Tuesday, 23 April 2013

panass !! PEMIMIN JKR JUAL PIL KUDA!! PEMIMPIN PAS JUAL KALIMAH ALLAH !!


BUKAN nak menyokong Hadi Awang tapi kadang kala ada bagusnya kalau Hadi Awang berterus terang seperti ini. Sekurang-kurangnya rakyat dapat melihat betapa Hadi Awang benar-benar mahu menang pilihanraya kali ini dengan bersandarkan kepada calon yang bersih. Bersih dari segi moral, bersih dari segi perlakuan, bersih dari segala-galanya. Al-maklumlah nak masuk syurga PAS ni bukan senang. Hanya pemimpin yang dikatakan suci je dapat masuk syurga PAS.

Pertembungan parti dalam pakatan yang menyaksikan perlawanan antara calon dari PAS dan PKR semakin hangat apabila Hadi Awang mendesak supaya rakyat memilih calon PAS yang dikatakan bersih. Calon yang dicadangkan oleh Anwar bagi mewakili PKR dikatakan Hadi punyai masalah yang sukar dibendung dan sukar untuk menang menentang BN. Ada calon PKR yang bekerja sebagai penjual pil kuda, ada calon PKR yang berfahaman komunis, ada calon PKR yang diragui tahap kesetiaannya pada parti.

Ini juga menunjukkan yang sebenarnya Hadi Awang tidak mempercayai keputusan Anwar yang meletakkan calon-calon pilihannya dikerusi-kerusi yang turut ditandingi PAS. Perebutan kerusi ini bakal memusnahkan harapan pakatan sebabnya nama je pakatan tapi dalam penentuan kerusi pun dah tak berpakat apatah lagi nak memerintah negara. 

Masih menunggu apa pula kata Anwar Ibrahim berkenaan kenyataan Hadi Awang ini. Benarkah calon yang ditampilkan oleh PKR mempunyai masalah serius seperti ini? Siapa yang jual pil kuda? Che'gu Bard ke?

Tapi yang pasti mereka tidak pernah setuju sesama mereka. Segala keputusan yang dibuat perlu ada perbalahan sehinggalah PAS yang dianggap keldai terpaksa menerima. Contoh mudah berkenaan isu kalimah Allah yang dibenarkan digunakan oleh golongan kristian. Apabila Hadi membantah, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim menyergah Hadi Awang. Sebagai jalan penyelesaiannya, Hadi terpaksa mencari potongan ayat Quran dan terpaksa mengubah sedikit makna ayat tersebut.

Inilah Islam yang dibawa oleh PAS. Tidak punya pendirian, tidak punya kekuatan. Yang tinggal kini hanyalah ketakutan akan ditinggalkan oleh PKR dan DAP jika mereka berjaya tawan Putrajaya.

Sokong PAS bererti sokong DAP! Sokong PAS bererti sokong KOMUNIS!INFO ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...