 8.30 malam itu diteruskan seperti biasa dengan kawalan ketat anggota polis dan berakhir pukul 12.30 malam.
Sementara itu, beberapa saksi kejadian yang berada berhampiran pentas ketika ditemui berkata mereka terkejut mendengar letupan kuat berkenaan dan masing-masing berlari menyelamatkan diri.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Micheal, 39, berkata sewaktu kejadian, beliau baru tiba di lokasi kejadian dan hanya sempat mendengar ceramah kira-kira 10 minit sebelum terkejut dengan letupan itu dan menyelamatkan diri bersama isterinya.
Katanya, letupan itu sangat kuat seperti bom menyebabkan semua orang terkejut dan suasana menjadi riuh rendah sebelum beliau ternampak seorang lelaki cedera dan dibawa ke hospital.
Seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 58, berkata letupan itu dari longgokan sampah di belakang pentas.
"Letupan itu menyebabkan sampah berterbangan sehingga terpercik dan mengotori beberapa buah kenderaan, mujurlah serpihan bahan letupan itu tidak mengenai saya," katanya.
Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow pula menyifatkan insiden itu mencemar nama baik demokrasi dan mahu segala bentuk amalan politik yang menjurus ke arah keganasan dihentikan serta-merta.VIDEO DISINI..

Tuesday 23 April 2013

PENYOKONG PAS YANG KEJAM !!!!

Inilah yang dikatakan parti islam konon-kononnya.Tapi sampai mati orang tua tu dipukulnya !!!! Kejamnya !!! Kata pembawa parti Islam,TETAPI Islam tidak mengajar Islam berbuat sekejam demikian !!! 

AL-FATIHAH : JURUKAMERA RTM MATI DIPUKUL PENYOKONG PAS



Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS di hadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

“Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis’, katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut hari ini.

INFO CALON BARISAN NASIONAL DUN N59 BEHRANG




                                                    DATO HAJJAH RUSNAH KASSIM

Dato' Hjh Rusnah Kassim adalah calon wanita yang bertanding di DUN Behrang.Beliau telah dilahirkan di Kampung Batu 4,Trolak.Anak kepada pasangan Allahyarham Hj .Kassim b Hj. Taib dan Allahyarhamah Maliah bt. Jasin.Beliau bersekolah di SK Slim River sehingga darjah 6 sebelum berpindah ke Ipoh mengikuti ayah beliau,seorang anggota polis.Ibu bapa beliau juga lahir dan membesar di Kampung Batu 4 Trolak.

Beliau juga melanjutkan pelajaran dan memeperolehi ijazah dalam jurusan undang-undang dari University of Buckingham dan Middle Temple London.Beliau yang juga mempunyai firma guaman sendiri dan telah menjadi peguam selama 30 tahun.Beliau merupakan WANITA PERTAMA MELAYU membuka Firma Guaman sendiri.

Beliau telah berkecimpung di dalam bidang politik seawal tahun 1984 dengan memegang pelbagai jawatan di dalam parti:

    1) KETUA WANITA UMNO PERAK
    2) KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TG.MALIM
    3)KETUA WANITA BARISAN NASIONAL NEGERI PERAK

Sebagai Ketua Wanita Umno Bahagian Tg. Malim beliau banyak turun padang di bawah Wanita UMNO Bahagian Tg. Malim untuk berkhidmat pada masyarakat di kawasan Dun Behrang dan Parlimen Tg. Malim keseluruhannya.

Selain bidang politik beliau juga menyandang pelbagai jawatan:-
   1) JAWATANKUASA PENYIASATAN LEMBAGA DISIPLIN MAJLIS PEGUAM MALAYSIA
   2) AHLI LEMBAGA PENGARAH LEMBAGA AIR PERAK
   3) PENGERUSI AHLI LEMBAGA PENGARAH MILLENIA AQUA SDN.BHD
   4) PENGERUSI MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA & MASYARAKAT
       PARLIMEN  TG. MALIM
   5) PENASIHAT WI DAERAH SLIM/TG.MALIM
   6) PENAUNG KOBERA DUN HULU KINTA
   7) Pernah menjadi AHLI MAJLIS BANDARAYA IPOH dari tahun 1991-1995.

Beliau seorang yang rendah diri dan senang didampingi serta mesra rakyat dan amat berpegang kepada prinsip amanah kepada tugas yang dipertanggungjawapkan.

