Sunday 28 April 2013

TERBAIKLAHH !! ZAMBRY Rayu pengundi beri sokongan pada calon DUN Behrang...



Sementelah berlangsungnya sesi penyerahan Bantuan Bencana Banjir kepada penduduk yang terlibat dengan banjir kilat dalam kawasan Slim Village yang dihadiri Menteri Besar Perak,Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri,Datin Saripah Zulkipli serta hadir juga calon Dun Behrang,Dato' Rusnah Kassim bersama Dato Seri Ong Ka Chuan yang juga calon parlimen Tanjung Malim.

Zambry dalam masa itu merayu penduduk supaya memberi undi dan peluang kepada Rusnah untuk membuktikan kebolehannya sebagai calon Dun Behrang yang sebelum ini beliau menyandang jawatan sebagai Calon Dun Ulu Kinta.Zambry juga menyeru kepada orang ramai agar menguatkan sokongan kepada Barisan Nasional berikutan cubaan melampau pembangkang yang suka mempengaruhi minda rakyat khususnya orang kampung.

Selain itu,Zambry yang juga dalam ucapannya mengatakan yang negeri Perak adalah negeri terawal yang sudah menggazetkan tanah untuk penempatan masyarakat terutama kepada orang asli.Berbeza dengan negeri Selangor dan Kelantan yang pemimpinnya hanya tahu menabur janji tetapi tidak melakukan apa-apa untuk rakyat khususnya di negeri Kelantan walaupun sudah memerintah selama 22 tahun.

Zambry yang juga memuji anak orang asli tiada yang terpinggir mahupun yang tertinggal kerana anak orang asli juga adalah anak yang hebat dan boleh sampai ke mata dunia.Beliau juga menegaskan supaya jangan memandang hina akan kebolehana masyarakat orang asli kerana mereka juga mempunyai keistimewaan tersendiri.

Beliau yang amat bersemangat dalam ucapannya mendapat tepukan gemuruh oleh orang ramai yang hadir di dalam dewan dan diberi penghormatan dari masyarakat orang asli apabila dipersembahkan tarian tradisional masyarakat orang asli sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...