Tuesday 19 March 2013

Punya BAIKNYA Kerajaan BARISAN NASIONAL..

Menteri Besar di Program Pembangunan Keusahawanan Parlimen Lenggong  pada 18 Mac 2013
Jika kita lihat dari segi transformasi yang telah dijalankan oleh kerajaan,semuanya mendapat tempat di hati rakyat.. Rakyat juga sangat yakin yang Kerajaan Barisan Nasional akan terus kekal memimpin kerajaan pada PilihanRaya Umum ke-13 yang bakal menjelang nanti. Oleh kerana itu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr.Zambry  Abdul kadir dalam ucapannya semasa merasmikan Karnival Usahawan Lenggong di lenggong Perak mengatakan yang beliau amat berasa yakin bahawa rakyat sudah tahu menilai mana kaca mana permata.


Beliau yang juga hadir bersama isteri, Datin Seri Diraja Saripah Zulkipli, amat berpuas hati dengan segala usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan dalam tempoh 4 tahun sebelum kerajaan dibubar. Rakyat juga sangat berterima kasih kepada kerajaan barisan nasional yang banyak mengambil berat tentang kebajikan rakyat dan sedia mendengar permasalahan rakyat disamping menyelesaikannya dengan secepat mungkin.. 


Penerima-penerima cek bantuan yang mewakili Persatuan Nelayan, TEKUN Nasional, koperasi dan Majlis Pertanian.

Perasmian bangunan baru Pejabat Daerah Tanah Lengong
Menteri Besar ketika Majlis Pecah Tanah RPT Cherakoh Mukim Pengkalan Pipit







Norfatimah bt Mat Zin, 56 tahun dari Kampung Banggol Batu
"Ini yang kami mahukan dari kepimpinan kerajaan. Sudi turun padang mendengar masalah kami,meluluskan secepatnya ape jua yang kami usulkan jadi kami tidak perlu menunggu lama dalam apa juga yang kami cadang atau usulkan.".. Kata seorang surirumah yang hadir memberi sokongan kepada Menteri Besar semasa perasmian program Karnival Usahawan Lenggong semalam.. Katanya lagi " Semasa pihak pembangkang memerintah kampung kami di Banggol Batu, macam-macam yang mereka buat pada kami seperti menghalau kami,mencampak barang-barang kami,memaki hamun,merampas tanah kami,berpolitik di dalam masjid dan bersifat seperti samaseng walaupun ketika berada di dalam masjid hanya kerana mereka tahu yang kami salah seorang daripada Ahli UMNO.. Dalam masjid pun nak berpolitik ke? Dalam masjid pun nak bezakan parti mana yang diundi ke? Teramat kejam sifat pihak pembangkang tidak kira parti Pakatan Rakyat ataupun PAS terhadap kami. Kami sangat bersyukur dan berharap yang Barisan Nasional kekal dalam memimpin kerajaan pada masa akan datang kerana semenjak dari zaman datuk nenek kami lagi kami sudah sebati dengan kepimpinan yang dibawa oleh kerajaan UMNO-BN dan amat selesa dengan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan dan Menteri Besar " katanya sebagai penutup bicara.

Usaha jitu yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional dalam membentuk kerajaan yang aman damai dan mendahului rakyat mungkin sudah tercapai.. Tidak hairanlah seramai lebih 5000 orang yang hadir dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak semalam digelar sebagai majlis 'GELOMBANG BIRU' berikutan orang ramai yang hadir memakai baju jentera BN berwarna biru.

MACAM GINI PUNYA BAIK PEMIMPIN NEGERI KITA, APA LAGI YANG RAKYAT MAHUKAN?? PASTI KEPIMPINAN BELIAU TERAMAT KITA PERLUKAN KINI DAN DI MASA AKAN DATANG! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...