Tempoh kempen PRU-13
baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali
DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk
menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
Alasannya ialah konon
kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh
Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.
Ugutan oleh Pengerusi
DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat
satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah
nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.
Dalam ceramah yang sama
juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu
untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu
tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.
Sehari dua kebelakangan
ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali
sokongan pengundi Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah
retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan
sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.
Berikutan itu ramai
pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam
pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap
persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk mengalahkan BN.
Belum pun berkuasa DAP
sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan
selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar
dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa
celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara.
No comments:
Post a Comment