Monday, 22 April 2013
PENDUDUK ULU KINTA MERASA KEHILANGAN !!!
Semua yang datang dari Barisan Nasional,semua adalah dari golongan yang baik-baik dan yang terbaik.Tidak kira dari keturunan baik-baik mahupun latar belakang yang bagus dan baik.Disertakan pula dengan calon Wanita BN ini yang amat disenangi rakyat atas keperibadiannya yang lembut dan prihatin terhadap rakyat yang didampinginya.Beliau yang dulunya berasal dari ADUN Ulu Kinta dan dipanggil untuk bertanding ke DUN Behrang amat ditangisi pemergiannya oleh penduduk di Ulu Kinta kerana sepanjang pengorbanan yang dibuatnya di Ulu Kinta amat disenangi dan dihargai oleh penduduk disana.Selain itu juga,YB Rusnah ini amat prihatin dan memeberikan kerjasama yang baik kepada rakyat apabila diperlukan dan memahami masalah rakyat serta menyelesaikan dangan segera.Disebabkan itu,pemergian beliau ke tempat asal beliau membuatkan penduduk di Ulu Kinta merasa ralat dan kehilangan seorang calon pemimpin yang baik dan dedikasi.
YB Rusnah juga adalah merupakan Exco Wanita Umno Malaysia yang pertama selain Ketua Wanita Perak,Ketua Wanita Bahagian Tanjung Malim dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional Negeri dan Tanjung Malim.Beliau yang juga seorang peguam dan mempunyai firma guaman sendiri yang asalnya hanyalah anak seorang penoreh dan dibesarkan dari keluarga yang susah.Atas keazaman beliau sendiri yang menyebabkan beliau sekarang berjaya sehingga boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara atas bantuan yang diberikan kerajaan kepada beliau sehingga beliau boleh mengecapi kehidupan yang agak selesa sekarang.Oleh kerana itu,beliau nekad untuk membalas jasa baik yang telah diberikan kerajaan Umno-Barisan Nasional kepada beliau sewaktu beliau dibesarkan dalam keadaan yang serba kekurangan dahulunya.Kini,beliau yang merupakan salah seorang wanita yang berjaya di dalam negara serta mempunyai pendidikan yang hebat ingin membantu semula Barisan Nasional untuk terus mara daripada jatuh ke tangan pihak pembangkang yang seperti musuh didalam selimut apabila sanggup menikam maruah bangsa sendiri.
Kerana kehebatan seorang wanita ini,ramai yang mencemburuinya dan ramai juga yang merasa kehilangannya atas apa yang sudah beliau lakukan kepada rakyat semasa di bawah tanggugjawap nya.Pemergian beliau ke Behrang adalah kerana dipanggil pulang semula untuk beranding di tempat atau dengan lebih tepat kampung halamannya sendiri kerana beliau berasal dari Batu 4,Slim River di mana sekarang beliau sendiri adalah calon yang bertanding bag DUN Behrang N59.Ibarat 'Sireh Pulang Ke Ganggang'.itulah yang dapat diungkapkan kepada YB Rusnah atas pemergiannya dari Ulu Kinta Ke Behrang.
Semoga Allah merahmati perjuangan insan yang baik serta ikhlas ini kerana yang benar dan baiknya hanyalah datang dari Allah dan yang buruk datang dari kita.Siapa sahaja yang mengatakan yang buruk,manusia seperti itu hanyalah manusia yang tidak kenal erti dosa dan tidak senang melihat kejayaan serta kebaikan orang lain yang dikagumi oleh manusia yang lainnya.
ALLAH SELAMATKAN PERJUANGAN UMNO-BN !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment