Monday, 25 March 2013

PANAS MEMBARA!! ORANG DALAM PKR SENDIRI CUBA NAK JATUHKAN ANWAR IBRAHIM??


Pembaca yang budiman..Terima kasih atas kesudian anda membaca blog PERAK RAWK yang tak seberapa ini.Walau tak seberapa,TETAPI penuh dengan info-info yang terkinikan?Betul tak?Ala-ala macam akhbar dahkan?Tambahan,PERAK RAWK juga ingin meminta maaf diatas ketelanjuran bicara dan bahasa.Mohon diberi peluang lah ye.OK,untuk kisah kali ini PERAK RAWK membawakan cerita yang terbaik dari ladang,bukan ladang gandum mahupun ladang lembu,tetapi dari ladang PEE-PEE KAY ARR..

Nak dijadikan cerita,kalian perasan tak yang semenjak dua menjak ni makin banyak cerita panas berkaitan Ketua Pembangkang di dada akhbar mahupun di dada blog-blog tempatan dan yang pasti BUKAN didada wanita-wanita mahupun gadis-gadis juga cewek-cewek.Hati-hati ye.Jaga maruah diri bagi yang perempuan dan lelaki jaga alat sulit depan atau belakang.Takut nanti jadi apa-apa.Sape yang susah?Diri sendiri juga kan.PERAK RAWK ulang lagi sekali,kalau jadi apa-apa,sape yang susah?Diri sendiri jugakkan?OK cukup-cukup.U ULANG I SAMAN!...

Jadi berbalik kepada cerita tadi,makin banyak cerita pasal Ketua Pembangkang ni contoh macam kes liwat I sampailah kes liwat II,dah tu sumpah seranah lah,saman-menyaman lah dan banyak lah.Nak cakap pun tak tau dah.Banyak sangat.PERAK RAWK dapat rase yang mesti ada yang tak kena dalam parti ni.Mungkin cara pemerintahan Ketua mereka ke,penyimpanan rahsia yang sudah terlalu lama ke kan.Mungkin juga ada yang sabotaj sesama sendiri ke,gila kuasa ke atau mungkin ada yang tak tahan nak tanggung dosa ke,mahupun tak tahan dah asyik kena  ajak BERMAIN senyap-senyap ke.Haaa,mahu jadi jugak tu.Bukan ape,manusia ni kena diberi peringatan.Tapi tu la,manusia ni tak suka bila diberi peringatan.Suka lalai,alpa dan leka dalam dunia yang fana ni...

JADI,persoalan yang timbul disini adalah,apakah ini permainan yang dilakukan oleh orang dalam Pakatan sendiri yang mahu membenam karier politik Anwar Ibrahim?? Semuanya telah didedahkan satu persatu oleh rakan-rakan yang pernah berjuang dalam penipuan Anwar Ibrahim.Seperti contoh,Yuktes Vijay yang dahulunya bekas peguam negara mendedahkan kisah sebenar disebalik kes Sodomy 2 Anwar.Haa,ni juga satu bukti yang menunjukkan ada banyak yang tak kena dengan diri Anwar Bin Ibrahim ni kan..Dengar cerita juga,orang-orang PEE PEE KAY ARR sendiri pun tak tahu tentang KEBENARAN berkaitan kes liwat dan skandal seks Anwar Ibrahim tu.Achaner tu??Fikir sejenak.Kita bercakap tentang negara dan keamanan sejagat.JADI,jangan cari manusia yang dah terang-terang tak mampu jadi PEMIMPIN NEGARA.

Sekian ~

SERIUS...INI GEMPAR!!!! RAHSIA ANWAR HANTAR TIAN CHUA & S. SIVARASA KE MANILA 2 HARI SEBELUM PENCEROBOHAN LAHAD DATU!.

