Thursday 11 April 2013

BN TETAP PILIHAN ORANG CINA DI IPOH!

Sokongan Kaum Cina terhadap BN!

Siapapun tentu faham bahawa pengundi-pengundi Cina di Ipoh (serta Lembah Kinta) serta dibanyak kawasan di Perak memihak pada DAP dalam pilihanraya umum lalu tapi sejak dua tahun kebelakangan ini, trend itu nyata berubah.
 
Kini angin perubahan yang melanda negeri ini memberi harapan bahawa pengundi-pengundi Cina mulai pulang ke pangkuan parti-parti komponen BN yang mewakili masyarakat mereka.
 
Hal ini diakui para pemimpin BN sama ada dari MCA ataupun Gerakan.
 
Mungkin menyedari pengundi Cina di Lembah Kinta mulai memberi perhatian kepada BN, penasihat DAP Lim Kit Siang, yang juga ahli parlimen Ipoh Timur dua penggal, mengambil jalan selamat dengan meninggalkan kawasan parlimen itu.
 
Ini memberi laluan pada calon DAP yang lain pula. Kit Siang memilih Gelang Patah di Johor sebagai kawasan baru yang akan ditandingi dalam PRU ke13 pada 5 Mei ini.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...