   UNDILAH BARISAN KITA !!!! HIDUP BARISAN NASIONAL !

NIZAR JAMALUDDIN - "ZAMBRY HARAM JADAH" !!!

Dr Zambry Sifatkan Tindakan Nizar Gelarnya Haram Jadah Tidak Bermaruah

zambry101

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggelarnya "haram jadah" sebagai tidak bermaruah sebagai seorang Islam.

Beliau berkata perkataan kotor seperti itu hanya akan keluar daripada seseorang yang berhati kotor.

"Saya tak sanggup (keluarkan perkataan kotor sebegitu) untuk anak-anak saya dengar. Inikah wajah ahli politik yang kononnya memperjuangkan rakyat atas nama agama.

lAGI BACA DI S I N I

Manifesto BN Perak: Wanita Terus Mendapat Tempat Sebagai Ejen Memperkasa Rakyat

tianlian1Golongan wanita terus menjadi anggota penting dalam agenda pembangunan masyarakat, terutama menerusi platform badan bukan kerajaan (NGO), apabila Barisan Nasional (BN) Perak turut menggariskan teras Meningkatkan Peranan Wanita demi Memperkasakan Rakyat, dalam manifesto yang dilancarkan Isnin.

Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe berkata BN Perak terus menterjemahkan sifat prihatin terhadap kehendak golongan wanita apabila berikrar akan terus menyalurkan peruntukan kepada NGO wanita serta ibu tunggal.

"BN sebenarnya tidak pernah lupa kepada peranan wanita. Kita melihat wanita sangat aktif bergerak menerusi platform NGO, malah menjadi pemimpin di peringkat akar umbi," katanya.


Seterusnya baca di > S I N I

panass !! PEMIMIN JKR JUAL PIL KUDA!! PEMIMPIN PAS JUAL KALIMAH ALLAH !!


BUKAN nak menyokong Hadi Awang tapi kadang kala ada bagusnya kalau Hadi Awang berterus terang seperti ini. Sekurang-kurangnya rakyat dapat melihat betapa Hadi Awang benar-benar mahu menang pilihanraya kali ini dengan bersandarkan kepada calon yang bersih. Bersih dari segi moral, bersih dari segi perlakuan, bersih dari segala-galanya. Al-maklumlah nak masuk syurga PAS ni bukan senang. Hanya pemimpin yang dikatakan suci je dapat masuk syurga PAS.

Pertembungan parti dalam pakatan yang menyaksikan perlawanan antara calon dari PAS dan PKR semakin hangat apabila Hadi Awang mendesak supaya rakyat memilih calon PAS yang dikatakan bersih. Calon yang dicadangkan oleh Anwar bagi mewakili PKR dikatakan Hadi punyai masalah yang sukar dibendung dan sukar untuk menang menentang BN. Ada calon PKR yang bekerja sebagai penjual pil kuda, ada calon PKR yang berfahaman komunis, ada calon PKR yang diragui tahap kesetiaannya pada parti.

Ini juga menunjukkan yang sebenarnya Hadi Awang tidak mempercayai keputusan Anwar yang meletakkan calon-calon pilihannya dikerusi-kerusi yang turut ditandingi PAS. Perebutan kerusi ini bakal memusnahkan harapan pakatan sebabnya nama je pakatan tapi dalam penentuan kerusi pun dah tak berpakat apatah lagi nak memerintah negara. 

Masih menunggu apa pula kata Anwar Ibrahim berkenaan kenyataan Hadi Awang ini. Benarkah calon yang ditampilkan oleh PKR mempunyai masalah serius seperti ini? Siapa yang jual pil kuda? Che'gu Bard ke?

Tapi yang pasti mereka tidak pernah setuju sesama mereka. Segala keputusan yang dibuat perlu ada perbalahan sehinggalah PAS yang dianggap keldai terpaksa menerima. Contoh mudah berkenaan isu kalimah Allah yang dibenarkan digunakan oleh golongan kristian. Apabila Hadi membantah, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim menyergah Hadi Awang. Sebagai jalan penyelesaiannya, Hadi terpaksa mencari potongan ayat Quran dan terpaksa mengubah sedikit makna ayat tersebut.

Inilah Islam yang dibawa oleh PAS. Tidak punya pendirian, tidak punya kekuatan. Yang tinggal kini hanyalah ketakutan akan ditinggalkan oleh PKR dan DAP jika mereka berjaya tawan Putrajaya.

