Wednesday, 17 April 2013

TERBARU ! Mustafa puter belit isu video seksnya !!! haha



mustapha-aliSetiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terus mengecam UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi bukan berkaitan video seks yang dikatakan mirip beliau, sebaliknya dalam soal tragedi 13 Mei.
Mustafa mendakwa, UMNO dan BN menggunakan sentimen 13 Mei itu untuk menggugut rakyat, kononnya akan berlaku rusuhan jika pakatan pembangkang memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 
BACA SETERUSNYA DI S I N I

TERBARU HANGAT ! Akhirnya..HarakahDaily Kena Saman !!!



Akibat daripada kemaruk untuk mempertahankan Mustafa Ali dan melanyak UMNO secukup rasa - akhirnya HarakahDaily terima padah.  

Kuala Lumpur - Umno hari ini menghantar surat tuntutan melalui peguamnya  mendakwa Harakahdaily membuat fitnah kepadanya ekoran penyebaran video lucah. Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu (gambar kiri) mendakwa Harakahdailly memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa  Umno terlibat'.

Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita itu mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.

"Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anakguam kami bertarikh 13 April 2013 adalah seperti berikut:

"Dungun: Ketika blogger Umno menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan, beliau memberikan ceramah di markas PAS Kampung Molek dekat sini malam tadi.

"Dalam ceramah itu, beliau mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup memlemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

"Bagi Mustafa, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah...saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Menurut surat yang ditandatangani peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun itu, kenyataan di atas bermaksud:-

1) Anak guam kami merancang video lucah tersebut

2) Anak guam kami kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah dan lain-lain tafsiran lagi.

Sehubungan itu, peguam Umno itu berkata, anak guamnya iaitu Umno menuntut lima perkara untuk dilakukan Harakahdaily.

1) Berhenti membuat fitnah berkenaan

2) Mohon maaf

3) Menarik balik

4) Aku janji untuk tidak menyiarnya lagi

5) membayar ganti rugi kerana kerosakan reputasi.

Surat itu juga mengugut, jika tidak berbuat perkara di atas, satu perintah injunksi akan dipohon untuk menghalang penyebaran dakwaan itu.

Khalid menangis dekat Hadi !!


KHALID SAMAD DESAK HADI PINDAHKAN DIA DARI PARLIMEN SHAH ALAM. 

Maklumat terkini dari beberapa kenalan dalam pas kawasan shah alam, khalid samad meminta presiden pas hadi awang supaya mengeluarkan dia dari bertanding di parlimen shah alam... 

Khalid samad tidak kisah di kawasan mana pun dia di letakan asalkan bukan Shah Alam, kata budak-budak pas Shah Alam, "hadi masih belum terlambat lagi untuk mengeluarkan khalid samad kerana watikah belum di keluarkan, sekarang nie pun jentera pas agak slow berkerja, jadi kalau khalid samad dah bersuara maka hadi patut ikut"... 

Bekas peguam anwar ibrahim, Zulkifli Nordin akan bertanding menentang khalid samad bagi parlimen Shah Alam... 

UNGGUL ! Dr Zambry Kekal Bertanding Di DUN Pangkor


Spekulasi kononnya Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan berpindah ke Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lain pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ternyata meleset apabila beliau kekal bertanding di kerusi DUN Pangkor.
43Perkara itu terjawab dengan sendiri apabila Dr. Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri mengumumkan senarai nama calon BN Perak di Bangunan UMNO Perak di Ipoh hari ini.
Pengumuman itu sekaligus menafikan cakap-cakap kononnya beliau akan ke Parlimen dan beberapa pemimpin kanan UMNO disebut-sebut menggantikannya sebagai Menteri Besar.
Baca di s i n i 

Tuesday, 16 April 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...