Akibat daripada kemaruk untuk mempertahankan Mustafa Ali dan melanyak UMNO secukup rasa - akhirnya HarakahDaily terima padah.
Kuala Lumpur - Umno hari ini menghantar surat tuntutan melalui peguamnya mendakwa Harakahdaily membuat fitnah kepadanya ekoran penyebaran video lucah. Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu (gambar kiri) mendakwa Harakahdailly memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat'.
Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita itu mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.
"Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anakguam kami bertarikh 13 April 2013 adalah seperti berikut:

"Dalam ceramah itu, beliau mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup memlemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.
"Bagi Mustafa, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media.
"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah...saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.
Menurut surat yang ditandatangani peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun itu, kenyataan di atas bermaksud:-
1) Anak guam kami merancang video lucah tersebut
2) Anak guam kami kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah dan lain-lain tafsiran lagi.
Sehubungan itu, peguam Umno itu berkata, anak guamnya iaitu Umno menuntut lima perkara untuk dilakukan Harakahdaily.
1) Berhenti membuat fitnah berkenaan
2) Mohon maaf
3) Menarik balik
4) Aku janji untuk tidak menyiarnya lagi
5) membayar ganti rugi kerana kerosakan reputasi.
Surat itu juga mengugut, jika tidak berbuat perkara di atas, satu perintah injunksi akan dipohon untuk menghalang penyebaran dakwaan itu.
No comments:
Post a Comment