Friday 29 March 2013

PEMBANGKANG PUTARBELIT BURUKKAN KERAJAAN DAN POLIS

 Ingat sejarah Memali? Disinilah bermulanya titik tolak kerajaan dan pasukan keselamatan mendapat tentangan dari sebahagian kecil rakyat yang telah membuat huru-hara suatu ketika dahulu. Baca lagi dibawah: 


Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan. Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah.

Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali.

Pada ketika itu, kerajaan Malaysia menjustifikasikan pembunuhan beramai-ramai itu tercetus kerana Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud membawa ajaran sesat. 

Ibrahim Libya telah mempunyai madrasahnya sendiri dimana beliau sebagai guru agama selain sebagai pendakwah. Ibrahim Libya kemudiannya menyertai PAS dan pernah bertanding dalam pilihan raya tahun 1978 di kawasan Bayu yang terletak dalam daerah Baling.

Beliau mendapat undi sebanyak 5,081 manakala calon BN mendapat 6,169 undi. Dalam pilihan raya tahun 1982 beliau turut bertanding di kawasan yang sama tetapi kalah.

SAYA AKAN SERTAKAN VIDEO EKSKLUSIF KHAS MENGENAI SEJARAH MEMALI INI.... NANTIKAN!!!! 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...