MULA-MULA SEKALI SAYA NAK MENGAKU BAHAWA SAYA KONGSIKAN SAHAJA CERITA YANG BAKAL SAYA PAPARKAN INI... SUMBER DARIPADA http://www.anwaraidc.com/?p=33100#comments
BAIKLAH.... SAYA DAH RASA MACAM "EH! APA DAH JADI DENGAN NEGARA AKU DUDUK SEKARANG NI? MACAM BAKAL HURU HARA BESAR JE....." Dalam kepala ni bersarang dah macam-macam..... Mintak jauh lah. 

MARI KITA BACA SAMA-SAMA:

 – 24/03/13 – Penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang lawatan Tian Chua dan Sivarasa Rasiah ke Manila 2 hari sebelum kedatangan pengganas Kiram menceroboh Lahad Datu mempunyai perkaitan yang mula dibangkitkan semula.
Persoalan itu mula dibangkitkan semula kerana ramai sudah tahu stail politik Anwar yang melakukan dua perkara iaitu menafi atau menyaman sebagai jalan pintas untuk menutup pertuduhan terhadapnya atau kroni-kroni yang melaksanakan arahnya daripada terus dibicarakan.
Anwar adalah Ketua Umum PKR, Tian Chua dan R. Sivarasa adalah ‘komander’ setianya dari PKR dan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) didakwa telah diarahkan ke Manila pada 7 Februari, dua hari sebelum pengganas Kiram mula bergerak menceroboh Lahad Datu.
Menurut Anwar, kehadiran kedua orang kanannya ke Manila untuk mengumpul maklumat mengenai ‘Manuel Amalilio’, seorang yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina yang ditangkap oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada 22 Januari lalu atas kesalahan menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu.


