DAP Negeri Sembilan mendapat tamparan hebat apabila tujuh pemimpin kanan peringkat cawangan parti itu malam tadi mengisytiharkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Kumpulan terbabit yang diketuai oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham merupakan individu terawal yang membantah dan membuat laporan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu hujung tahun lalu.
Selain David, enam lagi yang menyatakan pendirian mereka ialah Setiausaha DAP Cawangan Ladang Paroi, Mahendran Krishnan; Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis dan Naib Pengerusinya, Jesu Dason; Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, Tampin, Chelvam Kathan; Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Regent, M. Subramaniam dan Setiausaha DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang, S. Karthiyaini. Selanjutnya baca di.. sinii
No comments:
Post a Comment