Sokong PAS bererti sokong DAP! Sokong PAS bererti sokong KOMUNIS!INFO ..

PANASS !!AKHIRNYA BANG NON MENGAKU BERLAKON DENGAN CHINADOL !!!


Dah tak de cara lain dah selain dari buat pengakuan secara terbuka. Tak payah la Bang Non nak pening - pening kepala fikir cara nak menipu rakyat.

Buat pengakuan secara terbuka. Mengaku kata dia individu yang terlibat dalam video dengan Chinadoll tu. Lepas tu tengok macam mana penerimaan rakyat.

Tengok sama ada rakyat nak atau tidak berpemimpinkan seorang manusia yang Hipokrit dan Kaki Seks Bebas macam dia. Amacam? Ada berani? Kalau setakat cakap dengan air liur je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Kes video seks Anwar bersama china doll dipanaskan oleh beliau sendiri di Permatang Pauh, rakyat yang sudah lupa mengenai selingkohan haram Anwar bersama China Doll hari ini sudah ingat kembali. Ternyata strategi Anwar untuk perbodohkan rakyat gagal sama sekali.

Segala perancangan awal Anwar telah dihidu lebih awal. Perancangan ini sebenarnya menurut sumber ibu pejabat PKR pasti back fire ternyata benar. 
Anwar dan CheguBard bukan saja gagal menyakinkan video tersebut adalah palsu malah dengan kuasa Allah telah membuatkan pengundi Permatang Pauh lebih yakin video tersebut adalah tulen dan Anwar adalah sipelaku didalam video tersebut. 
Semasa sesi penerangan dibuat oleh CheguBard ,mereka mengumumkan bahawa saksi ditangkap polis di sempadan Malaysia Thai di Bukit Kayu Hitam. Reaksi para hadirin ketika itu berasa kecewa malah ada yang mula berasa sangsi mengenai kononnya Anwar difitnah. 
Pada mulanya mereka mendakwa akan membawa saksi dan kemudian timbul pula pelakon yang ditahan,yang mana satu betul? 
KeldianDaily, suara rasmi PKR mendakwa 2 saksi video lucah ditahan. Di sinilah pembohongan berlaku apabila mereka menuduh pihak polis telah membuat tangkapan.

Menariknya CheguBard, Anwar dan KaldaianDaily Keadilan Daily terbukti kantoi berbohong apabila polis Kedah menafikan sebarang tangkapan dibuat sepertimana yang didakwa oleh CheguBard. 
Jika saksi tidak ditangkap apa yang sebenarnya  cuba mereka buktikan? Jangkaan Pisau ini satu lagi cubaan meremehkan minda rakyat kononnya Anwar bukan pelaku didalam video seks tersebut. 
Kedah police deny arresting Anwar look-alike (The Star) – Kedah police denied arresting any “clone” of Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Kedah CPO Datuk Ahmad Ibrahim said they did not come across any individual from Thailand who looked like Anwar.  

“Allegations that we detained Anwar’s clone is baseless,” he said, adding that looking like someone else was not a criminal offence that warranted arrest.  

He said this in response to an article on an online portal that claimed that Anwar’s clone had returned to Thailand and vowed to return (to Malaysia) to reveal the truth.  

PKR’s Sungai Acheh candidate Badrul Hisham Shahrin had reportedly claimed that two individuals from Thailand had failed to attend the “Revelation of Anwar clone” ceramah in Permatang Pauh on Friday because the police had arrested them in Kedah.  

The ceramah was aimed at clearing Anwar’s name following the release of a sex video two years ago showing a man resembling Anwar in compromising positions with a female dubbed the “China doll”.

Monday 22 April 2013

Manifesto BN Perak Dilancarkan


Manifesto BN Perak Untuk Terjemahkan Gagasan Perak Amanjaya
-Memenuhi Amanah Rakyat Berlandaskan 82 Akujanji Tambahan-

Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Perak dilancarkan dengan iltizam untuk menterjemahkan gagasan Perak Amanjaya yang berpaksikan kepada peluang, pendapatan dan kehidupan berkualiti melalui sebuah kerajaan yang akan melaksanakan 5 akujanji.

