Wednesday 1 May 2013

Apabila BN pimpin.......

Kamunting kini menjadi ``lubuk” pekerjaan berikutan pertumbuhan pesat yang dialaminya terutama di sektor perindustrian.
   Perkembangan tersebut secara tak langsung telah menarik pelbagai pelaburan ke sektor-sektor lain, terutama perumahan dan perniagaan.
   Kedudukannya yang berjiran dengan Bandar Bersejarah Taiping, pekan yang mengamit pelacong dari dalam dan luar negeri, terutama di musim perayaan atau cuti sekolah, membuat Kamunting turut menjadi ``lubuk” pelabur .
    Penyandang DUN Kamunting Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid yang juga ahli exco Pengajian Tinggi Perak berkata ini berlaku kerana Kamunting telah dimasukkan ke dalam zon pembangunan ekonomi utara (NCER).
   Beliau berkata hubungan baik antara kedua pihak telah menjana pelbagai kegiatan ekonomi ke Kamunting.
   “Kamunting kini bukan saja menjadi tapak perkilangan tetapi juga menjadi pusat latihan pekerja mahir dimana kursus-kursusnya menjurus kepada keperluan industri,” katanya kepada PerakNews.
 SELANJUTNYA BACA DI SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...