Thursday, 4 April 2013

SERIUS!! Parti PEMBANGKANG sudah BUBAR??



Bunyi macam ada yang tak beres dan ketidakpuasan hati dalam parti sesama pembangkang dengan pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi akan menjadi calon pakatan pembangkang di kerusi parlimen Temerloh.Tidak ketinggalan juga perihal Karpal Singh yang tidak sebulu dengan Anwar kerana masing-masing memegang impian untuk menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA.Juga perihal ahli-ahli dalaman yang mahukan kuasa didalam bidang masing-masing jika tidak diberi,rahsia KETUA PEMBANGKANG yang disimpan akan pecah sepertimana yang berlaku dengan Ahli PKR yang dikatakan dipecat hanya kerana MELANCAP dan mendakwa beliau hanya MELANCAP bukan MELIWAT sepertimana yang dilakukan KETUANYA.Dari situ,kita boelh lihat sistem demokrasi didalam parti pembangkang ini sudah musnah dan tiada kerjasama.Masing-masing pentingkan diri.


Sumber-sumber pakatan pembangkang memberitahuAgendadaily, pengumuman rasmi oleh Hadi dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur Selasa dibuat tanpa pengetahuan PKR atau dalam ertikata lain kerusi tersebut masih dalam perbincangan.Selain kerusi yang menjadi rebutan,ada juga yang tidak tahan dengan kepimpinan parti dan ramai-ramai berpakat untuk keluar dari parti.



 Lain pula yang berlaku dalam dawan parlimen diantara kerusi pembangkang dimana mereka dikatakan sanggup bergaduh,bermasam muka angkara nak dapat kerusi didalam dewan parlimen.Pendek kata,orang-orang pembangkang ini memang semuanya tamak dan gilakan jawatan didalam politik ini dan masing-masing mempunyai agenda yang bukan hendak menolong rakyat,tetapi nak 'lingkupkan' pemikiran rakyat.



Lihat saja perbezaan pendapat diantara NiK Aziz dan Anwar Ibrahim berkaitan isu agama.Yang seorang mahu berlandaskan sistem syarak,yang seorang mahu berlandaskan ajaran 'MENTOR'nya iaitu' ISRAEL LAKNATULLAH' dimana umat islam boleh murtad dengan sesuka hati mereka tanpa ada paksaan.Macam ini ke pemikiran seorang bakal 'PEMERINTAH'?Mahu jahanam la negara kita kalau dibiarkan Geng Israel ni memerintah negara.Alamat,anak cucu tak kenal lagi dengan islam dan hilanglah warisan melau didunia yang sekian lama dikekalkan oleh zaman pemerintahan UMNO-BN.



TIADA YANG SEMPURNA DALAM KACAMATA KEHIDUPAN INI,tetapi dengan adanya prinsip,keperibadian yang unggul dan pegangan agama yang teguh,takkan kita ditindas sepertimana negara islam yang ditindas oleh Israel Laknatullah.Takkan hilang MELAYU didunia jika kita saling mengormati dan bekerjasama sambil mengekalkan ikatan ukhuwah kita sesama saudara islam mahupun bukan islam.



PROSES PILIHANRAYA- SELEPAS PARLIMEN DIBUBAR


Berikut proses yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan, sejurus Parlimen dibubarkan: 
1. SPR mengumumkan tarikh pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari
2. SPR mengumumkan tarikh penamaan calon
3. SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi
4. SPR mengumumkan tempoh berkempen
5. SPR membawa kertas-kertas undi ke pusat pengiraan undi
6. SPR melakukan proses pengiraan undi
7. SPR mengumumkan keputusan pilihan raya
8. SPR mengumumkan pembentukan kerajaan negeri dan pusat berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding

Wednesday, 3 April 2013

LAGI BUAT PEMBANGKANG GOYANG! PAKATAN PEMBANGKANG PASIR SALAK LUMPUH,NAK KELUAR PARTI !



Ketika Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) semakin hampir, pakatan pembangkang di Parlimen Pasir Salak lumpuh apabila panglima perang mereka meninggal parti dan memohon menjadi ahli UMNO.
Setiausaha PKR Cabang Pasir Salak merangkap Pengarah Pilihanraya Parlimen Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan meninggalkan parti itu bersama-sama 64 orang ahlinya pada majlis Sirih Pulang Ke Gagang di Kampung Gajah malam tadi. 
Sambil melafazkan Bismillah Hirrahman Nirrahim, Ahmad Taufik, dengan nombor keahlian PKR A20000089,mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Setiausaha PKR Cabang Pasir Salak, Pengarah Pilihanraya Parlimen Pasir Salak dan ahli PKR berkuatkuasa serta merta.
Ahli Parlimen Pasir Salak merangkap Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Tajuddin Abdul Rahman bersama-sama ADUN Sungai Manik yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Zainol Fadzi Paharudin kemudiannya memakaikan kemeja T, jaket dan topi Barisan Nasional (BN) kepada bekas panglima perang PKR itu.
Tajuddin yang ditemui selepas majlis itu berkata, dengan keluarnya Ahmad Taufik bermakna PKR dan pembangkang di Pasir Salak lumpuh kerana kehilangan panglima perang.
“Beliau merupakan seorang tokoh politik yang terkenal dan pakar strategi PKR di Pasir Salak kerana dia yang mengaturkan segala-galanya untuk PKR di sini,” katanya sambil menyifatkan tindakan meninggalkan PKR itu sangat tepat. 
Selain daripada menerima borang permohonan keahlian daripada bekas ahli PKR, Tajuddin turut menerima 111 borang yang sama daripada penduduk Rancangan Perumahan Awam 2 (RPA2) Kampung Gajah.
Untuk makluman, Ahmad Taufik juga merupakan Pengerusi KRT RPA2 Kampung Gajah. 
Ketika ditemui, Ahmad Taufik berkata, selepas 15 tahun bersama-sama PKR, beliau mengambil keputusan yang sangat sukar untuk meninggalkan parti itu kerana tidak selaras dengan prinsip perjuangannya, lebih-lebih lagi dalam soal agama dan suara akar umbi.
Tajuddin pula memberi jaminan tidak akan mempersia-siakan Ahmad Taufik dan rakan-rakannya, sebaliknya tindakan mereka itu bukan sahaja memberi sinar baru kepada kumpulan tersebut, tetapi juga rakyat Pasir Salak keseluruhannya.
“Bukan sahaja sinar baru untuk pilihan raya umum akan datang tetapi untuk meneruskan perjuangan yang terbaik untuk rakyat Pasir Salak dan bersama-sama menghadapi pelbagai cabaran, khususnya daripada pihak-pihak yang cuba memperlekehkan kesucian agama Islam,” tegasnya.
Beliau yang juga Pengerusi Felcra Berhad itu melahirkan rasa kesal kerana terdapat pemimpin pembangkang , termasuk daripada PAS, yang sanggup `menjual’ agama dan perjuangan bangsa semata-mata untuk mendapat sedikit habuan dunia.
“Saya menyeru kepada mereka, kembalilah ke pangkal jalan dan bersama-sama kita bersatu untuk mempertahankan kesucian Islam,” ujar beliau.

TERBARU ! MB PERAK BUBAR DUN NEGERI PERAK 5 PETANG HARI INI.



Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan memgumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak pada jam 5 petang ini.
Beliau akan membuat pengumuman tersebut setelah mendapat perkenan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah setelah mengadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 2.30 petang.
Dalam masa yang sama, Raja Nazrin dijangka memberi titah sebelum memberi perkenan pembubaran DUN dibuat.
Sebelum itu, Dr Zambry telah bertemu media setelah selesai mempengerusikan mesyuarat terakhir exco di pejabatnya di Ipoh.
Pembubaran ini akan disiarkan secara langsung melalui Peraknews.com.

HARI INI !! Pembangkang GOYANG apabila PARLIMEN DIBUBAR?


Hari ini,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun mengumumkan pembubaran parlimen sekaligus menunjukkan yang beliau tidak gentar dengan dakwaan pihak pembangkang yang menyatakan beliau tidak berani membubar parlimen dalam tempoh terdekat ini.Beliau yang juga kelihatan bersemangat semasa memberi ucapan memberi tamparan hebat buat pihak pembangkang yang selama ini memperkatakan beliau membuat pembubaran parlimen adalah kerana desakan orang dalaman yang sama sekali tidak benar.Ini dikuatkan lagi dengan bukti dari Pihak Pembangkang sendiri.

Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali berkata,Najib sememangnya berhasrat untuk membuat pembubaran parlimen awal kerana ada beberapa faktor yang dilihat 'sesuai' untuk pembubaran selain ada kekecohan yang berlaku dalam Parti Pakatan Rakyat iaitu soal pembahagian kerusi yang menyebabkan pembubaran akhirnya dibuat pada hari ini.

Mustafa juga berkata,Najib membubarkan parlimen pada hari ini adalah atas maklumat yang diterima bahawa hubungan Pakatan Rakyat 'retak' ekoran perebutan pembahagian kerusi.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman pembubaran parlimen oleh Najib yang disiarkan secara langsung jam 11.30 pagi bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13(PRU13).

Disebabkan sifat pihak pembangkang yang rakus dan tidak bekerjasama dalam soal pembahagian kerusi selain sering menjadi 'pemfitnah besar' dalam pemikiran rakyat menyebabkan Najib membubar awal parlimen.Jika tiada kata sepakat,bagaimana hendak mentadbir negara sekiranya kaum didalam parti sendiri saling berebut dan tidak muafakat.Jadi,tidak benar sama sekali yang Najib umumkan pembubaran parlimen adalah kerana desakan orang dalaman,tetapi hanya memberi peluang kepada pihak Pembangkang yang sering menimbulkan kekecohan di dalam Parti dan Parlimen itu sendiri.

Sejujurnya,Najib sudahpun bersedia dalam menghadapi Pilihan Raya yang bakal menjelang kerana kerajaan UMNO-BN dilihat mendapat tempat di hati rakyat berbanding kerajaan Pembangkang yang hanya tahu menyebarkan fitnah disamping membuat kecelakaan di dalam  negara.Sekarang,kita dapat lihat parti mana yang sudah ketandusan akal dalam menarik rakyat ke jalan hina dan parti mana yang tidak putus-putus membantu rakyat selama lebih 50 tahun pemerintahan mereka.Parti Pembangkang yang dilihat sudah 'goyang' dalam 'mengencing' rakyat kini berdepan dengan malapetaka yang akhirnya memusnahkan diri mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...