Lima akujanji itu ialah:-

Baca di s i n i

PENGAKUAN BESAR-PRU 2008 KAUM INDIA BANYAK SILAP !!!


bbMasyarakat India di Perak perlu menyedari kesilapan menyebelahi pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas yang tidak membawa apa-apa pembelaan dan pembaharuan terhadap kebajikan serta kemajuan mereka.
Presiden Persatuan Kebajikan, Perpaduan dan Kemajuan Masyarakat India Negeri Perak (Permasip) K. Vellayutham berkata, kaum India sebenarnya tidak mempunyai pilihan yang lebih baik selain Barisan Nasional (BN) sebagai parti untuk membentuk kerajaan mentadbir negeri serta negara amnya.
"Jangan fikir sama sekali untuk undi pembangkang  lagi, jangan sama sekali ulang kesilapan yang dibuat pada 2008. Oleh kerana kepimpinan BN, masyarakat India kita hidup lebih selesa dan lebih senang. Kita tiada pilihan lain, hanya BN," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 masyarakat India pada majlis jamuan makan amal 1Malaysia anjuran Permasip di Ipoh semalam.
Seterusnya baca di >>> sini

PENDUDUK ULU KINTA MERASA KEHILANGAN !!!



Semua yang datang dari Barisan Nasional,semua adalah dari golongan yang baik-baik dan yang terbaik.Tidak kira dari keturunan baik-baik mahupun latar belakang yang bagus dan baik.Disertakan pula dengan calon Wanita BN ini yang amat disenangi rakyat atas keperibadiannya yang lembut dan prihatin terhadap rakyat yang didampinginya.Beliau yang dulunya berasal dari ADUN Ulu Kinta dan dipanggil untuk bertanding ke DUN Behrang amat ditangisi pemergiannya oleh penduduk di Ulu Kinta kerana sepanjang pengorbanan yang dibuatnya di Ulu Kinta amat disenangi dan dihargai oleh penduduk disana.Selain itu juga,YB Rusnah ini amat prihatin dan memeberikan kerjasama yang baik kepada rakyat apabila diperlukan dan memahami masalah rakyat serta menyelesaikan dangan segera.Disebabkan itu,pemergian beliau ke tempat asal beliau membuatkan penduduk di Ulu Kinta merasa ralat dan kehilangan seorang calon pemimpin yang baik dan dedikasi.

YB Rusnah juga adalah merupakan Exco Wanita Umno Malaysia yang pertama selain Ketua Wanita Perak,Ketua Wanita Bahagian Tanjung Malim dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional Negeri dan Tanjung Malim.Beliau yang juga seorang peguam dan mempunyai firma guaman sendiri yang asalnya hanyalah anak seorang penoreh dan dibesarkan dari keluarga yang susah.Atas keazaman beliau sendiri yang menyebabkan beliau sekarang berjaya sehingga boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara atas bantuan yang diberikan kerajaan kepada beliau sehingga beliau boleh mengecapi kehidupan yang agak selesa sekarang.Oleh kerana itu,beliau nekad untuk membalas jasa baik yang telah diberikan kerajaan Umno-Barisan Nasional kepada beliau sewaktu beliau dibesarkan dalam keadaan yang serba kekurangan dahulunya.Kini,beliau yang merupakan salah seorang wanita yang berjaya di dalam negara serta mempunyai pendidikan yang hebat ingin membantu semula Barisan Nasional untuk terus mara daripada jatuh ke tangan pihak pembangkang yang seperti musuh didalam selimut apabila sanggup menikam maruah bangsa sendiri.

Kerana kehebatan seorang wanita ini,ramai yang mencemburuinya dan ramai juga yang merasa kehilangannya atas apa yang sudah beliau lakukan kepada rakyat semasa di bawah tanggugjawap nya.Pemergian beliau ke Behrang adalah kerana dipanggil pulang semula untuk beranding di tempat atau dengan lebih tepat kampung halamannya sendiri kerana beliau berasal dari Batu 4,Slim River di mana sekarang beliau sendiri adalah calon yang bertanding bag DUN Behrang N59.Ibarat 'Sireh Pulang Ke Ganggang'.itulah yang dapat diungkapkan kepada YB Rusnah atas pemergiannya dari Ulu Kinta Ke Behrang.

