Jom tambah ilmu sikit.. Kali ni pasal kucing.. Sape sukekan kucing, mesti bace ni..
“Dan sungguh, pada haiwan ternak itu terdapat pelajaran bagi kamu,” (QS. An – Nahl 66).
Anda suka kucing? Jika dipelihara dan dijaga, kucing adalah binatang yang lucu. Namun sebahagian dari kita ada yang was-was jika memelihara kucing. Terutama kerana cara penjagaannya. Tapi kucing berbeza dengan anjing.
Kucing termasuk binatang yang suci. Suci badannya dan suci liurnya.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis bahawa ada seorang budak wanita yang membawa makanan untuk Aisyah ra, tapi ketika itu beliau sedang solat.
Kemudian budak ini meletakkan makanannya. Tiba-tiba datang seekor kucing dan memakan makanan itu.
Setelah Aisyah ra selesai, beliau mengambil bekas gigitan kucing. Kemudian Aisyah ra menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda, “Kucing itu tidak najis, kerana mereka termasuk binatang yang sering berkeliaran di tengah-tengah kalian.”
Kucing binatang kesukaan Nabi.. Sayangilah kucing... SEKIAN ~
No comments:
Post a Comment