Monday, 15 April 2013

SAH ! Nik Aziz dan Hadi MUNAFIK !!

Jahil dan munafik..Begitulah dia pemimpin Parti Se Islam Malaysia ini..


Manusia dipegang pada janji. Manusia yang tidak menepati janji adalah manusia munafik. Ulama yang tidak menepati janji dan dengan sengaja menipu semata-mata untuk kepentingan diri dan puaknya, adalah Ulama jahat sepertimana yang diperingatkan oleh AlQuran.


Sedar atau tidak, Nik Aziz dan Hadi Awang adalah antara Ulama munafik yang memungkiri janji. Ingatkah bagaimana Nik Aziz menghentam bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai gila kuasa dan diktator serta mencabar beliau bersara? Kata Nik Aziz ketika itu, jika Tun Mahathir sanggup bersara, maka beliau juga akan bersara.


Sebaik keadaan negara kembali pulih dan berada di landasan yang tepat, maka Tun Mahathir pun bersara. Tetapi, sejurus selepas itu, apabila ditanya kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula ‘berikrar’ akan memegang jawatan sampai mati. Malah, sehingga hari ini Menteri Besar Kelantan yang gagal itu tetap bertegas akan terus mempertahankan jawatan.

Begitu juga dengan Presiden PAS si Hadi Awang. Ketika Amanat Hadi kembali menghantui dirinya tahun lepas, beliau juga membuat kenyataan tidak akan bertanding lagi. Kenyataan tersebut berbunyi merendah diri dan tawaduk. Namun, semua itu hanya sementara sahaja rupanya. Apabila orang-orang kelilingnya memberi isyarat seolah-olah beliau masih diperlukan, dengan pantas Hadi menyambutnya daan membuat kenyataan akan terus mempertahankan kerusinya.

Tindakan kedua-dua pemimpin bergelar Ulama ini bukan sahaja menunjukkan kemunafikan yang jelas, tetapi ia turut menjejaskan parti mereka yang mereka ‘anuti’. Jelas, mereka bukan lagi berjuang kerana parti tetapi diri sendiri.

Akibat dari ketamakan kuasa, PAS Terengganu, atau Marang, khasnya, kini berpecah. Ramai pemimpin-pemimpin pelapis kecewa kerana mereka telah memasang cita-cita untuk menggantikan Hadi Awang apabila beliau mengumumkan tidak akan bertanding lagi. Nampaknya, cita-cita mereka terpaksa ditangguhkan lagi kerana Hadi Awang masih belum puas berkuasa, malah berangan-angan lebih tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.

Di Kelantan juga, keadaan yang hampir sama berlaku apabila Nik Aziz enggan berundur sedangkan beliau kini sudah menjadi liabiliti bagi negeri dan juga parti. Namun, sikap PAS yang taksub kepada gelaran ‘ulama’ dan penampilan ‘jubah dan serban’ serta cakap-cakap yang berbunyi ‘Islam’, telah menidakkan akar umbi PAS dari menentang Nik Aziz secara nyata mahupun mengakui kelemahannya mentadbir.

Pendek kata, biarpun tindakan dan perbuatan Nik Aziz hitam dan dilihat hitam, namun mulut penyokong-penyokongnya tetap akan menyatakan ia putih.

Hakikat yang perlu diterima oleh semua ahli PAS ialah tiada siapa yang boleh menyimpan cita-cita untuk menjadi Presiden atau Mursyidul Am PAS atau Menteri Besar Kelantan, selagi kedua-dua ‘ulama’ itu masih hidup. Nik Aziz tahu bahawa tanpa jawatan, beliau hanyalah seorang orang tua nyanyuk yang tidak punya signifikan apa-apa di dalam dunia ini. Tiada apa sumbangannya kepada rakyat Kelantan, mahupun umat Islam keseluruhan selain dari memecahbelahkan dan membawa kesesatan semata-mata.

Hadi Awang pula tentu sekali tidak sanggup mengenepikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau begitu yakin dan teruja sekali apabila Haron Din mengambil langkah besar-besaran untuk menolak Anwar. Hadi, diketahui sebagai ‘next in line’ bagi jawatan tersebut, sekiranya Anwar tidak diterima ramai. Justeru, atas dasar inilah Hadi memutuskan untuk terus bertanding kerana merasakan kerusi Putrajaya sudah tidak jauh lagi. Beliau tidak sanggup berundur sebelum berjuang.

Apapun, yang pasti, perjuangan mereka berdua bukanlah kerana Islam dan sekiranya kedua-dua makhluk munafik lagi gila kuasa ini menang, maka ia bukan bermakna kemenangan Islam, tetapi kemusnahan keseluruhan struktur ummah, negara dan juga agama.


Daeng- Sebenarnya Nik Aziz dan Hadi tidak ada penganti yang mereng seperti mereka, Mana tidaknya walaupun amanat Hadi dan fatwa songsang Nik Aziz diterima pakai oleh pengikut PAS sedangkan ianya terang-terang jelas bertapa pecahnya Umat Islam dan orang melayu di Malaysia hari ini. Hadi dan Nik sedar tiada siapa yang segila mereka didalam PAS, Semua pengikut PAS bakal meletakkan segala kecuaian dan  keceluparan Nik dan Hadi di padang masyar.


Klik video untuk melihat sendiri kejahilan mereka...
klik di 
sini


TAHNIAH BN ! KERUSI dan DUN Ipoh Barat jatuh ke tangan BN kembali... Selanjutnya baca


Kerusi Parlimen dan DUN di Ipoh Barat mungkin jatuh ke tangan BN kembali

Undi BN - Janji ditepati
Tiada yang tertinggal, Tiada yang terpinggir
 



Kemelut dalaman parti DAP yang sememangnya tidak dapat diselindungi nampak kian parah apabila ada anggota partinya bersedia untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang yang berada dalam Parlimen Ipoh Barat.

R.K. Muthu, penyelaras pusat khidmat DUN Kepayang berkata, beliau akan bertanding di kerusi DUN Kepayang atas tiket Bebas walaupun menyedari risiko dikenakan tindakan disiplin atau dipecat daripada DAP yang dianggotainya sejak 40 tahun lepas.

"Saya akan bertanding di DUN Kepayang sebagai calon Bebas atas kapasiti saya sebagai anggota DAP, saya tidak akan keluar parti. Saya sudah bersusah payah dengan sepenuh masa di DUN Kepayang termasuk di kawasan Parlimen Ipoh Barat," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan hasratnya itu di pusat khidmatnya di sini.

Katanya, DAP akan memutuskan sama ada beliau menentang parti atau menentang pemimpinnya yang mempunyai karakter tidak baik.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan perbalahannya dengan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang juga bekas ahli Parlimen Ipoh Barat, yang didakwanya telah menjatuhkan dan memusnahkan reputasinya.

Muthu berkata, pemimpin atasan parti itu termasuk di peringkat negeri menyedari kemelut yang melanda namun tiada seorang pun menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut yang timbul.

"Kita cakap mahu ubah tapi slogan saya adalah tukar bekas ahli Parlimen Ipoh Barat...Kulasegaran tiada masa untuk mendengar masalah rakyat dan mengatasi masalah di kawasan Ipoh Barat walaupun sudah sembilan tahun menjadi wakil rakyat di situ," katanya.

Beliau meminta pengundi di Parlimen itu memilih seorang yang bijak, berkorban masa selesai masalah setempat serta berjiwa rakyat sebagai wakil rakyat Ipoh Barat dan ADUN Kepayang.

Muthu yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Penyelaras Parlimen Ipoh Barat telah 'dipecat' oleh Kulasegaran dengan alasan beliau seorang yang bankrap baru-baru ini.

Beliau kemudian membuka pusat khidmat penyelaras DUN Kepayang di Jalan Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan pusat khidmat Kepayang di bawah Kulasegaran.

Sebelum ini, beliau mendedahkan telah dilantik sebagai penyelaras pusat khidmat DUN Kepayang oleh ADUN kawasan itu, Loke Chee Yan pada 2008.

Muthu yang juga bekas ahli DUN Teja (dalam Parlimen Gopeng) turut mengumumkan seorang lagi ahli DAP yang merupakan seorang profesional berusia 40-an akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Ipoh Barat.

