Ada yang menarik dilaporkan Sin Chew Daily baru-baru ini dalam wacana khas akhbar itu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Harap ianya tidak tersalah lapor atau Ketua Pembangkang itu menafikannya.
Pertama, Anwar kata tentang kemungkinan melantik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan orang kuat DAP Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum akan datang.
Ketua Umum PKR itu berkisah bahawa undang-undang Malaysia tidak melarang kerajaan untuk melantik dua Timbalan Perdana Menteri.
Namun, katanya PR akan menghormati kehendak rakyat berdasarkan proses demokrasi dan hal berkenaan belum dibincangkan lagi atas alasan mahu memberi tumpuan pada agenda PR khususnya menjelang PRU 13.
Kalau begitu mengapa pandai-pandai cakap? Bunyi macam sendiri mahu atur segalanya awal-awal.
Bagi kebanyakan pemerhati, dengan membuat kenyataan demikian seolah-olah menggambarkan Anwar MASIH dan TETAP menganggap beliau adalah satu-satunya calon Perdana Menteri bagi PR.
SETERUSNYE KLIK SINI!!
No comments:
Post a Comment