Friday 19 April 2013

DAHSYAT !!! CALON PKR TERDESAK MENCURI ENJIN !!!


Dato' Abdul Hadi Al Khatab telah dilucutkan pangkat Brigadier Jeneral TUDM berdasarkan
Perenggan 4 dan 5 PMAT Bilangan 1 Tahun 1975, beliau telah dibatalkan tauliah daripada Perhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972 


Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab telah dilantik sebagai Presiden Majlis Rundingan Keselamatan (MRK) PKR. Sebagai sahabat karib beliau, saya ingin mengucapkan syabas kepada Dato’ di atas perlantikan tersebut. Saya percaya bahawa rakan taulan yang lain pun turut gembira. Di dalam kegembiraan ini, saya rasa amat kecewa dengan beliau kerana sanggup ‘menggigit tangan yang menyuap’ beliau selama ini kerana kepentingan peribadi dan rakus untuk menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak.

Menyertai PKR kerana merasakan beliau teraniaya dan telah dizalimi

Justeru, saya terpanggil untuk menceritakan kepada masyarakat umum mengenai pengalaman saya ketika bersama Dato’ Abdul Hadi semasa dalam perkhidmatan TUDM. Kami mula masuk dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 5 Mei 1974 dan sama-sama menjalani latihan Kadet mulai 5 Mei hingga 30 Okt 1974 serta sama-sama megikuti kursus Asas Penerbangan di Pangkalan TUDM Alor Setar mulai 11 Nov hingga 26 Dis 1974 serta mendapat Tauliah Tetap pada 12 Apr 1984. Dato’ Abdul Hadi seorang yang mudah mesra dengan rakan-rakan dan petah berbicara. Namun, sejak awal lagi Dato’ Abdul Hadi dianggap amat licik dan bijak mengambil kesempatan terbuka serta seorang yang pentingkan diri sendiri di kalangan rakan-rakannya. Beliau memiliki sifat ‘panas baran’ dan seringkali mempamerkan sikap anti-establishment. Sebagai contoh, seringkali menunjukkan sikap melawan dan menentang terhadap lawful command jurulatih Kadet. Walaupun menerima hukuman namun beliau masih tidak serik dan terus berdegil atau ‘keras kepala’.

Beliau bolehlah dianggap berjaya dalam perkhidmatan setelah dinaikkan pangkat Brigadier Jeneral pada 8 Jan 2001 dan menjawat jawatan Panglima Logistik di Markas Logistik Udara. Apa yang mengecewakan, Dato’ Abdul Hadi telah banyak melakukan penyalahgunaan kuasa kelulusan ke atas ratusan jutaan ringgit semua peralatan dan penyelenggaraan TUDM di sepanjang tugasan beliau.Pendek kata calon PKR ini 'panjang tangan' ! Terdapat ramai juga di kalangan staf beliau menghubungi saya dengan memberitahu secara ikhlas bahawa beliau sentiasa mengambil kesempatan untuk mark-up harga asal bagi memperoleh komisen peribadi daripada kontraktor/pembekal berbentuk wang tunai secara sulit dan terancang. Beliau amat bijak dalam aspek ‘penipuan’ ini tanpa meninggalkan sebarang bukti kukuh untuk diambil tindakan oleh pihak ATM. Pesanan ikhlas dari saya sebagai seorang insan yang betul-betul mengenali makhluk Allah yang 'panjang tangan' ini, haramkan lah tangan anda untuk mengundi beliau dan jika anda mengundi beliau,sama seperti anda membela 'pengkhianat' di dalam negara yang sedia aman ini.

Gambar Hiasan - Contoh enjin jet pesawat F-5E yang telah hilang di  Matra 1, Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Enjin berkenaan dibawah seliaan beliau selaku Panglima Logisitik Udara 

Beralih kepada insiden kehilangan enjin pesawat pula, beliau dengan bangganya mendakwa bahawa orang yang terlibat telah ditangkap namun beliau terlupa bahawa beliau sebagai Pemerintah ketika itu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aspek keselamatan termasuk keselamatan enjin pesawat tersebut. Ini jelas membuktikan bahawa Dato’ Abdul Hadi seorang yang tidak bertanggungjawab serta lalai dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh pihak ATM. Sekali lagi, sahabat saya ini amat bijak untuk ‘cuci tangan’. Persoalannya, bagaimana PKR boleh mempercayai dan yakin terhadap beliau sebagai Presiden MRK masih menjadi tanda tanya. Tapi……perkara sebegini tidaklah menghairankan kerana PKR itu sendiri Penipu Rakyat. Demi kepentingan peribadi, beliau juga disifatkan sebagai ‘pengkhianat negara’ kerana beliau pernah mendedahkan maklumat strategik TUDM dalam siri ceramah beliau walaupun faktanya tidak tepat dan merupakan pembohongan melampau.

Dato’ Abdul Hadi agak licik mengumpan PKR untuk memenuhi cita-cita peribadinya serta menjadikan PKR sebagai landasan untuk membalas dendam kesumat beliau terhadap ATM dan Kerajaan. Sebagai seorang sahabat, saya menyeru agar Dato’ Abdul Hadi kembali ke pangkal jalan dengan menginsafi di atas segala tohmahan dan pembohongan sebelum ini terhadap ATM dan Kerajaan. Renungilah muka isteri Dato’ yang amat saya kenali, Datin Zabedah bt Baba (KP: 610304-01-5008) serta anak-anak, Fariz Hirzi (KP:831027-14-6251), Fadhli dan Farizi kerana mereka sudah semestinya tidak sanggup melihat suami/bapa menjadi tunggangan pihak berkepentingan terutamanya PKR. Pengalaman saya bersama Dato’ Abdul Hadi dan kenapa beliau bersara dari perkhidmatan ATM akan disambung dalam siri akan datang.
Dalang perosak bangsa adalah beliau dan sekutu-sekutunya..... HARAM PKR DI MATA NEGARA !!!

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...