Friday 19 April 2013

TERKINI !! NURUL IZZAH BERBALAH DENGAN PAS PASAL SURAT??!!!



Tindakan mengheret ulama Yusuf Qardhawi dalam kancah PRU 13 yang dipersoalkan oleh PAS semakin hangat apabila Naib Presiden PKR Nurul Izzah menegaskan surat daripada ulama itu akan tetap diedarkan kepada rakyat.
Nurul juga mendakwa surat itu yang dikatakan memberi sokongan mutlak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pembangkang, dihantar oleh Qardhawi bukan sahaja kepada PKR, tetapi juga kepada PAS. 
"Itulah istimewanya dengan Dr Yusuf Qardhawi kerana beliau sebagai pemimpin Islam yang ulung, dia dapat berinteraksi dan memberikan surat tersebut kepada semua pimpinan PAS, Keadilan dan juga DAP untuk menyatakan kepercayaan beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Nurul kepadaAntarapos. 
Ketika ditanya mengenai kewujudan surat itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata Qardhawi tidak harus diheret dalam kancah politik tanah air. 
"Beliau (Yusuf Qardhawi) tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi," kata Hadi.
Selain Hadi, pelbagai pihak turut mempersoalkan kesahihan surat berkenaan selain menyifatkan sebarang cubaan untuk meraih sokongan Qardhawi sebagai tindakan terdesak Anwar untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. 
Surat itu juga dilihat sebagai usaha PKR menangkis tindakan PAS enggan memberi sokongan terbuka kepada Anwar untuk dilantik menjadi PM sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu mengikut amalan lazim bahawa jawatan PM hanya akan diisi oleh pemimpin daripada parti yang paling banyak memenangi kerusi.
.
Nurul berkata surat itu adalah bukti keprihatinan Qardhawi terhadap perkembangan dalam Pakatan Rakyat. 
"Saya harap pihak media dapat juga menunjuk kepada rakyat versi asal Bahasa Arab dan juga terjermahan (Bahasa Malaysia). Ini penting (untuk) menunjukkan betapa prihatinnya beliau (Qardhawi) terhadap masa depan dan juga kepimpinan dalam Pakatan Rakyat,” kata Nurul. 
“Beliau (Qardhawi) rasa (kepimpinan Pakatan) harus utuh untuk melawan kebejatan yang sedia ada," katanya.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengesahkan surat Qardhawi itu akan disebarkan, khususnya untuk menarik sokongan pengundi Melayu, meskipun PAS tidak mahu ulama itu diheret dalam isu calon Perdana Menteri pembangkang..SETERUSNYA..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...