TERBARU ! Lagi artis sokong BARISAN NASIONAL...


Bandi Jadi Duta Barisan Nasional


Dua artis terkenal, Bandi Amuk dan Ayai Ilusi, menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi duta kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) Barisan Nasional (BN) Parlimen Johor Baharu.

Bandi Amuk atau nama sebenarnya, Nasabandi Jumaat dan Ayai Ilusi atau nama sebenarnya, Zaharuddin Kamaruddin, akan terlibat dalam aktiviti penerangan khususnya terhadap golongan muda di Parlimen Johor Baharu.

"Penyertaan Bandi Amuk dan Ayai Ilusi merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk mendekati anak muda dan menarik sokongan mereka pada pilihan raya umum kali ini," kata penyandang kerusi Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada sidang media di pejabat Umno Bahagian Johor Baharu pada Ahad.

Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Johor Baharu berkata, pendekatan BN menggunakan selebriti dalam kempen adalah berlainan dengan pembangkang yang mengetengahkan artis sebagai calon parti mereka.

Shahrir merujuk kepada keputusan Pas mencalonkan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin di Parlimen Jempol pada pilihan raya umum ini, serta khabar angin bekas penyanyi, Dayangku Intan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pontian.

Menurutnya, bekas artis yang diketengahkan oleh pembangkang sebagai calon di dalam PRU 13, tidak mempunyai sebarang pengalaman berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Bandi Amuk berkata keputusan untuk menawarkan khidmatnya adalah disebabkan kesedaran untuk membalas segala jasa BN dengan memastikan parti pemerintah itu menang besar pada PRU 13.

"Saya mempunyai keluarga dan anak-anak saya telah mendapat segala bantuan dan pertolongan daripada BN. Ini adalah masa untuk saya membalas segala jasa kerajaan BN. Janganlah kita menggadaikan masa depan kita," katanya.

Penyanyi Ayai Ilusi pula berkata, tindakannya untuk terlibat dalam kempen pilihan raya BN itu merupakan reaksi semula jadi memandangkan beliau merupakan penyokong kuat parti itu sejak dahulu lagi.

"Saya telah terlibat dengan kempen BN 'sejak azali' lagi, daripada bekerja memasang poster-poster BN kepada menyertai kempen-kempen bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor," katanya.

Pegawai Pilihan Raya BN Parlimen Johor Baharu Abu Talib Alias pula berkata, Bandi dan Ayai akan terlibat dalam lapan program penerangan di seluruh kawasan Parlimen Johor Baharu sepanjang kempen PRU 13 ini.-sumber

HOT HOT !! Lagi RAMAI yang tinggalkan ANWAR IBRAHIM !!! Baca di




Profesor Datuk Dr. Sidek Baba dikatakan individu terbaru yang meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setelah lebih 30 tahun menjadi penyokong tegar dan tulang belakang Anwar, Dr. Sidek Baba akhir membuat keputusan untuk meninggalkan Anwar dan perjuangan PKR kerana yakin dengan masalah moral ketua umum PKR itu.
Malah menurut rekod semenjak penubuhan PKR, seramai 32 daripada 34 pengasas PKR telah keluar parti tersebut.
Malah sekiranya di teliti, semakin hari semakin ramai golongan akademik yang telah tinggalkan Anwar. Kawan-kawan yang suatu ketika dahulu sanggup sehidup semati sudah mula menjadi “musuh”nya..
Seterusnya klik disini

BACULNYA PAS !!! PAS Terus Bercelaru Isu Kalimah Allah



Walaupun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengumumkan pendirian dengan membenarkan pengunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain namun PAS terus berdolak-dalih dengan menyalahkan Barisan Nasional (BN) yang kononnya tidak mempertahankan kalimah suci itu.

Terdesak dengan bantahan orang ramai terutama dari akar umbi PAS sendiri mengenai pengunaan kalimah Allah yang gagal dipertahankan parti itu, PAS seolah-olah 'lepas tangan' menuding jari dengan mendakwa UMNO sebenarnya yang membenarkan pengunaan kalimah Allah di dalam bible bahasa Melayu.
Seterusnya baca di.. s i n i

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...