Tuesday 9 April 2013

HANGAT HANGIT ! MESTI BACA >> Papa Gomo nekad lawan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh !



Blogger kontroversi,Papa Gomo akan bertanding sebagai calon bebas menentang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum13.

Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awnag Kechik yang menjadi jurucakap calon itu berkata, Papa Gomo sedia bertanding di kerusi Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang akan ditandingi Anwar.

Mohamad Rafi yang membacakan kenyataan Papa Gomo berkata, keputusan untuk bertanding dibuat kerana mahukan Anwar berundur secara terhormat daripada arena politik ekoran pelbagai isu moral yang didakwa membelenggu Ketua Pembangkang itu.


"Sebelum ini, amaran telah diberi kepada Anwar agar dia berundur bagi mengelak video aksi seksnya dipaparkan kepada umum,namun Anwar masih berdegil", kata Papa Gomo.

Mohamad Rafi ditemui di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan di sini semalam.

Dia turut mengambil dua set borang penamaan calon bagi pihak Papa Gomo.

Papa Gomo berkata,Anwar sudah diberi peluang berundur secara terhormat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Walaupun sedar tidak berpeluang menang, Papa Gomo berhasrat mahu mendedahkan kepada pengundi siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...