Thursday 21 March 2013

DIJUMPAI.....KUBUR KIT SIANG DI GELANG PATAH!

Penasihat DAP Lim Kit Siang sudah membuat keputusan untuk bertanding di Gelang Patah, Johor untuk PRU 13 kali ini. Ternyata keputusan yang dibuatnya itu akan mendatangkan bala pada dirinya sendiri apabila ramai meramalkan angan-angan Kit Siang itu bakal BERKUBUR di Gelang Patah!

Nasib yang sama pernah dialami oleh mendiang Tan Sri Lim Chong Eu apabila pernah kalah teruk 27 tahun dulu ketika bertanding melawan Lim Kit Siang sendiri. Namun hal ini tak mustahil akan dialami oleh Kit Siang pula......... 

Rakyat Perak tetap teguh menyokong Dr Zambry Abd Kadir!
Seperti kata-kata Menteri Besar Perak, Dr Zambry Abd Kadir ketika diminta memberikan ulasan mengenai keputusan Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah: "Kita tidak menolak kemungkinan Kit Siang akan mengalami nasib sama. Setiap ahli politik itu akan mengalami masa surutnya dan Kit Siang sepatutnya tahu bila masanya."
“Gelang Patah mungkin jadi penamat kepada perjalanan karier politiknya,”  katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di pejabatnya, hari ini.
Hal ini telah diumumkan oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim mengenai Kit Siang yang akan bertanding merebut kerusi di Gelang Patah. Anwar menyifatkan keputusan ini sangat baik untuk mereka mengukur sejauh mana kekuatan MCA di Johor. Inilah yang mereka angankan untuk menakluk teraju di banyak negeri..... 
Malah Ketua Pembangkang ni jugak teringin bertanding di Perak namun masih dalam pertimbangan katanya. Dia masih nak timbangkan samada bertanding di Perak atau Selangor. Bagaimanapun, MB Perak menyatakan langsung tidak gentar..."BN gentleman,kita tidak takut atau gentar." Malahan MB juga turut berkata "BN ok, tidak gentar". Ternyata MB bersedia, tiada tekanan berdepan Anwar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...