Semoga Allah merahmati perjuangan insan yang baik serta ikhlas ini kerana yang benar dan baiknya hanyalah datang dari Allah dan yang buruk datang dari kita.Siapa sahaja yang mengatakan yang buruk,manusia seperti itu hanyalah manusia yang tidak kenal erti dosa dan tidak senang melihat kejayaan serta kebaikan orang lain yang dikagumi oleh manusia yang lainnya.
ALLAH SELAMATKAN PERJUANGAN UMNO-BN !!!

PANASS !! "SI RAJA GOYANG " TAYANG VIDEO SENDRI !!






Telah diberitakan semalan kepada penulis melalui seorang rakan yang mendapat sms dari penduduk Permatang Pauh yang katanya rakyat di Permatang Pauh telah mula mencurigai si raja goyang Anwar Ibrahim. Ini berpunca dari tindakan jentera PKR yang menayangkan 'video lucah' Anwar kepada mereka yang hadir ceramah kononnya untuk membuktikan lelaki dalam video itu bukanlah Anwar seperti yang dikatakan oleh Datuk Trio yang dikepalai oleh Datuk Eskay.
Kononnya pada malam itu, Anwar akan menampilkan klon beliau semasa ceramah di Permatang Pauh. Kisah penampilan klon Anwar ini turut diwar warkan oleh media dan blogger2 pro Pakatan. Malangnya, klon yang didakwa akan tampil di majlis ceramah itu diberitakan Anwar kononnya telah ditahan di sempadan bersama-sama orang yang bertanggungjawab mengiringi beliau. Memang si raja goyang cuku bijak bergoyang dgn pelbagai macam alasan. Tindakan Anwar merancang drama ini ternyata satu kesilapan yang amat besar. Pertama 'klon' yang dikatakan individu sebenar di dalam video gagal dibawa, kedua .. sudah la 'klon' gagal dibawa , video sumbang yang ditayang kepada umum itu cukup memualkan mereka. Dari sms yang diterima , turut mengatakan kenapa Anwar gelabah sangat dengan isu 'video' sumbangnya hingga sanggup menayangkan pada orang yang hadir di ceramah itu. Kalau nak tahu, mereka yang suka menghadiri ceramah2 politik ini terdiri dari pelbagai latar belakang, termasuklah budak2 , lelaki, perempuan, anak dara, anak teruna, janda, duda, ustaz dan ustazah. Bayangkan reaksi mereka apabila 'video' sebegitu dipertontonkan parti politik bertanding ? Lebih mengejutkan video ditayangkan oleh parti politk yg diwakili oleh individu yang dikatakan ada kaitan dengan 'video' sumbang itu dan bukan parti politik lawan ? Jadi penduduk mula bertanya 'kenapa dia gelabah sangat sampai sanggup tayang 'video' tu?' *Penulis tidak tahu samada video berkenaan benar-benar ditayang semasa ceramah si raja goyang di Permatang Pauh, penulisan ini hanyalah berdasarkan dari sms dan maklumat yang diterima. Sekiranya ada pembaca yang mempunyai bukti bergambar berkenaan kejadian ini, mohon sharekan gambar berkenaan..

HOTTT!! INSIDEN MEMALUKAN PASS !!!

Negara sebelum ini digemparkan dengan fatwa Nik Aziz yang menyamakan penerima bantuan BR1M sebagai haiwan. Walaupun perlakuan menerima BR1M tu langsung tak menunjukkan sifat haiwan, Nik Aziz tetap pertahankan fatwa dia tuuu...

Ye laaa.. Hanya manusia saja yang terima BR1M..kan? Mana ada haiwan yang terima BR1M...

Tapi benarlah firman Allah SWT yang mafhumnya barang siapa yang mencaci orang lain dengan gelaran yang tak baik, gelaran tu akan kembali orang yang mencaci tu...

Jadi, kat bawah ni aku siarkan aksi-aksi perlakuan puak-puak PAS masa penamaan calon semalam yang menunjukkan mereka memiliki sifat seperti burung kakak tua dan berakal lembu... saksikan kat bawah...
                                                                   VIDEO !!


Betul tak aku kata? Depa punya ketua kata apa pun depa ikut. Ketua depa kata "Hancur BN", depa ikut. Ketua depa kata "HANCUR PAKATAN" pun depa ikut jugakkkkk!!! Sebijik macam burung kakak tua dan tak berfikir sebelum berkata (tak guna akal) macam lembu..kan?

Allah SWT bayar cash kat dunia ni...heh! Terima la seadanya... terima la hakikat tu walaupun pahit.. Heh!!

