BAIKLAH.... SAYA DAH RASA MACAM "EH! APA DAH JADI DENGAN NEGARA AKU DUDUK SEKARANG NI? MACAM BAKAL HURU HARA BESAR JE....." Dalam kepala ni bersarang dah macam-macam..... Mintak jauh lah.
MARI KITA BACA SAMA-SAMA:
– 24/03/13 – Penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang lawatan Tian Chua dan Sivarasa Rasiah ke Manila 2 hari sebelum kedatangan pengganas Kiram menceroboh Lahad Datu mempunyai perkaitan yang mula dibangkitkan semula.
Persoalan itu mula dibangkitkan semula kerana ramai sudah tahu stail politik Anwar yang melakukan dua perkara iaitu menafi atau menyaman sebagai jalan pintas untuk menutup pertuduhan terhadapnya atau kroni-kroni yang melaksanakan arahnya daripada terus dibicarakan.
Anwar adalah Ketua Umum PKR, Tian Chua dan R. Sivarasa adalah ‘komander’ setianya dari PKR dan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) didakwa telah diarahkan ke Manila pada 7 Februari, dua hari sebelum pengganas Kiram mula bergerak menceroboh Lahad Datu.
Menurut Anwar, kehadiran kedua orang kanannya ke Manila untuk mengumpul maklumat mengenai ‘Manuel Amalilio’, seorang yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina yang ditangkap oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada 22 Januari lalu atas kesalahan menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu.
Motif sebenar ke Manila dipersoal
Selain ramai pihak mempertikai locus standi Tian Chua dan R Sivarasa dalam kes tersebut, blogsabahgroundzero menimbulkan beberapa persoalan lain.
“Kenapa mereka (Tian Chua & Sivarasa) pergi ke Manila dalam misi mencari fakta sedangkan hampir 99 peratus daripada mangsa yang ditipu oleh Amalilio berada di kawasan Mindanao dan Visayas (Selatan Filipina) ?
“Lagipun, pejabat Amalilio dan pusat operasinya terletak di Pagadian City, sebuah bandar yang jauhnya 1, 113 km dari Manila.
“Apa yang mereka sebenarnya lakukan di Manila?,”soal blog itu.
Menurut blog itu, Tian Chua dan R Sivarasa telah mengambil penerbangan malam Jumaat (7 Februari), tinggal di Manila pada hari Sabtu dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada hari berikutnya.
“Adakah di sana mereka berjumpa dengan ejen CIA di bawah arahan kenalan Anwar Ibrahim dari Amerika Syarikat (AS), atau mereka berjumpa ejen Nur Misuari, pemimpin kumpulan pemberontak MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ?
“Atau, adakah mereka berjumpa dengan ejen Sultan Jamalul Kiram (III) (kerana) ketika itu ‘Sultan Sulu’ itu menjalani rawatan dialisis di sebuah hospital Manila,” soalnya lagi.
Menurut laporan blog itu beberapa jam selepas Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di Manila, mereka didakwa telah bertemu dengan ‘seseorang’ yang menyerupai seorang ejen khas.
“Ia bukan rahsia lagi bahawa bos PKR (Anwar) mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan CIA dan kumpulan pemberontak Filipina, yang berhasrat untuk membantu AS menubuhkan sebuah pangkalan Tentera Laut di Sabah jika pakatan beliau berjaya membentuk kerajaan persekutuan yang baru,” katanya.
Rekod hitam
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mula gusar apabila bekas bosnya, Anwar mengesahkan kehadiran Tian Chua dan R Sivarasa ke Manila.
Menurut Zulkifli yang juga bekas peguam Anwar, kedua aktivis SUARAM itu mempunyai rekod hitam yang pernah menjadi dalang pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia pada tahun 1990-an.
Pada November 1996, kata Zulkifli mereka menggunakan platform SUARAM menganjurkan persidangan ‘Asia-Pacific Conference on East Timor’ (APCET) di Kuala Lumpur sebagai tekanan politik kepada kerajaan Indonesia untuk ‘membebaskan’ wilayah Timor Timur daripada negara itu.
Dan apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan baru-baru ini mengiyakan bahawa orang kanannya Tian Chua dan Sivarasa pernah pergi ke Manila konon untuk urusan lain, tapi saya bila melihat penglibatan kedua-dua orang kanan Anwar Ibrahim ini, Tian Chua dan Sivarasa, saya teringat peristiwa APCET 2 (dan) APCET 1.
“Antara tokoh (yang menjadi) dalangnya ialah Tian Chua dan Sivarasa yang kita semua tahu mereka menuntut supaya Wilayah Timor Timur dibebaskan yang kita pun tahu walaupun Presiden Suharto berjaya bertahan, tetapi apabila kawan Anwar Ibrahim (iaitu) Gus Dur mengambil alih pimpinan Indonesia, dia telah memerdekakan Wilayah Timor Timur kepada Gusmao yang hari ini kita kenal sebagai Timor Leste,” katanya.
