Sunday 31 March 2013

Angkara ANWAR,SHAHRIZAT tidak bertanding di PRU 13?


Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah menjawab sendiri teka teki mengenai kedudukan beliau di celah-celah kesibukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang menetapkan calon-calon untuk PRU13.
Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRU13.
"Tak ada. Saya tak bertanding. Tapi saya akan bersama jentera Wanita di seluruh negara," katanya sekaligus bermakna sudah pasti bekas Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat itu tidak akan bertanding pada PRU13.
Sebelum ini terdapat berbagai spekulasi termasuk kemungkinan beliau diletakkan bertanding di satu kerusi di sebuah negeri di utara.
Shahrizat yang ditemui selepas satu majlis di Kuala Lumpur Sabtu menegaskan beliau akan backing Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang dikatakan akan mengambilalih tempatnya di Lembah Pantai.
Katanya, beliau akan turun membantu kempen bagi memenangkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu.
Raja Nongchik yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai dijangka akan berentap dengan Nurul Izzah Anwar yang mengalahkan Shahrizat dengan majoriti 2,895 undi pada pilihan raya umum lalu.
Shahrizat yakin pengundi Lembah Pantai kini bijak membuat pilihan melihat pada prestasi Nurul Izzah yang ‘ tak seberapa’.
“Tanyalah pengundi-pengundi tentang prestasi pemimpin di sana. Gah sahaja semasa berkempen. Kata nak buat itu ini, lepas itu... habis,”katanya.
Shahrizat menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal.

KKredit kepada PERAKNEWS.COM atas cerita yang selalu up-to-date.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...