VIDEO DAN GAMBAR !! NGERI!! KEMALANGAN AWAL PAGI DI FEDERAL HIGHWAY !!

NGERI!!!! Lima lelaki maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta dan empat buah motosikal di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang selepas susur Persiaran Kayangan di sini awal pagi ini. 




Menurut jurucakap Polis Trafik Daerah, kemalangan berlaku pukul 3 pagi apabila sebuah kereta jenis Honda City merempuh tiga penunggang motosikal yang berhenti di tepi lebuh raya itu selepas kenderaan mereka mengalami kerosakan. Katanya, sejurus selepas kemalangan yang meragut nyawa pemandu kereta dan tiga penunggang itu, seorang lagi penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta jenis Proton Wira yang berhenti tidak jauh dari lokasi kemalangan

Gambar2
Photo


Sunday 21 April 2013

HOT !! MAKIN DEKAT PRU , MAKIN RMAI TINGGALKAN PEMBANGKANG!!


Tinggal berapa hari sahaja lagi untuk kita semua turun mengundi dan yang pasti kita mestilah bijak
memilih parti yang boleh memimpin negara Malaysia yang tercinta dan aman damai ini.Cakap pasal
mengundi,jika dilihat di dada akbar maupun di televisyen,makin meningkat ahli pembangkang yang meniggalkan
parti itu sendiri.Tidak tahu atas alasan apa,tapi ramai yang angkat kaki kerana betul-betul tidak tahan
dengan pengurusan di dalam parti tersebut.Pendek kata,dengan ketuanya banyak masalah contoh isu video seks,isu liwat
yang tak berkesudahan dan yang paling biadap,isu kalimah Allah yang digunapakai sewenang-wenangnya oleh orang bukan
islam dan disokong habis-habisan oleh si ketua pembangkang ini.

Jadi,salah dialah yang menyebabkan orang bawahannya lari meninggalkan parti tersebut dan masuk ke parti Barisan Nasional.
Menyebut parti Barisan Nasinal(BN),parti ini adalah paling sikit bilangan ahli yang keluar parti.Nampak tak keberkesanan
parti BN pada semua ahlinya termasuk rakyat sendiri.Janji BN juga tak pernah palsu terhadap rakyat.Semua yang dijanjikan,
semuanya segera dipenuhi oleh pemimpin parti BN sendiri.Contohnya,golongan susah diutamakan,ibu tunggal mahupun belia dan
isirumah yang diberikan elaun oleh kerajaan sesuai dengan matlamat kerajaan iaitu,Tiada yang Tertinggal,Tiada Yang
Terpinngir.

Sudah lebih 50 tahun kita dibesarkan dibawah kepimpinan UMNO-BN.Dari zaman nenek moyang dan zaman sebelumnya juga kita
dah kenal tentang UMNO-BN.Tetapi,sejak hadirnya pembangkang di dalam negara yang sudah aman makmur ini,semua sudah berentakan.
Kaum melayu jadi berperang sesama melayu,adanya persaingan tentang kefahaman politik dan timbulnya hasad dengki yang
memebuatkan oarang luar pandang serong terhadap kaum melayu.Sekarang,tanah melayu ini pun sudah mahu dijajah oleh kaum
lain seperti kaum cina(iaitu dari Parti DAP).Mereka yang mahukan tanah melayu(Malaysia)sebagaimana yang terjadi di Singapura
(yang dahulunya juga adalah tempat asal orang melayu)sekarang sudah bertukar kepada negara dibawah pimpinan cina.Ini
semua adalah angkara si Pembangkang yang sudah memecah belahkan hidup orang melayu dan membuatkan orang luar pandang serong
akan kepimpinan orang melayu.

Jika tiada menusia yang bernama Anwar Ibrahim di dalam negara ini,pastinya tiada pembangkang yang asyik membangkang apa
sahaja yang dilakukan kerajaan terhadap rakyat.Mereka inilah yang sering meracuni fikiran  rakyat tentang keburukan kerajaan
yang sama sekali tidak betul.Rakyat tidak bodoh untuk menilai mana kaca mana permata.Kerana itu, sokongan rakyat pada kerajaan
kian bertambah dan makin bertambah.Mereka amat sukakan transformasi yang dibawa oleh kerajaan yang mengutamakan rakyat.

Hidup UMNO-BN! Allah selamatkan perjuangan UMNO-BN !!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...