Sunday, 7 April 2013

TERKINI PANAS !!! ANWAR DERA AZIZAH....!

wan azizah pening                                                                                                               Ini juga satu cerita yang sudah lama tersimpan.Betulkah cakap-cakap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah berjumpa Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menangis mengadu mengenai perangai Datuk Seri Anwar Ibrahim masa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu.


Al kisah itu pernah jadi bualan kalangan orang politik selepas Anwar dipecat daripada UMNO dan jawatan nombor dua dalam kerajaan apabila didakwa terbabit kes liwat dengan Azizan Abu Bakar pada 1998.
Namun,tiada siapa pernah bertanya secara terbuka untuk minta pengesahan sama ada benar atau tidak kejadian itu pada Dr Siti Hasmah sendiri.
Hal itu dapat difahami kerana ia melibatkan sesuatu yang sulit dan sifat Dr Siti Hasmah sendiri diketahui jarang mau cakap politik.
Bagaimanapun, petang Sabtu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan perkara itu sekaligus menjawab teka teki berhubung pertemuan Wan Azizah dan Dr Siti Hasmah.
Ketika Agendadaily bertanya mengenainya dalam sidang media selepas berucap di Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa,di Shah Alam, asalnya mantan Perdana Menteri nampak macam keberatan menjawabnya sendiri.
Beliau sebaliknya memberi bahasa isyarat supaya merujuk soalan itu kepada Dr Siti Hasmah yang berada disebelahnya.
Bagaimanapun, Dr Siti Hasmah pula memberi isyarat sama meminta Dr Mahathir menjawab soalan itu.
Beliau kemudian hanya mengangguk tanda YA apabila soalan tersebut diulang semula kepadanya.
Wartawan Agendadaily bertanya soalan itu lanjutan dari pengakuan Dr Mahathir mengesahkan kisah Wan Azizah pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepadanya menceritakan tabiat  suaminya.
Pengakuan Dr Mahathir dalam temubual eksklusif bersama Utusan Malaysia itu disiar dalam akhbar berkenaan Sabtu.
Bagaimanapun, beliau kata surat itu terlalu peribadi dan tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain sudah menjadi rahsia sejak 15 tahun lalu.

Terdahulu dalam ucapannya di perhimpunan tersebut, Dr Mahathir banyak menempelak sikap berpura-pura Anwar yang pura-pura kelihatan warak serta boleh menjadi imam sembahyang.
“Kita jangan muda tertipu macam saya tertipu dengan orang yang tunjuk imej baik.Memang benar, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal baru nampak bintik-bintik di muka orang ini. Saya kemudian pecat orang yang kononnya nak perjuangkan UMNO dan Melayu,” katanya jelas merujuk kepada bekas timbalannya itu.
Katanya, Anwar kalau masuk PAS tidak ada peluang jadi Perdana Menteri kerana beliau tahu hanya dengan UMNO boleh jadi Perdana Menteri.
“Sebab itu dia pura-pura  dan minta serta UMNO. Mungkin saya nampak dia warak dan boleh jadi imam, saya pejam mata sikit (terima Anwar) ingatkan beliau mahu majukan Islam gunakan UMNO,”.
“Tetapi perjuangannya hanya nak jadi PM. Orang lain kena singkir, diam sahaja tetapi dia dapatkan sokongan parti lawan agar niatnya tercapai,” ujar Dr Mahathir.
Dalam pada itu, lebih 4,000 orang tidak berganjak walau hujan lebat sebaik sahaja Dr Mahathir memulakan ucapan di perhimpunan yang turut dihadiri ramai pemimpin UMNO dan Perkasa termasuk Presidennya Datuk Ibrahim Ali.
Mengenai Selangor, beliau mahu rakyat mengutamakan BN  dan bukan calon pada PRU 13 bagi memastikan negeri itu tidak terus ditabdir oleh pakatan pembangkang.
Beliau berkata Selangor, selaku negeri terkaya di Malaysia, perlu diambil semula oleh BN supaya rakyat negeri itu dapat menikmati kekayaan dan bukan sekadar manifesto pakatan pembangkang memberi air percuma pada pilihan raya umum lalu.
Beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menunaikan segala janji yang dibuat sekiranya BN berjaya merampas semula pemerintahan kerajaan negeri Selangor pada PRU13 ini.
"Kita semua keluar mengundi BN, kita tak kira siapa jadi calon kita undi dacing, jangan tengok muka orang...tengok dacing dan pangkah dacing," katanya.
Dr Mahathir, merangkap penaung badan bukan kerajaan (NGO) itu, berkata pengundi harus ingat bukan calon yang hendak mendirikan kerajaan tetapi parti yang mendirikan kerajaan.
Beliau turut berkata tidak ada ayat al-Quran yang mengatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat boleh menentukan pahala orang Umno yang bersembahyang.
Akhbar semalam melaporkan Menteri Besar Kelantan itu mendakwa sembahyang semua orang Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.
"Ini bukan Tok Guru dah, ini adalah orang yang utamakan kepentingan diri, yang tamak, yang suka memecah-belah dan melemahkan orang Islam.
"Orang ini bukan mengikut ajaran Islam sebaliknya kita tahu Islam menyuruh kita bersaudara ... orang Islam adalah bersaudara tapi Nik Aziz kata orang Islam bukan Islam," katanya.
Beliau berkata perpecahan dalam kalangan orang Islam di negara ini bukan kerana perbezaan fahaman agama tetapi keinginan pemimpin PAS merebut kuasa di dunia ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...