Tuesday 9 April 2013

Begitu Rupanya.. PAS macai DAP !!!


Negara-Islam-PASPAS kini dikatakan sudah semakin kehilangan arah kerana banyak isu yang digunakan dahulu untuk menghentam UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah `makan tuan’.
Antara isu yang dikatakan mula menjejaskan kredibiliti PAS ialah perubahan perjuangan dari untuk mewujudkan sebuah negara Islam kepada negeri berkebajikan dan Amanat Haji Hadi yang sewenang-wenangnya mengkafirkan UMNO sejak April 1981.
Di dalam amanat tersebut, Hadi Awang telah mengatakan bahawa PAS menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir dan mengekalkan peraturan jahiliyah.
Hadi Awang turut menyebut bahawa perjuangan PAS menentang UMNO dan BN ini adalah jihad dan mati mereka adalah syahid kerana menentang UMNO yang menjadi kafir disebabkan mengamalkan politik suku dan agama suku.
Akibat daripada amanat ini maka terjadi perpecahan ummah di kalangan umat Islam. Penyokong taksub PAS mula mempercayai bahawa UMNO adalah kafir yang akhirnya dikatakan mengundang peristiwa Memali pada 19 November 1985.
Disebabkan amanat ini jugalah tercetus permulaan solat dua imam yang semakin memecahbelahkan perpaduan umat Islam.
Pelbagai pihak, khususnya mufti dan ulamak mendesak Haji Hadi menarik semula amanat tersebut yang dikatakan menjadi punca kepada perpecahan keluarga dan ummah.
Seterusnya baca di sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...