PR Telah Mulakan Bibit-bibit Huru-Hara
Melihat dari
perkembangan semasa dalam kempen pilihanraya ini, kita semakin yakin
bahawa huru-hara yang dijangka sudah hampir pasti akan berlaku selepas
PRU-13. Justeru, difahamkan di beberapa tempat, penyokong-penyokong BN
telah pun mengadakan solat hajat memohon perlindungan Allah SWT dari
segala bencana.
Sungguh ironi sekali kerana di masa yang sama, pihak PR pula didoakan oleh pihak gereja Jerusalem di Israel.
Pembangkang memulakan
langkah pertama untuk mencetuskan dengan menimbulkan provokasi dengan
mengumpan pihak Barisan Nasional bertindak balas. Antara langkah yang
diambil ialah:
· 26 April –
Seroang kanak-kanak 11 tahun cedera dibelasah pembangkang kerana mengaku
menyokong BN di Felda Teloi Timur, Baling.
· 28 April – Sofian Abidin dipukul pembangkang kerana memakai baju T berlogo BN dekat pekan Tanjung Dawai.
· Pada 2 Mei -
C. Padiapan, 50, bertugas mengawal khemah BN di Taman Halia, Lunas
cedera parah dipukul penyokong pembangkang.
· 2 Mei –
Seorang ahli bomba sukarela di Taman Merak Jaya, Seberang Perai Tengah
bakal hilang penglihatan mata kiri akibat dibelasah pembangkang.
· Selain
belasah, pembangkang juga menggunakan bom petrol untuk membakar Bilik
Gerakan di Nibong Tebal dan juga Jelapang Perak.
· Mereka juga bertindak membakar khemah-khemah BN di Bakar Bata Kedah dan juga Batu.
Walaupun mereka tidak
jemu-jemu mencabar, Alhamdulillah, pihak BN tidak termakan umpan
tersebut. Malah, BN terus berkempen dengan cara biasa iaitu
mewar-warkan janji yang pasti ditepati di samping mengingatkan rakyat
akan siapakah pembangkang yang sebenarnya.
Memandangkan mereka
masih belum berjaya membuat BN bertindak balas, maka mereka meneruskan
ke langkah seterusnya iaitu mereka-reka isu bagi mempersoalkan
kredibiliti SPR. Antaranya:
· menuduh warga asing yang sedang beratur di lapangan terbang sebagai ‘pengundi hantu’ yang dibawa oleh BN.
· mempersoal kredibiliti dakwat kekal yang sebelum ini diperjuangkan mereka.
· menyebar
berita palsu dengan menuduh kerajaan akan menghalang mereka mengundi
terutama kaum Cina dan menyuruh mereka mencetak semakan pemilih untuk
disimpan sebagai bukti.
· mewar-warkan
kepada pemberita dan kerajaan asing konon pilihanraya Malaysia tidak
bersih dan merayu mereka menjadi pemerhati.
Kesemua ini adalah bukti
kukuh bahawa pembangkang yakin yang mereka akan kalah. Sehubungan
dengan itu, mereka giat merancang huru-hara bagi menolak keputusan
pilihanraya.
Apa yang dijangka ialah
mereka akan menggunakan cetakan semakan daftar pemilih yang telah
dipalsukan untuk menuduh SPR tidak telus dan seterusnya mencetuskan
kekecohan. Kekecohan ini akan berlaku di beberapa tempat sehingga
bertukar menjadi pergaduhan dan seterusnya kecederaan. Ini penting bagi
memberi ‘impak’ kepada bantahan mereka.
Dijangka juga akan
berlaku satu kejutan yang melibatkan serangan ke atas individu yang
berpengaruh di dalam pembangkang bagi meraih simpati dan bagi
mengesahkan kononnya BN bermain kotor.
Kemudiannya, Ambiga dan
SUARAM akan muncul kembali membawa isu BERSIH dan Keadilan. Pada ketika
ini juga pembangkang akan meminta bantuan asing secara besar-besaran
bagi memberi tekanan kepada kerajaan.
Akhir sekali mereka akan
mengumpulkan seramai mungkin penyokong mereka untuk membuat huru-hara
menolak keputusan pilihanraya. Ia akan dilakukan secara berterusan
sehingga Bangsa-bangsa Bersatu memberi amaran kepada kerajaan.
Sekiranya ia masih gagal
menjatuhkan kerajaan, maka suntikan semangat baru akan diberi untuk
terus menyemarakkan kemarahan penyokong mereka. Untuk itu, tidak
mustahil mereka akan mengarahkan penyokong mereka berbuat sesuatu yang
memaksa pihak berkuasa bertindak keras. Tindakan keras pihak berkuasa
akan diwar-warkan sebagai bukti kekejaman sehingga penyokong yang lain
menjadi hilang kawalan akibat kemarahan yang meluap-luap.
Kebencian dan perkauman akan terus disebar pada waktu ini sehingga negara lumpuh dan kerajaan menjadi lemah.
Sebenarnya, langkah
kejatuhan kerajaan dalam cara yang sama telah berkali-kali kita saksikan
melalui ‘Arab Spring’. Apa yang terjadi seterusnya adalah ‘klasik’
iaitu anak kehilangan bapa, bapa kehilangan keluarga, orang ramai
kehilangan pekerjaan, hilang tempat tinggal, barangan asas sukar
didapati, bank-bank ditutup, kedai-kedai diceroboh, kecurian berleluasa
dan seterusnya.
Jika selama ini kita
hanya menontonnya di televisyen dan membacanya di akhbar dan internet,
tetapi hari ini, senario ini sudah hampir pasti melanda kita. Untuk
itu, penyokong-penyokong pembangkang perlu bertanggungjawab kerana
enggan mendengar nasihat kita agar tidak mempercayai pemimpin mereka.
Apapun, yang penting kita telah mencuba sedaya upaya untuk menyedarkan
mereka.
Maka apa yang dapat kita
lakukan di saat-saat akhir ini hanyalah berdoa agar dijauhkan dari mala
petaka angkara saudara-saudara kita di dalam pembangkang.
No comments:
Post a Comment