Tuesday, 26 March 2013
DJ Wanita Ini Pernah Di Offer Filem Porno.
Tahukah Anda......?: DJ Wanita Ini Pernah Di Offer Filem Porno: Sumber Tidak ada dalam kamus hidupnya perkataan mustahil bagi Ay Claudia. Model yang kini menceburi bidang suara dan DJ ini tidak mahu ...
Gerakan PR dah bermula
Waspada dengan serangan dari pembangkang. Terkini mereka membuat cubaan untuk mengharamkan parti umno.
Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian tidak sah pendaftarannya.
Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001 masalah dan krisis – ini kerana negara telah ditadbir oleh sebuah organisasi politik haram.
Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan ‘Haramkan Umno’.
Peranan semua:
1. Menyampaikan penerangan ‘kenapa Umno organisasi haram?’ ke seluruh pelusuk negara.
2. Menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing-masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com
3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email
haramkanumno@gmail.com
Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan juga laman facebook Umno-Parti-Haram beberapa laman FB serta blog sekutu.
Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga akan menjadikan PRU-13 sebagai satu proses referendum rakyat untuk menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara.
Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran terbuka ‘Gerakan Haramkan Umno’ di ibukota.
Sekian.
che’GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia
Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian tidak sah pendaftarannya.
Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001 masalah dan krisis – ini kerana negara telah ditadbir oleh sebuah organisasi politik haram.
Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan ‘Haramkan Umno’.
Peranan semua:
1. Menyampaikan penerangan ‘kenapa Umno organisasi haram?’ ke seluruh pelusuk negara.
2. Menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing-masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com
3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email
haramkanumno@gmail.com
Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan juga laman facebook Umno-Parti-Haram beberapa laman FB serta blog sekutu.
Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga akan menjadikan PRU-13 sebagai satu proses referendum rakyat untuk menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara.
Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran terbuka ‘Gerakan Haramkan Umno’ di ibukota.
Sekian.
che’GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia
Akhirnya Pengganas Lahad Datu Menyerah Kerana Kebuluran
10 KEJUTAN ANWAR UNTUK PRU-13
Ini adalah pendedahan 10 perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang akan datang. 10 perkara ini disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.
1) Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Ia sudah pun berlaku dimana ayah Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba menentang pandangan anaknya baru-baru ini selain telah terang-terangan menyerahkan borang sokongan kepada pihak pembangakang.
2) Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

***Kemampuan Anwar ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.
4) Anwar akan bersumpah dengan penipuan (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA "Demi Allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh", MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA "Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful." Sudah tentu penyokong dan cybertrooper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.
5) Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan jam berkenaan dan menunjukkan jam sebenar. Oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”
6) Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.
7) Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin
8) Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
9) Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara.
***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.
10) Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)…
WAJIB BACA!!!Pemimpin parti politik mana yang murtadkan TIGA JUTA rakyat beragama ISLAM???
Diam tak diam,PilihanRaya Umum ke-13(PRU-13)dah semakin hampir.Tinggal berapa hari sahaja lagi.Dalam meniti hari-hari yang mendatang,makin banyak gossip-gossip atau cerita-cerita panas berkaitan dengan parti politik yang bertanding.Tapi tu tak kisahla,yang memang dikisahkan sekarang niu ialah SIAPA AHLI POLITIK YANG MURTADKAN DUA JUTA UMAT ISLAM TU???
Kalau dinegara Arab,bukan semua orang Arab itu adalah Islam,ada yang menganut agama lain,tetapi di MALAYSIA,orang Melayu mestilah beragama Islam,jadi kita perlu membina tamadun yang berteraskan al-Quran dan hadis yang sahih.Selain itu,kita juga sebagai seorang melayu perlu berusaha menjadi bangsa yang maju dan kita perlu belajar daripada orang lain seperti contoh Jepun,China atau Korea yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Bukti tentang Pemimpin Parti Politik yang dah murtadkan lebih dari tiga juta umat islam adalah jelas kerana kita boleh lihat dari segi kenyataan yang pernah dibuat olehnya seperti' Siapa yang nak serang orang kafir itu perlu langkah mayat saya dulu'..Kenyataan siapakah yang sanggup mempertahankan umat yang bukan seagama dengannya malah sanggup mempertahankan nyawa sendiri demi musuh dunia yang kejam dan tidak berhati perut itu??Manusia jenis apakah ini?Patutkah manusia sedemikian kita simpan dalam negara kita yang berdaulat ini??Selain kenyataan tersebut,Pemimpin Parti Politik ini juga pernah berkata,'Apa apa salahnya jika orang Kafir sahaja yang memerintah Malaysia..'.. Sekarang sudah jelas segalanya.Jika kita silap percaturan dalam memilih kerajaan pada PRU13 ini,ia akan merosakkan agama dan negara.Percayalah.
Hari ini bukan sahaja mereka(Pemimpin Parti Politik)bekerjasama dengan bangsa kafir tersebut,malah hari jadi pun dirai di rumah orang kafir itu.Rasanya orang yang bercakap ini tidak memakai serban dan tiada pendirian agama dalam diri atau mungkin juga tiada didikan agama sedari kecil.Itu yang boleh membuatkan pecah belah dalam agama,kurang sikap toleransi,tingginya gejala sosial terutama dikalangan penapis generasi yang akan datang seperti golongan belia.
Kalau sayangkan bangsa dan negara,kita umat islam mestilah kembali kepada ajaran kita yang sebenar iaitu al-Quran yang jelas menekankan peranan persaudaraan sesama sendiri ,justeru orang melayu perlu membina peradaban bangsa berteraskan tamadun islam.Selain itu juga,kita perlu ikut kehendak agama islam sebagai ad-din dalam kehidupan kita,orang melayu akan menguasa sains,dapat mencipta alatan kita sendiri dan bukan sebagai pengguna semata-mata.Apabila kita menjadi negara maju,ia akan menjadi sebahagian daripada tamadun kita.Harap-harap,kita tidak akan memeberi mandat kepada Pemimpin Parti Politik yang telah mengkafirkan tiga juta rakyat beragama islam.PLEASEEEEEE !!!
"Tak salah artis nak berpolitik.Kita lihat
di luar,banyak artis yang berpolitik.Dah pernah
jadi presiden,senator.Jadi,tak salah perubahan itu
berlaku dalam politik negara"..
Kata Zed Zaidi sebagai Presiden Seniman.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
.jpg)
.jpg)