Saturday, 30 March 2013
SERIUS BODOH - MATI KEMALANGAN SELEPAS UPDATE STATUS FACEBOOK
Jangan terlalu fanatik Facebook!!!!
Taylor Sauer (18) ialah seorang pelajar Universiti Utah. Tahun lalu beliau meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya mencium bontot lori pada kelajuan 130 kmj. Kemalangan ini mungkin boleh dielakkan sekiranya beliau tidak asyik mengupdate status Facebook beliau ketika memandu. Menurut laporan MSNBC, beberapa minit sebelum kemalangan beliau sempat menulis status Facebook yang berbunyi;
"I can't discuss this now. Driving and facebooking is not safe! Haha."
Di tempat kejadian polis tidak menemui kesan brek dan ini menunjukkan beliau melanggar belakang sebuar lori ketika asyik menaip. Pihak polis juga mendapati pada malam kejadian beliau mengupdate status Facebook memalui telefon beliau setiap 90 saat.
Kematian Taylor kini mahu dijadikan iktibar oleh ibu bapa beliau. Mereka mahukan undang-undang melarang menaip ketika memandu diadakan di Idaho. Idaho ialah salah satu diantara 13 negeri di USA yang masih belum mempunyai undang-undang sebegini.
Sad story tapi ingatlah adik adik sekalian. Jika mahu update Facebook ketika memandu pakailanSIRI atapun Android Voice Dictation. Hanya cakap dan telefon akan menaipkan apa yang anda tuturkan menjadi text. Drive safe please!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment