TERBAIK!! Itulah kata-kata paling sesuai kita lemparkan buat pasukan keselamatan negara kita. Sekarang ni, mereka tengah sibuk membedil lokasi persembunyian pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, FELDA Sahabat 22 dekat sini, menggunakan mortar.
Bertalu-talu bedilan dilepaskan untuk paksa pengganas keluar dari tempat persembunyian. Mesti gelabah habis..... Nyawa di hujung tanduk!! Kompom lari tak cukup tanah!!! HAHAHAHAHA......
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pihaknya menyerang lokasi spesifik yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas di kampung itu selepas mereka melarikan diri dari Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.
“Kita melancarkan serangan mortar dulu sebelum melakukan operasi mencari dan menggeledah.
“Bagaimanapun, sejak petang semalam tiada pertempuran dengan pengganas.
“Kita percaya mereka masih bersembunyi di kampung itu,” katanya pada sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam.
HAAAA.... AKU YAKIN PARA PENGGANAS SEKARANG NI TENGAH LARI SANA SINI, CARI POKOK2 BESAR, KOREK LUBANG UNTUK SEMBUNYI... HAHAHA! Baru tau..........Memandai-mandai sangat serang negara orang.
No comments:
Post a Comment