Monday, 8 April 2013

ZAMBRY BANGGA DENGAN MASYARAKAT INDIA.. Baca seterusnya >>>




Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry hari ini menzahirkan rasa terima kasih yang terhingga beliau kepada masyarakat India yang telah berdiri bersama-sama memberi sokongan kuat mereka kepada kerajaan selama lebih 50 tahun lamanya.
Katanya dengan adanya sokongan kuat masyarakat India itu Malaysia kini berjaya berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.
Menurutnya seperti Malaysia, masyarakat India di negara ini juga telah berjaya  membawa kemajuan pada kaum mereka seiring dengan kemajuan yang dicapai negara.
"Terima kasih saya kepada masyarakat India kerana sentiasa berdiri teguh berjuang bersama Barisan Nasional. Terima kasih juga kepada semua pemimpin parti komponen BN yang turut bersama dan tidak kenal lelah membantu rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap diprogram Makan Malam Persatuan Kebajikan Dan Sukan India Manjung.
Dr Zambry yang juga Pengerusi BN Negeri berkata masyarakat India telah banyak membantu membangunakan negara dan peranan mereka dalam sektor ekonomi tidak pernah dinafikan kerajaan. 
Bagi menghargai sumbangan kaum itu, kerajaan, katanya sentiasa memastikan kebajikan masyarakat India sentiasa dijaga dan ini terbukti daripada inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dalam gagasan 1Malaysia.
“Tak perlu perjelaskan panjang lebar, semuanya sudah terbukti selama lebih 50 BN  memerintah negara, dan manifesto yang dibentangkan Perdana Menteri sudah cukup untuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan cukup faham dengan kehendak rakyat termasuklah kaum India,"  katanya.

Kredit kepada PerakNews.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...