Rancangan Datuk Seri
Anwar Ibrahim menampilkan seorang lelaki Thailand mirip wajahnya untuk
menjadi saksi dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua
Pembangkang itu di sebuah madrasah di Permatang Pauh malam esok
mengesahkan segala desas-desus mengenainya sebelum ini adalah benar.
Bekas Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, berdasarkan
perkembangan terkini itu, apa yang pasti maklumat yang diterima oleh
pihak tertentu sebelum ini adalah tepat dan bukannya dibuat secara
melulu.
Ujar beliau, semuanya
itu berkaitan dengan usaha Anwar untuk melakukan apa sahaja asalkan
video seks tersebut tidak lagi dikaitkan dengannya.
‘‘Anwar mahu membina
satu persepsi dalam kalangan rakyat yang video seks yang dikaitkan
dengan dirinya itu tidak benar. Sebab itu beliau membawa lelaki Thailand
ini untuk menafikan individu dalam video tersebut adalah beliau
(Anwar)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, SD Johari
dalam satu kenyataan akhbar telah mendesak Anwar mengesahkan sama ada
benar dakwaan yang beliau telah menemui seorang individu mirip wajahnya
untuk mengaku terlibat dalam semua kegiatan liwat yang dikaitkan dengan
Ketua Pembangkang itu.
Lelaki tersebut didakwa
berasal dari Thailand tetapi sedikit muda setelah usaha mencari orang
yang memiliki wajah dan umur sama dengan Anwar gagal.
Lelaki berkenaan difahamkan akan dibawa masuk ke negara ini melalui Bukit Kayu Hitam pada awal pagi esok.
Pada 3 April lalu, Ketua
Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim
meminta Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah
Wan Ismail menjelaskan mengenai dakwaan wujud satu operasi mencari
‘pelanduk dua serupa’ di Thailand bagi menyelamatkan Anwar daripada isu
moral yang dikaitkan dengan suaminya itu.
Terdahulu, pada 17 Mac
lalu, Awang Selamat menerusi ruangan Analisis Mingguan antara lain
menyatakan seorang tokoh pembangkang telah melancarkan gerakan secara
senyap-senyap untuk mencari individu terutama di Thailand yang seiras
dengan wajah dan susuk badannya.
Kata Awang, jika
pencarian itu berjaya, individu itu akan dipujuk untuk mengaku terlibat
dalam satu perlakuan yang mencetuskan kegemparan di negara ini, tidak
lama dulu.
Difahamkan Anwar akan
menampilkan lelaki Thailand itu buat pertama kali di Madrasah An-Nadhoh,
Kampung Petani, Permatang Pauh pada pukul 7.30 malam.
Dalam perkembangan sama
SD Johari berkata, sekiranya rancangan Anwar itu mengikut jadual, beliau
yakin Ketua Pembangkang tersebut akan mengusung lelaki berkenaan di
pentas ceramah di seluruh negara.
‘‘Jika benar lelaki ini
wujud saya minta Anwar bawa lelaki ini ke mahkamah. Kemudian panggil
Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan tanya pada beliau sama ada kenal atau
tidak lelaki ini.
‘‘Jangan berani di pentas ceramah sahaja. Bawa lelaki ini ke mahkamah. Biar mahkamah tentukan kebenaran," katanya.SUMBER..
No comments:
Post a Comment