Tuesday 23 April 2013

INFO CALON BARISAN NASIONAL DUN N59 BEHRANG




                                                    DATO HAJJAH RUSNAH KASSIM

Dato' Hjh Rusnah Kassim adalah calon wanita yang bertanding di DUN Behrang.Beliau telah dilahirkan di Kampung Batu 4,Trolak.Anak kepada pasangan Allahyarham Hj .Kassim b Hj. Taib dan Allahyarhamah Maliah bt. Jasin.Beliau bersekolah di SK Slim River sehingga darjah 6 sebelum berpindah ke Ipoh mengikuti ayah beliau,seorang anggota polis.Ibu bapa beliau juga lahir dan membesar di Kampung Batu 4 Trolak.

Beliau juga melanjutkan pelajaran dan memeperolehi ijazah dalam jurusan undang-undang dari University of Buckingham dan Middle Temple London.Beliau yang juga mempunyai firma guaman sendiri dan telah menjadi peguam selama 30 tahun.Beliau merupakan WANITA PERTAMA MELAYU membuka Firma Guaman sendiri.

Beliau telah berkecimpung di dalam bidang politik seawal tahun 1984 dengan memegang pelbagai jawatan di dalam parti:

    1) KETUA WANITA UMNO PERAK
    2) KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TG.MALIM
    3)KETUA WANITA BARISAN NASIONAL NEGERI PERAK

Sebagai Ketua Wanita Umno Bahagian Tg. Malim beliau banyak turun padang di bawah Wanita UMNO Bahagian Tg. Malim untuk berkhidmat pada masyarakat di kawasan Dun Behrang dan Parlimen Tg. Malim keseluruhannya.

Selain bidang politik beliau juga menyandang pelbagai jawatan:-
   1) JAWATANKUASA PENYIASATAN LEMBAGA DISIPLIN MAJLIS PEGUAM MALAYSIA
   2) AHLI LEMBAGA PENGARAH LEMBAGA AIR PERAK
   3) PENGERUSI AHLI LEMBAGA PENGARAH MILLENIA AQUA SDN.BHD
   4) PENGERUSI MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA & MASYARAKAT
       PARLIMEN  TG. MALIM
   5) PENASIHAT WI DAERAH SLIM/TG.MALIM
   6) PENAUNG KOBERA DUN HULU KINTA
   7) Pernah menjadi AHLI MAJLIS BANDARAYA IPOH dari tahun 1991-1995.

Beliau seorang yang rendah diri dan senang didampingi serta mesra rakyat dan amat berpegang kepada prinsip amanah kepada tugas yang dipertanggungjawapkan.

   UNDILAH BARISAN KITA !!!! HIDUP BARISAN NASIONAL !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...