Wednesday 1 May 2013

TOLONG BERI KEPERCAYAAN PENUH KEPADA SAYA - Dato Rusnah Kassim

Selang beberapa hari sahaja lagi PRU13 akan menjelma.Gentar pasti terasa tidak kira kepada calon yang  bertanding mahupun orang ramai yang akan turun mengundi parti masing-masing.

Seperti yang berlaku kepada calon DUN Behrang,Dato Hajjah Rusnah Kassim yang setiap hari dalam tempoh 14 hari berkempen,tidak lekang senyum di bibirnya malah tidak mengenal erti penat untuk turun padang menjenguk dari rumah ke rumah,kedai ke kedai dah hampir setiap pelusuk kampung di Behrang dilawatinya semata-mata untuk turun sendiri bertemu dengan para pengundi BN khususnya.

Beliau yang sebentar tadi merasmikan turun menghadiri sambutan Hari Ibu yang diadakan di Dewan Serbaguna Slim Village yang diadakan oleh kaum India disitu.Beliau yang disambut meriah dalam majlis tersebut sekaligus membuktikan yang beliau diterima baik olah para pengundi tidak mengira kaum dan bangsa.

Selain itu,Dato Rusnah juga turut menghadiri beberapa program di sekitar Pekan Behrang seperti Majlis Perasmian Lampu Limpah,Kampung Perlok iaitu merasmikan Court Takraw selain melawat penduduk di Kampung Sungai Sekiah,Behrang Ulu di samping mendengar permasalahn mereka.

Dalam masa yang sama,Dato Rusnah juga berpesan kepada para pengundi BN di Behrang supaya memberinya peluang untuk membuktikan yang beliau akan menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik serta mencuba menyelesaikan segala masalah rakyat apabila sudah menang nanti sepertimana yang beliau telah lakukan semasa bertugas sebagai ADUN Ulu Kinta di mana secara keseluruhan masalah yang dihadapi rakyat selesai dan tiada yang terpinggir.





 Penduduk yang bergambar dengan Dato Rusnah,Mereka amat mengkagumi Dato sehingga sanggup menunggu kehadiran Dato satu jam lebih awal dari waktunya. SYABAS Dato Rusnah ! Anda amat disayangi oleh penduduk-penduduk Behrang !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...