Tuesday, 16 April 2013

HEBAT!!! FORMULA TERBAIK PILIH CALON BN

BN
FORMULA BN YANG SANGAT BERKESAN!

Barisan Nasional (BN) telah menggunakan formula terbaik yang kreatif dan di luar kotak pemikiran di dalam memilih calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kelak.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, walaupun beberapa komponen parti mungkin dilihat mengalami kekurangan kerusi tetapi sebenarnya mereka bakal mendapat lebih dalam jangka panjang.
Beliau memberi contoh, walaupun kerusi MIC dilihat kurang daripada empat kepada tiga tetapi kepimpinan tertinggi BN bersetuju untuk melantik dua senator dari MIC Perak di samping seorang penasihat Menteri Besar bertaraf Exco dan seorang Exco kerajaan negeri jika mereka menang pada PRU-13. 
Menurut beliau, dengan cara itu, wakil MIC di dalam kerajaan juga bertambah, berbanding jika mereka masih mendapat empat kerusi yang mungkin hanya tinggal satu atau dua selepas pilihanraya. 
“Ini adil dan formula BN. You cannot find majority, jadi kita mencari satu pendekatan yang lebih kreatif, berfikir di luar kotak,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai calon BN Perak untuk PRU-13 di Bangunan UMNO Perak di Ipoh hari ini.
Beliau berkata, dengan formula itu, dengan masyarakat India akan lebih diwakili.
Beliau menambah, formula yang serupa juga mungkin diguna pakai dengan MCA yang dilihat mengalami kekurangan satu kerusi.
“Saya sangat gembira dengan cara kita berunding, walaupun ia merupakan proses yang panjang tetapi akhirnya kita mencapai persetujuan bersama.
SETERUSNYA BACA DI SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...