Saturday, 13 April 2013

"SAYA RAYU SUPAYA RAKYAT TOLAK PAS...." TUN MAHATHIR

TOLAK PAS 


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat supaya menolak PAS dan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Ketika berucap di Pendang. 

Menurutnya rakyat tidak boleh terus terpedaya dengan janji PAS untuk mempertahankan Islam kerana parti itu hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik dan menang dalam pilihan raya.

"Saya rayu supaya rakyat tolak PAS kerana mereka gadaikan Islam, mereka bukan nak pertahankan Islam. 

"Tapi perjuangan mereka hanya untuk jadi calon dan menjadi YB (Yang Berhormat) apabila menang dalam pilihan raya," katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Rakyat dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Pendang di sini, Sabtu. 

Selain itu Dr Mahathir berkata rakyat perlu memahami erti sebenar sesuatu pilihan raya diadakan kerana ia merupakan tanggungjawab besar bagi memilih kerajaan yang akan memerintah negara. 

Katanya pilihan raya bukan medan untuk mengangkat individu atau kumpulan tertentu menjadi wakil rakyat walaupun tidak berpengalaman untuk menguruskan pembangunan negara. 

"Pilihan raya adalah cara untuk rakyat memilih kerajaan yang memerintah. Tak semua orang boleh perintah negara dengan baik. 

"Tengoklah macam mana PAS perintah Kelantan, mereka gelar sebagai 'serambi Mekah'. 

"Serambi Mekah apa macam tu, air pun tak boleh minum sebab kotor sangat. Kalau kita nak agungkan Islam, jangan tunjuk Kelantan sebagai contoh...memalukan," katanya. 

Sumber Mstar. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...