Friday 29 March 2013

BIOGRAFI ABBY ABADI

 



Arbaiyah binti Abdul Manan@ Abby Abadi
Lahir Arbaiyah Abdul Manan
1 Disember 1977 
Malaysia
Terkenal kerana Kumpulan ELITE
Inspektor Aleeza - Gerak Khas
Pasangan Norman Hakim (cerai)
Arbaiyah binti Abdul Manan atau juga dikenali sebagai Abby Abadi, merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi kumpulan ELITE. Arbaieyah binti Abdul Manan dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1 Disember 1977.
Beliau turut merupakan seorang anggota asal Elite yang pertama mengundurkan dirinya daripada kumpulan tersebut pada akhir 1997. Beliau pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim.
Beliau berlakon sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan oleh RTM - TV2.

Keluarga

Abby Abadi merupakan bekas isteri kepada aktor Norman Hakim. Mereka mempunyai 3 orang cahayamata iaitu Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim. Malangnya pada 2009 mereka telah disahkan bercerai.Hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Abby Abadi selaku ibu.
Politik PAS

Setelah berhijrah memakai tudung pada 2012, beliau sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka. Pada 19 Julai 2012, beliau menyerahkan sendiri borang keahlian kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Ekoran itu tugas beliau sebagai duta tudung syarikat AlHumaira Contemporary (AHC) ditamatkan dengan alasan 'tidak menepati sasaran'.Tindakan beliau bertudung dan berpaling kepada PAS dan menyahut cabaran debat AC Mizal mengundang sindiran dan kecaman beberapa pihak.
Kontroversi Abby Abadi Dalam Politik

Abby Abadi yang sekarang ini dikatakan “sudah berhijrah” di mana agak sibuk pula dengan aktiviti politiknya dan dalam pada masa yang sama mahu mendalami Islam.Bagaimanapun Abby Abadi telah mengeluarkan satu kenyataan didalam laman Twitter miliknya berhubung ibadah korban yang mendapat perhatian ramai terutamanya di blog.

Kenyataan Abby yang menyebut "Jika tidak mahu berkorban untuk memperjuangkan agama tetapi melakukan korban untuk lembu dan sebagainya, itu tidak dikira korban, itu dikira membunuh binatang

Gerakan Bersenjata Pemuda PAS Ke Gaza

Abby Abadi juga dikatakan telah menempelak kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan orang-orang PAS membawa senjata semata-mata untuk tujuan berjihad di Gaza. Sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 singkatan (HKR112)Abby Abadi sangat teruja menjadi antara sejuta rakyat menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka 

Isu-isu lain

Sejak Abby Abadi menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup, dia begitu “laris” dan mendapat begitu banyak jemputan dari PAS yang mahukannya hadir di majlis-majlis keraian mereka. Mungkin itu adalah salah satu perubahan besar yang dapat dilihat setelah Abby menyertai PAS berbanding artis sebelumnya,Aishah yang dilihat semakin kurang sambutan dan tidak mendapat permintaan sehangat Abby Abadi. Abby Abadi juga pernah ditegur oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan pertanyaannya tentang isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama di sebuah program agama.Abby dikatakan kelihatan terasa hati dan Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.

Filem lakonannya

Pasrah(2000)
Gerak Khas The Movie (2001)
Gerak Khas The Movie II (2002)
Gerak Khas The Movie 3 (2005)
Sembilu 2005 (2005)
Skrip 7707 (2009)
Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami (2010)
Antara Drama

Gerak Khas
Merentas Pelangi
Kesatria 7
Maria Mariana
Garisan Terakhir
Labuna Labuni
Menantu Mak Dara
Manjalara sebagai Zaza Abdullah
Hikayat Putera Shazlansebagai Mak Som
Album

Catwalk (Elite)
Tamparan Wanita (Elite)
Idola (Elite)
Merbahaya (Elite)
Soundtrack Gerak Khas
Anugerah:

Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)2000
Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)2001
Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)2002
Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)2003
Dicalonkan untuk kategori sama pada 2004, 2005, 2006 & 2008

Skandal

1. Tiada dara

2. Pelacuran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...