Situasi yang berlaku itu katanya mirip dengan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu ketika ini apatah lagi dengan penglibatan kedua-dua tokoh tersebut.
Ini katanya ditambah pula dengan saranan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), supaya diadakan dialog dengan Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu yang bertanggungjawab menghantar ‘tentera’nya menyerang Lahad Datu.
Maknanya kita sudah ada satu sejarah di rantau ini, Indonesia kehilangan wilayah melalui corak yang sama..serangan, pencerobohan, selepas itu tekanan antarabangsa dan berlaku rusuhan dan akhirnya mereka hilang wilayah.
Kita dengar baru-baru ini Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon sudah buat kenyataan..apa kena-mengena PBB dengan kita? Ini soal penjenayah menceroboh dan menyerang negara kita. Ini bukan soal tentera negara lain berperang dengan kita.
Jadi tidak ada sebab langsung untuk Ban Ki Moon membuat kenyataan bagi pihak PBB untuk kita berdialog.
“(Jadi) Saya nampak corak yang sama bagaimana Suharto disuruh berdialog dengan Gusmao..sekarang kita disuruh berdialog dengan Kiram..saya ingat ini satu agenda yang sama, dalang yang sama, niat jahat yang sama,” tegas beliau.
Salur wang
RUJUK -->> http://terengganutoday.com/luar-negara/sivarasa-tian-chua-bawa-wang-ke-manila-pada-7-2-2013
Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong pula mendedahkan kedatangan Tian Chua dan R Sivarasa ke Manila ada kena mengena dengan penyaluran wang sebanyak USD 2 juta kepada penceroboh Kiram di Lahad Datu.
“Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberitahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu.”
“NGO yang diberitahu itu adalah SUARAM yang dahulunya saya dan rakan saya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakkan segala-galanya di Malaysia,” katanya.
Menurutnya, bukan rahsia lagi, SUARAM merupakan instrumen Anwar yang mendapat dana asing untuk melakukan provokasi melemahkan kerajaan, sekaligus mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri baru.
Dana asing ini datangnya daripada sembilan yayasan yang dipegang oleh orang Yahudi, matlamat dana ini adalah untuk menjatuhkan Malaysia dan kerajaan Barisan Nasional kerana khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan bersetuju memberikan satu Pangkalan Tentera di Lumut kepada AS.
“AS mahu menguasai rantau Asia Pasifik khususnya di Asia Tenggara kerana pangkalan tentera AS ini telah pun wujud sekian lama yang bertempat di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.” jelas beliau.
Ng Lum Yong adalah salah seorang bekas pengasas PKR dan aktivis SUARAM.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh blog mrkinabaluboy yang mendedahkan Tian Chua dan R Sivarasa ke Manila, pada 7 Februari untuk membawa wang kepada para penceroboh Kiram.
Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi.
“Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-kelompok MNLF, dipercayai memberikan sejumlah wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013,” katanya.
Kunci pertemuan Anwar-Misuari
Blog mrkinabaluboy merupakan blog pertama yang mendedahkan pertemuan Anwar dengan Nur Misuaritujuh bulan sebelum pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Konspirasi Anwar-Misuari mula didedahkan oleh mrkinabaluboy pada 14 Februari, iaitu enam hari selepas pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.
Semua ini mempunyai perkaitan; Anwar-Misuari didakwa sebagai dalang pencatur pencerobohan ke Lahad Datu. Anwar yang menjadi ketua kepada Tian Chua dan R. Sivarasa telah bertemu dengan Misuari yang menjadi ketua kumpulan bersenjata MNLF dan perantara kepada ‘Sultan Sulu’ Jamalul Kiram III.
Pertemuan Anwar-Misuari didedahkan oleh twitter pro Anwar, AICMalaysia berlaku pada 17 Julai 2012, iaitu 7 bulan sebelum berlakunya pencerobohan pengganas Kiram ke Lahad Datu.
Sesetengah pihak berpendapat, pertemuan Anwar-Misuari dianggap pelik kerana pertemuan dua bekas banduan yang bersatu di atas faktor dendam terhadap pentadbiran kerajaan Malaysia, seorang ketua parti pembangkang Malaysia dan seorang lagi bekas ketua pembangkang yang masih mempunyai pengaruh dalam saki baki angkatan bersenjata MNLF dan Abu Sayyaf.
Kehebatan Misuari mengawal kumpulan bersenjata ini digambarkan tausug-global sebagai seorang yang mampu mengawal kumpulan bersenjata yang berpuak-puak termasuk puak Habier Malik, bekas komander MNLF dan puak Radulan Sahiron dari Abu Sayyaf.
“Prof Nur menyedari kelebihan yang ada pada Sulu yang memiliki pelbagai kumpulan yang tidak bersatu seperti puak Ustaz Habier Malik, Radulan, Abu dan beberapa kumpulan tersisih lainnya, masih boleh digunakan untuk kempen perang pada bila-bila masa,” katanya.
No comments:
Post a Comment