Motif sebenar ke Manila dipersoal
Selain ramai pihak mempertikai locus standi Tian Chua dan R Sivarasa dalam kes tersebut, blogsabahgroundzero menimbulkan beberapa persoalan lain.
“Kenapa mereka (Tian Chua & Sivarasa) pergi ke Manila dalam misi mencari fakta sedangkan hampir 99 peratus daripada mangsa yang ditipu oleh Amalilio berada di kawasan Mindanao dan Visayas (Selatan Filipina) ?
“Lagipun, pejabat Amalilio dan pusat operasinya terletak di Pagadian City, sebuah bandar yang jauhnya 1, 113 km dari Manila.
“Apa yang mereka sebenarnya lakukan di Manila?,”soal blog itu.
Menurut blog itu, Tian Chua dan R Sivarasa telah mengambil penerbangan malam Jumaat (7 Februari), tinggal di Manila pada hari Sabtu dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada hari berikutnya.
“Adakah di sana mereka berjumpa dengan ejen CIA di bawah arahan kenalan Anwar Ibrahim dari Amerika Syarikat (AS), atau mereka berjumpa ejen Nur Misuari, pemimpin kumpulan pemberontak MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ?
“Atau, adakah mereka berjumpa dengan ejen Sultan Jamalul Kiram (III) (kerana) ketika itu ‘Sultan Sulu’ itu menjalani rawatan dialisis di sebuah hospital Manila,” soalnya lagi.
Menurut laporan blog itu beberapa jam selepas Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di Manila, mereka didakwa telah bertemu dengan ‘seseorang’ yang menyerupai seorang ejen khas.
“Ia bukan rahsia lagi bahawa bos PKR (Anwar) mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan CIA dan kumpulan pemberontak Filipina, yang berhasrat untuk membantu AS menubuhkan sebuah pangkalan Tentera Laut di Sabah jika pakatan beliau berjaya membentuk kerajaan persekutuan yang baru,” katanya.
Rekod hitam
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mula gusar apabila bekas bosnya, Anwar mengesahkan kehadiran Tian Chua dan R Sivarasa ke Manila.
Menurut Zulkifli yang juga bekas peguam Anwar, kedua aktivis SUARAM itu mempunyai rekod hitam yang pernah menjadi dalang pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia pada tahun 1990-an.
Pada November 1996, kata Zulkifli mereka menggunakan platform SUARAM menganjurkan persidangan ‘Asia-Pacific Conference on East Timor’ (APCET) di Kuala Lumpur sebagai tekanan politik kepada kerajaan Indonesia untuk ‘membebaskan’ wilayah Timor Timur daripada negara itu.
Dan apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan baru-baru ini mengiyakan bahawa orang kanannya Tian Chua dan Sivarasa pernah pergi ke Manila konon untuk urusan lain, tapi saya bila melihat penglibatan kedua-dua orang kanan Anwar Ibrahim ini, Tian Chua dan Sivarasa, saya teringat peristiwa APCET 2 (dan) APCET 1.
“Antara tokoh (yang menjadi) dalangnya ialah Tian Chua dan Sivarasa yang kita semua tahu mereka menuntut supaya Wilayah Timor Timur dibebaskan yang kita pun tahu walaupun Presiden Suharto berjaya bertahan, tetapi apabila kawan Anwar Ibrahim (iaitu) Gus Dur mengambil alih pimpinan Indonesia, dia telah memerdekakan Wilayah Timor Timur kepada Gusmao yang hari ini kita kenal sebagai Timor Leste,” katanya.
Situasi yang berlaku itu katanya mirip dengan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu ketika ini apatah lagi dengan penglibatan kedua-dua tokoh tersebut.
Ini katanya ditambah pula dengan saranan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), supaya diadakan dialog dengan Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu yang bertanggungjawab menghantar ‘tentera’nya menyerang Lahad Datu.
Maknanya kita sudah ada satu sejarah di rantau ini, Indonesia kehilangan wilayah melalui corak yang sama..serangan, pencerobohan, selepas itu tekanan antarabangsa dan berlaku rusuhan dan akhirnya mereka hilang wilayah.
Kita dengar baru-baru ini Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon sudah buat kenyataan..apa kena-mengena PBB dengan kita? Ini soal penjenayah menceroboh dan menyerang negara kita. Ini bukan soal tentera negara lain berperang dengan kita.
Jadi tidak ada sebab langsung untuk Ban Ki Moon membuat kenyataan bagi pihak PBB untuk kita berdialog.
“(Jadi) Saya nampak corak yang sama bagaimana Suharto disuruh berdialog dengan Gusmao..sekarang kita disuruh berdialog dengan Kiram..saya ingat ini satu agenda yang sama, dalang yang sama, niat jahat yang sama,” tegas beliau.
Salur wang
Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong pula mendedahkan kedatangan Tian Chua dan R Sivarasa ke Manila ada kena mengena dengan penyaluran wang sebanyak USD 2 juta kepada penceroboh Kiram di Lahad Datu.
“Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberitahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu.”
“NGO yang diberitahu itu adalah SUARAM yang dahulunya saya dan rakan saya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakkan segala-galanya di Malaysia,” katanya.
Menurutnya, bukan rahsia lagi, SUARAM merupakan instrumen Anwar yang mendapat dana asing untuk melakukan provokasi melemahkan kerajaan, sekaligus mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri baru.
Dana asing ini datangnya daripada sembilan yayasan yang dipegang oleh orang Yahudi, matlamat dana ini adalah untuk menjatuhkan Malaysia dan kerajaan Barisan Nasional kerana khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan bersetuju memberikan satu Pangkalan Tentera di Lumut kepada AS.
“AS mahu menguasai rantau Asia Pasifik khususnya di Asia Tenggara kerana pangkalan tentera AS ini telah pun wujud sekian lama yang bertempat di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.” jelas beliau.
Ng Lum Yong adalah salah seorang bekas pengasas PKR dan aktivis SUARAM.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh blog mrkinabaluboy yang mendedahkan Tian Chua dan R Sivarasa ke Manila, pada 7 Februari untuk membawa wang kepada para penceroboh Kiram.
Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi.
“Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-kelompok MNLF, dipercayai memberikan sejumlah wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013,” katanya.
Kunci pertemuan Anwar-Misuari
Blog mrkinabaluboy merupakan blog pertama yang mendedahkan pertemuan Anwar dengan Nur Misuaritujuh bulan sebelum pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Konspirasi Anwar-Misuari mula didedahkan oleh mrkinabaluboy pada 14 Februari, iaitu enam hari selepas pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.
Semua ini mempunyai perkaitan; Anwar-Misuari didakwa sebagai dalang pencatur pencerobohan ke Lahad Datu. Anwar yang menjadi ketua kepada Tian Chua dan R. Sivarasa telah bertemu dengan Misuari yang menjadi ketua kumpulan bersenjata MNLF dan perantara kepada ‘Sultan Sulu’ Jamalul Kiram III.
Pertemuan Anwar-Misuari didedahkan oleh twitter pro Anwar, AICMalaysia berlaku pada 17 Julai 2012, iaitu 7 bulan sebelum berlakunya pencerobohan pengganas Kiram ke Lahad Datu.
Sesetengah pihak berpendapat, pertemuan Anwar-Misuari dianggap pelik kerana pertemuan dua bekas banduan yang bersatu di atas faktor dendam terhadap pentadbiran kerajaan Malaysia, seorang ketua parti pembangkang Malaysia dan seorang lagi bekas ketua pembangkang yang masih mempunyai pengaruh dalam saki baki angkatan bersenjata MNLF dan Abu Sayyaf.
Kehebatan Misuari mengawal kumpulan bersenjata ini digambarkan tausug-global sebagai seorang yang mampu mengawal kumpulan bersenjata yang berpuak-puak termasuk puak Habier Malik, bekas komander MNLF dan puak Radulan Sahiron dari Abu Sayyaf.
“Prof Nur menyedari kelebihan yang ada pada Sulu yang memiliki pelbagai kumpulan yang tidak bersatu seperti puak Ustaz Habier Malik, Radulan, Abu dan beberapa kumpulan tersisih lainnya, masih boleh digunakan untuk kempen perang pada bila-bila masa,” katanya.

Sunday, 24 March 2013

LAGU UNTUK ANWAR IBRAHIM.. U ULANG I SAMANNNNN !

Saudara saudari sekalian.. Jom sama2 kita dengar lagu ni... Terbaik.. Sebagai penghibur petang.....






Amacam? Suka tak? Nantikan lagi lagu sambungan selepas ini.. Stay Tuned ~~

MANA LETAKNYA AGAMA 'KAMU'?

Mohon para pembaca memikirkan perkara yang ingin saya sampaikan ini bersama dengan fikiran mata hati yang bersih. Saya yakin majoriti dari pembaca kalian ini beragama Islam bukan? BESAR tanda soal '?' dalam kepala saya sekarang ni. Semua berlaku lepas saja seorang pengunjung blog Perak Rawk memberi pandangan ikhlas nya mengenai bahasa yang digunakan di blog ini.

 "Aku bersalah..... aku memang bersalah.. ternyata berkenaan tujuan dan matlamatku, aku kabur" Itulah kata-kata yang melintangi fikiranku selepas membaca komen seorang ni. Apa yang patut aku lakukan ditika ini. Ya! Aku mengaku.... Aku memang agak kasar tapi kadang-kadang dan bergantung pada yang mengelilingiku. Tapi aku tak boleh menyalahkan mereka kerana akulah yang pelakunya. 'DIMANA AGAMA KU?'. 

::Betul atau tidak::  Dengarkan pula video di link bawah ini... 
http://tunfaisal.blogspot.com/2013/03/video-razali-guan-eng-samseng-kata.html

Selepas habis mendengarkannya, aku terfikir... Memang betul lah, kaum sebangsaku seagamaku sedar atau pun tidak sedar sedang terus memalingkan diri dan hati dari agama suci kita.

