Manifesto
Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pembangkang semalam
adalah perkara basi dan jelas menggambarkan kecelaruan dalam pakatan
mereka, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.
Menurutnya kandungan manifesto berkenaan seolah-olah dikitar semula
daripada agenda Buku Jingga yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang
sebelum ini.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri dialog bersama
pengusaha-pengusaha industri pelancongan di sini, beliau berkata selain
gagal memperkenalkan sesuatu yang baharu, pakatan pembangkang ini juga
gagal menjelaskan tentang kepimpinan mereka sekiranya mereka dapat
membentuk kerajaan.
“Mereka masih bercelaru (tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika dapat menubuhkan kerajaan).
“Sekejap mereka katakan (pemimpin pembangkang, Datuk Seri) Anwar
(Ibrahim). Kemudian orang lain. Bagi mereka, sesiapa sahaja (di kalangan
mereka) boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak
mengulas manifesto pakatan pembangkang yang antara lain menjanjikan
usaha memerangi rasuah, penurunan harga minyak dan pendidikan percuma.
No comments:
Post a Comment