Wednesday 24 April 2013

Dato Rusnah berazam curah bakti terbaik untuk pengundi Behrang


Calon wanita BN di DUN Behrang Dato' Hajjah Rusnah Kassim tidak mahu terlalu “overconfident” tentang keupayaan BN walaupun tahu majoriti yang menyokong BN di Behrang adalah tinggi.Walaupun kawasan itu merupakan sebuah kawasan dianggap selamat serta diberi harapan tinggi untuk mengekalkannya beliau tetap bekerja dua kali ganda dari biasa kerana “kita tidak boleh ambil sikap sambil lewa’’.

Kawasan ini merupakan kubu BN dari dulu lagi tetapi ini tidak bererti beliau ataupun jentera BN boleh duduk goyang kaki tetapi harus melipatgandakan usaha bagi memastikan tidak ada rakyat terpinggir dari radar bantuan darinya.
Pada 17 APRIL semalam, Dato’ Hajjah Rusnah juga bekas ADUN Ulu Kinta dan merupakan calon yang diamanahkan BN Pusat bertanding di DUN Behrang.Kehadirannya juga amat dialu-alukan oelh penduduk Behrang.
Justeru tidak hairan jika Dato’ Rusnah menganggap kawasan Slim River dan DUN Behrang macam dibelakang tapak tangan.
 Penduduk di Slim River sangat mengenalinya kerana beliau pernah berkhidmat di DUN Ulu Kinta seterusnya menjalankan kerja menolong rakyat dengan amat baik.Tidak hairanlah penduduk di Ulu Kinta masih mengharapkan kepulangan beliau ke sana walaupun mungkin hanya tinggal impian semata.
Kini sebagai calon DUN Behrang, Dato’ Rusnah sangat masak dengan suasana serta iklim politik dikawasan berkenaan.
Dato’ Rusnah mengatakan bahawa azamnya ialah membantu rakyat di kawasannya seperti mana yang pernah dilakukannya di DUN Ulu Kinta dahulu.
“Ini kerana jiwa saya adalah jiwa rakyat, kata kunci saya ialah saya saya suka rakyat, saya sayang rakyat dan nak bantu rakyat”,’’ katanya.
Beliau begitu terharu  dan berbangga dengan pengurusan kerajaan BN kerana beliau membesar dan berpeluang meyambung pelajaran sehingga ke luar negara adalah dengan hasil prihatin kerajaan terhadap anak melayu pada masa itu serta mendapat biasiswa dari kerajaan yang pada masa itu hidup beliau amatlah susah.Oleh itu,beliau tekad untuk mengekalkan kerajaan BN dari dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan nekad meneruskan perjuangan UMNO-BN..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...