Tuesday, 16 April 2013

"SAYA TAK BOGEL" - NORA DANISH

Nora Danish
Nora Danish


Berikutan kontroversi babak ranjang dalam trailer filem “Mencari Cinta” yang melibatkan pelakon comel, Nora Danish dan Rusdi Ramli sekitar bulan lalu, akhirnya aktres tersebut tampil untuk menjelaskan segala kontroversi dan spekulasi yang tidak benar mengenai dirinya melalui trailer tersebut.
Menurut Nora Danish, dia sendiri akui trailer tersebut agak memberangsangkan, akan tetapi aktres ini telah menolak dakwaan kononnya dia melakonkan babak ranjang seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak yang menonton.
Sebenarnya memang trailer itu agak memberangsangkan dan mungkin itu salah satu daripada segi promosi supaya orang rasa teruja untuk menonton filem ini. Lagipun selalunya trailer-kan memang macam itu, tapi bagi saya kalau cerita itu terlalu ghairah ataupun terlalu banyak adegan berahi, pihak Finas tak akan luluskan.
Memandangkan filem ini dah dapat kelulusan daripada Finas, jadi maknanya cerita itu boleh dipertontonkan untuk semua lapisan masyarakat. Lagipun ianya untuk tontonan 13 tahun keatas.


HEBAT!!! FORMULA TERBAIK PILIH CALON BN

BN
FORMULA BN YANG SANGAT BERKESAN!

Barisan Nasional (BN) telah menggunakan formula terbaik yang kreatif dan di luar kotak pemikiran di dalam memilih calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kelak.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, walaupun beberapa komponen parti mungkin dilihat mengalami kekurangan kerusi tetapi sebenarnya mereka bakal mendapat lebih dalam jangka panjang.
Beliau memberi contoh, walaupun kerusi MIC dilihat kurang daripada empat kepada tiga tetapi kepimpinan tertinggi BN bersetuju untuk melantik dua senator dari MIC Perak di samping seorang penasihat Menteri Besar bertaraf Exco dan seorang Exco kerajaan negeri jika mereka menang pada PRU-13. 
Menurut beliau, dengan cara itu, wakil MIC di dalam kerajaan juga bertambah, berbanding jika mereka masih mendapat empat kerusi yang mungkin hanya tinggal satu atau dua selepas pilihanraya. 
“Ini adil dan formula BN. You cannot find majority, jadi kita mencari satu pendekatan yang lebih kreatif, berfikir di luar kotak,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai calon BN Perak untuk PRU-13 di Bangunan UMNO Perak di Ipoh hari ini.
Beliau berkata, dengan formula itu, dengan masyarakat India akan lebih diwakili.
Beliau menambah, formula yang serupa juga mungkin diguna pakai dengan MCA yang dilihat mengalami kekurangan satu kerusi.
“Saya sangat gembira dengan cara kita berunding, walaupun ia merupakan proses yang panjang tetapi akhirnya kita mencapai persetujuan bersama.
SETERUSNYA BACA DI SINI

BN MENANG PRU13!!!!

BN MENANG PRU13


Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai kelebihan untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding Pakatan Rakyat (PR).

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan berkata, masalah perebutan kerusi yang timbul antara parti komponen PR antara faktor penyumbang kelemahan PR.

“Banyak isu yang timbul dalam PR, antara yang besar adalah ketiadaan persefahaman dalam pengagihan kerusi kerana perkara ini menjadi perhatian berikutan semua pihak sedang menantikan hari penamaan calon.

“Selain itu, isu yang melibatkan moral pemimpin juga menjadi faktor semasa yang boleh menggugat kepercayaan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


BALASAN KEPADA PEMIMPIN KEJAM!!!




Sedang dia berada di hotel Park yang berhadapan dengan masjid, muazzin telah mengumandangkn azan. Lantas dia berkata kepada org yg disekelilingnya (dengan nada menghina): “Siapa yang kata kita ni terkenal? Kita tak terkenal pun. Kalian lihatlah kepada Lelaki ini (Nabi SAW). Macam mana dia tak terkenal kalau dah namanya diulang di seluruh penjuru alam? Hancurkan jer menara masjid tu!”

BALASAN SU’UL KHATIMAH DAN BALA YANG MENIMPANYA
Akan tetapi dia mendapat Su’ul Khatimah.
Ataturk sangat takut akan kesihatan dirinya maka oleh sebab itu dia telah mengarahkan para doktor yang pakar-pakar untuk merawatnya. Lebih menyedihkan lagi dia tidak menyedari bahawa dirinya telah mengidap penyakit hati sehinggalah ia mencapai tahap yang sangat kritikal. Ini bala yang pertama tetapi sangat azab dirasakannya.
Tidak cukup dengan itu Allah menghinakan lagi dengan penyakit siflis hasil dari tabiat terkenalnya yang suka berzina.
Dan ketika matinya Allah membalakan dia dengan serangga kecil yang tak dapat dilihat dengn mata yang menyebabkan dia gatal-gatal satu badan dan kerja menggaru jer dan setelah dikaji, semut aneh dan berbisa ini tidak wujud melainkan hanya di China. Lihatlah bagaimana Allah menghantar semut yang Di China ke Turki untuk menghinakan musuhnya. Dan beliau menderita seperti itu selama 2 tahun sehingga akhir ajalnya!

GANDINGAN HEBAT KERUSI BN PERAK!!!


 HOT3!!! INI DIA CALON-CALON BN PRU13 PERAK!!!





P.63: TAMBUN

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH (Kekal)

P.055 :  LENGGONG
 DATO’ SHAMSUL ANUAR NASARAH (Kekal)

N.04 : KOTA TAMPAN
 YB DATO SAARANI BIN MOHAMAD (Kekal)


P.060 : TAIPING
DATO’ TAN LIAN HOE (Berpindah dari Parlimen Gerik)


N.14 : CHANGKAT JERING
DATUK ROSLI HUSIN (Berpindah dari DUN Trong)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...