Tuesday 9 April 2013

SERIUS ! Anwar Pencatur Politik Yang Paling Licik Dalam Sejarah Malaysia!


Siapa yang tidak kenal Anwar Ibrahim semasa dalam UMNO? Cita-cita tingginya untuk menjadi Perdana Menteri menyebabkan dia sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan matlamatnya tercapai. 

Hakikatnya Anwar sememangnya pemimpin paling bermasalah pernah dilahirkan UMNO. Hatta pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr. Mahathir (ketika itu Perdana Menteri Malaysia) merupakan tindakan bijak bagi menyelamatkan negara ke kancah korupsi lebih teruk.

Bukan menzahirkan pemimpin UMNO sebagai pemimpin sempurna tanpa sebarang cacat-cela, namun jika dibandingkan Anwar dengan pemimpin UMNO sedia ada, ternyata Anwar mempunyai masalah moral dan korupsi lebih parah daripada mana-mana pemimpin yang hadir dalam lanskap politik negara.

Anwar Ibrahim bukan sekadar pencatur politik yang cukup licik. Malah Anwar merupakan individu terawal memperkenalkan budaya kotor dalam arena politik Malaysia demi memastikan agendanya tercapai. Buktinya Tun Ghafar Baba menjadi mangsa kerakusan Anwar untuk mencapai cita-citanya apabila Anwar sanggup menggunakan wang sebagai daya tarikan dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993. Maka bermula era itu, politik wang menjadi budaya sebahagian besar pemimpin parti politik sehingga ke hari ini.
Anwar Ibrahim merupakan antara individu kesayangan Tun Dr Mahathir 
semasa dia di dalam UMNO. Namun tanpa disedari, Anwarlah juga gunting dalam lipatan.




Tidak cukup dengan merebut jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO secara jijik, Anwar merasakan perlu baginya untuk memastikan kedudukan sedia ada tidak dicabar mana-mana pihak. Maka Anwar pun memulakan rancangan-rancangan licik bagi memastikan saingannya dalam UMNO turut berkubur. Disusun strategi kotor bagi memastikan pemimpin terutama dari Kem Ghafar Baba terus lenyap ataupun tidak berani bersemuka dengannya.

Maka satu per satu, pemimpin dalam UMNO "dibeli" Anwar dalam memastikan ruang persaingan semakin berkurangan. Namun kemunculan Rahim Thamby Chik, anak muda dari Melaka yang begitu berpengaruh dalam sayap Pemuda UMNO dilihat begitu sukar dikawal. Rahim yang menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO ternyata mempunyai karisma dan sokongan golongan muda hinggakan Rahim dilihat juga mempunyai potensi untuk mencabar kedudukan Anwar.

Maka pada tahun 1994, secara "tiba-tiba" muncul tuduhan liar mendakwa Rahim terlibat dalam kes rogol seorang gadis di bawah umur. Dan Anwar melakukan tindakan drastik dengan memanggil Rahim dan meminta Ketua Pemuda UMNO itu meletakkan jawatan dalam parti serta-merta bagi menjaga imej UMNO. Tanpa sebarang pembelaan dan kes itu belum diputuskan apa-apa oleh mahkamah, Anwar "bertindak" sebagai hakim dan pemutus cara untuk mendesak Rahim berundur daripada arena politik. Persoalannya, adakah skandal seks ini satu kebetulan atau sememangnya dirancang di saat Anwar perlu "mendiamkan" Rahim Thamby Chik?
Rahim, antara mangsa perancangan politik Anwar. Jadi tidak hairanlah 
seandainya Rahim tiba-tiba muncul sebagai trio Datuk-T untuk mendedahkan 
skandal seks Anwar dan seorang perempuan China atau "Chinadoll"s

Namun Rahim tidak terus mengalah dan meneruskan tugasnya sebagai Ketua Pemuda sehingga tahun 1996 sebelum karier politiknya dalam UMNO dilihat mula malap. Dan bermulanya dengan kes Rahim Thamby Chik itu, maka bermula era SKANDAL SEKS dijadikan kaedah untuk menjatuhkan pemimpin. Siapakah pencetusnya?

Cita-cita besar Anwar yang mahu segera menjawat jawatan Perdana Menteri semakin meruap-ruapnya. Tanpa berlenggah lagi, Anwar mula mencipta budaya kronisme secara tebal dalam UMNO dengan menyediakan ruang kepada pemimpin-pemimpin pro-nya untuk memanjat jawatan demi jawatan dalam parti.

Zahid Hamidi, anak muda yang dilihat begitu pro kepada Anwar dan lantang bersuara harus mengetuai sayap berpengaruh dalam parti. "Tangan-tangan ghaib" Anwar mula memainkan peranan bagu memastikan anak muda itu menang dalam pemilihan Pemuda UMNO. Maka pada tahun 1996, Zahid Hamidi dengan selesanya memenangi jawatan Ketua Pemuda.