::Betul atau tidak::  Ada pula kenyataan ini... cuba bacakan untuk diri anda....
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2011/06/cerita-ustaz-kazim-bagaimana-pas.html

Cerita Ustaz kazim bagaimana Pas sanggup mempergunakan agama demi DAP

By Sungai Rapat on Sunday, June 12, 2011 with 91 comments

::Betul atau tidak::  Lihatlah pandangan-pandangan mereka mengenai ini.....

anselmo said...
June 12, 2011 at 9:14 AM
PRU 12, Takiyudin beri pemuda UMNO antara rm 800 hingga rm 1000 supaya tidak kempen utk UMNO. Mat pit, dia belanja pit sampai overdose, kaki gam, dia bagi gam, kaki pompuan siam, dia bagi pompuan. Yang penting mereka ni tak berkerja utk BN. Memang Takiyudin tak beri direct tapi tu Hj Nordin tukang supply duit dan dadah dan pompuan. PAS ni binantang lebih dahsyat dari DAP, lebih tenat dari Komunis. Apa yg aku ckp ni pengalaman di Bunut Payung.
Aku anak MELAYU said...
June 12, 2011 at 9:57 AM
Bawalah orang2 Melayu ke jalan Islam yang sebenarnya, berceramah dalam Masjid dan Surau jangan lah masuk ajenda politik hingga mengejek, mencaci dan merendah martabat orang lain, apakah ini ajaran ISLAM. Serban yang melilit kepala macam dia lah ulamak sebenar tetapi tidak. Dengan orang kafir berpelukan tapi dengan orang Islam dibuat musuh. Ingatlah setiap manusia akan mati, dan ingatlah seksaan kubur.
Anonymous said...
June 12, 2011 at 10:53 AM
selepas membaca ulasan ustaz kazim ni, harap la semua blogger pro kerajaan tak menulis dengan perkataan yang kurang elok. tulis kritikan dengan berhemah. kita berbeza dengan rakyat yang pro pembangkang. kita rakyat yang berfikiran waras dan terbuka, bukannya jumud , sempit dan kotor fikirannya. lebih banyak nilai murni yang ada dalam diri yang pro bn berbanding sebaliknya. buat jahat biasa la, Allah maha mengetahui dan maha melihat dan sebagainya(20 sifat Allah) jangan sampai tak takut kepada Allah swt sudah la. sudah lupa namanya, mula la buat jahat lain. jahat dengan manusia bawa ke neraka sehingga manusia itu yang memaafkan. jahat dengan Allah swt, Allah itu maha pengampun, jangan la kita pula dilaknat Allah dan ditutup pintu hati. neraka selamanya.

~Aku rasa *********~ Hmmmm.......... Nasihat untuk kebaikan harus kita terima dan mulakan perubahan. Aku memang manusia yang hina disisiNya.


PAPA GOMO ---> RAFIZII RAMLI... AGAK-AGAK????

INI MUNGKIN TAPI MEMANG TAK MUSTAHIL KAN?


Perasan tak....... Rafizi Ramli ni kalut semacam lah bila diajukan macam-macam soalan panas pada dia. Lagi-lagi bila ditanya pasal bos kasayangan dia tu. Mamat ni jugak sebenarnya mesti sedikit sebanyak turut rasa tertekan dengan kePANIKan Anwar sebab semua beban ini diletakkan diatas kepalanya..Sudah semestinya Rafizi akan rasa lebih tertekan kerana sebelum ini secara terang terangan kantoi dalam mempertahankan Anwar apabila video Chinadoll tersebar.

KENAPA NAK TERKANTOI PULAK RAFIZI? MACAM PELIK JE..... Hentah-hentah papa gomo ni kamu tak????? KIKIKIKIKI!!! opsss! takut la....nati kena saman..... Jangan saman kite tau. Pleaseeee...


Haaa... Dah baca? Rafizi kata Papagomo tengah panik kan. Tak pelik ke, tau aje si Rafizi ni papagomo tengah panik ye? Memahami betul die tentang papagomo ni. Hentah-hentah papagomo ni kamu tak??? opssss lagi sekali......


Video kat bawah ni membuktikan Rafizi kantoi menjawab soalan. Idak jugak dijawabnye soalan wartawan tu. Mesti dalam kepala tengah fikir "macamne ni..... aku nak bela bos dulu ke nak bela diri aku dulu.... haduh!!" Tu pasal lah die jadi gelabah sampai naik marah nak panggil guard lah. 

MUNGKIN JUGAK KAN.............. HAAA..... Opsss!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...