Monday 8 April 2013

TERKINI !!! PKR MAKIN GELABAH DI PASIR SALAK !


Kepimpinan PKR menggelabah apabila semakin ramai ahlinya keluar meninggalkan parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia dapat dilihat apabila mereka berusaha untuk cuba menyekat tindakan ahli untuk menyertai UMNO.
Beliau memberi contoh terdapat tekanan dan ugutan terhadap bekas Pengarah Pilihanraya PKR Pasir Salak yang juga bekas Setiausaha PKR Cabang Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan beberapa hari sebelum beliau keluar PKR untuk menyertai UMNO.
"Pemimpin PKR gelabah sebab hari demi hari sokongan kepada parti itu di Pasir Salak semakin merosot," katanya kepada pemberita selepas majlis Sirih Pulang Ke Gagang siri ketiga di Parit 2C, Sungai Manik malam tadi.
Pada majlis itu, Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak menerima 27 borang permohonan menyertai UMNO daripada bekas ahli PKR.
Mengikut perancangan awal, lebih 60 bekas ahli PKR dijangka menyerahkan borang permohonan tetapi sebahagian tidak dapat hadir pada majlis malam tadi.
Tajuddin yakin mereka takut untuk datang kerana tekanan dan ugutan daripada pemimpin serta penyokong PKR.
Bagaimanapun beliau yakin, lebih ramai ahli parti itu akan keluar untuk menyertai UMNO apabila tekanan dan ugutan telah reda.
"Mereka semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR, malah bukan Melayu juga mula tidak yakin dengan mereka," tambahnya.
Beliau memberitahu, sekumpulan penyokong tegar parti itu dari kaum Cina di Chucak telah mengadakan demonstrasi membantah pemilihan Mustafa Kamil Ayub sebagai calon PKR di Parlimen Pasir Salak.
Katanya, itu mungkin antara sebab mengapa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim takut untuk bertanding di negeri Perak.
"Mungkin dia dah buat kajian dan tahu dia akan kalah kalau bertanding di Perak.
Di Permatang Pauh pun belum tentu dia boleh menang sebab orang di sana sudah celik, mereka sedar telah tertipu," tambah beliau.

Kredit untuk PerakNews.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...