Zahid Hamidi pernah dikritik hebat kerana dilihat begitu pro kepada Anwar.

Anwar mula menyusun gerakan untuk memastikan semua pemimpin pro kepadanya berada pada kedudukan selesa dalam kancah politik tanah air. Cita-citanya besar harus direalisasikan secepat mungkin. Dan semua pihak harus digunakan secara maksimum. Maka muncul golongan pendesak dalam UMNO yang lantang mengkritik Presiden parti ketika itu, Tun Dr. Mahathir dan dasar yang dilaksanakan pemimpin itu sehingga memperlihatkan Mahathir begitu lemah dan mengalih gelombang kepercayaan rakyat kepada Anwar.

Berbekal sokongan rakyat yang semakin padu, Anwar tidak takut menongkah arus. Malah kelicikan Anwar  terpadam begitu sahaja apabila nilai "Islamisasi" dibawakan Anwar dilihat lebih dominan terutama apabila nama ABIM dilihat begitu menepek dan mempengaruhi karier politik Anwar. Anwar semakin galak untuk memastikan cita-citanya segera tercapai.

Namun ujian terbesar Anwar apabila Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 mempertontonkan kelemahan Anwar menguruskan ekonomi. Hasilnya Bursa Malaysia ditutup pada kadar terendah dalam sejarah semasa Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan. Banyak syarikat yang terpaksa ditutup dan pengangguran negara meningkat ketika itu.


Tindakan Anwar yang mahu meminjam dari International Monetary Fund (IMF) bagi mengeluarkan negara dari kemelut ekonomi ditentang hebat Tun Dr. Mahathir. Anwar sanggup membelakangkan Tun Dr Mahathir yang menjawat jawatan Perdana Menteri ketika itu apabila Anwar bertindak sendirian mengeluarkan kenyataan media berhubung keputusan Malaysia untuk meminjam daripada IMF.

Mahathir mula mengesan "sesuatu" tentang Anwar. Maka Mahathir mula memanggil Tun Daim Zainuddin bagi menyandang jawatan Menteri Kewangan sementara bagi menggantikan Anwar. Melihat tindakan Mahathir yang mula hilang kepercayaan terhadapnya, Anwar merancang tindakan untuk menjatuhkan Mahathir. Maka sekali lagi, Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin "dipaksa" untuk menghentam Tun Dr Mahathir sehingga menghakis kepercayaan rakyat terhadap pemimpin nombor satu negara ketika itu.

Namun tindakan Anwar akhirnya memakan diri sendiri apabila Mahathir berjaya mengesan gerak kerja Anwar dalam UMNO. Rasuah, kronisme dan korupsi Anwar dilihat begitu berbahaya kepada visi Mahathir. Maka pada 2 September 1998, Mahathir telah mengambil keputusan memecat Anwar daripada kerajaan dan mengambil alih semula pentadbiran kewangan negara sepenuhnya.

Anwar tidak senang dengan pemecatan tersebut dan merasakan sokongan rakyat terhadapnya begitu kuat, dia cuba mencetuskan gelombang Reformasi yang belum pernah diciptakan mana-mana pemimpin sebelum itu. Keadaan huru-hara dan budaya politik jalanan mula mewarnai wajah politik negara semenjak itu.

Anwar selepas dipecat daripada kerajaan. Mengapa Anwar tidak bertindak seperti 
Tun Musa Hitam dan Tun Ghafar Baba dengan tidak mencetuskan sebarang 
kekecohan selepas dilucutkan jawatan?

Walaup bagaimanapun, gelombang dicipta Anwar tidak merebak lebih parah terutama apabila dia dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan dengan jenayah rasuah dan dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Namun semenjak keluar daripada penjara pada 2006, ternyata Anwar sekali cuba mencetuskan gelombang yang sama memandangkan budaya politik jalanan sudah begitu bersebati dalam diri Anwar. Maka dari situ bermulanya insiden-insiden demonstrasi termasuk demonstrasi Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat dan lain-lain lagi.

Sehingga ke hari ini, Anwar masih cuba merealisasikan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dengan mempengaruhi pemikiran sebahagian rakyat. Pelbagai perancangan licik dilakukan bagi memastikan dia berjaya duduk di kerusi empuk Putrajaya. Dan seandainya Anwar berjaya mencapai cita-citanya, maka rakyat Malaysia bakal menerima seorang Perdana Menteri paling korupsi, tidak bermoral dan paling licik dalam sejarah politik negera ini.

Apa-apa pun, Wak berdoa semoga impian Anwar akan berkubur dalam Pilihanraya ini sementelaah Anwar juga telah "berjanji" mahu terus bersara daripada arena politik seandainya dia tidak berjaya membawa Pakatan Pembangkang ke Putrajaya. Sama-sama kita doakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...